Bab 3

253 10 1
                                    

Malam itu.....

-------------DAYAH--------
"Huarghhhh!" Menguap pulak aku.

"Echa" aku memanggil Echa. Tiada jawapan. Dah tidur kot.

Tap

Tap

Tap

Kuatnya bunyi air menitis dari tandas.

Tok
Tok
Tok

Sape pulak ketuk pintu malam-malam ni?

Aku melihat ke arah bawah pintu. Tiada bayang kaki.

Tok!
Tok!
Tok!

Semakin kuat bunyi ketukan itu. Kelajuannya pun bertambah. Aku cuba mengucap. Bunyi itu semakin perlahan tetapi ada bunyi baru.

Klik

Klak

Klik

Klak

Bunyi pen yang ditekan-tekan didengari.

Bunyi itu dekat....

Dekat dengan telingaku.

Aku melihat di bawah katil.

Satu lembaga hitam sedang berlari-lari di bawah setiap katil di dorm. Bunyi itu sungguh kuat. How can my dormmates tak dengar? Tiba-tiba dia stop.

Betul-betul bawah katil aku.

Dang!
Dang!
Dang!

Ada sesuatu yang mengetuk bawah katilku.

Ayat kursi ku baca. Bunyi itu terus menghilang. Aku lelapkan mataku. Akhirnya, permandanganku menjadi gelap. Alhamdulillah ujian aku untuk hari ini sudah habis.

Sesungguhnya Allah tahu akan kelemahan kita dan akan menguji kita setakat mana kita mampu menahannya.

--------------IZZAT---------
Kringggggg!

Jam loceng bewarna hijau berbunyi kuat memenuhi ruang di dalam dorm. Bentuk je kecil tetapi bunyi kuat!

Tangan ku meraba-raba mencari butang off pada loceng tersebut. Terasa sesuatu seperti menyentuh tanganku.
Berbulu rasanya. Ku toleh ke sisi dan satu lembaga hitam berada di tepi ku. Aku menggelengkan kepala cuba menyedarkan diri. All is well. Aku cuba memujuk diriku.

Dengan sekelip mata lembaga itu hilang. Ketakutan menyelubungi dunia ku pada saat itu. Macam saat-saat terkahir dah rasanya. Aku menghelakan nafas lega. Tidak lama kemudian....

Badan Panas.

Terasa berat.

Susah bernafas.

Tidak boleh bercakap.

Bergerak? Nope.

Sesuatu sedang menghimpitku! Aku dapat rasakan bahawa lembaga tadi yang menghimpitku. Terkumat-kamit ku cuba membaca ayat-ayat di dalam al-quran. Al-fatihah,tiga Qul,ayat kursi semua aku dah baca!

Pada suatu masa, beban itu sudah hilang. Fuuhhh! Lega sikit. Boleh la sambung tidur. Mataku kembali tertutup buat beberapa saat. Saat? Kenapa saat? Sebab....

"Bangun! Izzat bangun la!" Ditolak-tolaknya badan aku yang kecil ini oleh Hanani. "Jangan kacau la.... Awal lagi ni!" Dengan segera aku menyepaknya. "Woi, sekarang dah pukul 6:30 la! Latecomer lagi 15 minutes!" Dia menyepakku semula. Gedebuk! Jatuh katil. Sakit tau tak?

Aku melihat jam locengku. Teringat pula kes pagi tadi.

Terbeliak macam nak terkeluar mata aku bila tinggal lagi 10 minit. "Hanani! Kenapa kau tak kejut aku awal sikit?" Sampai berkerut habis muka aku. Nasib tak berkedut je. "Eh! Ni kan awal lagi." Sindirnya. Aku menjeling tajam ke arahnya.

Dengan sepantas kilat aku memakai baju sekolah. Mandi? Obviously tak! Letak deodorant je. Aku tahu bunyinya jijik tapi tahu-tahu la budak asrama. Pepatah Perancis mengatakan C'est la vie kalau ditranslatekan this is life. So its mean this is life la. Kau nak apa lagi?

On your mark!

Get set!

" 1,2,3" hatiku berbisik.

GO!

Aku lari seperti kartun road runner. Kalau tengok meter km/h,rasanya dah 10000000 km/h. Berasap habis. Kasut pun haus. Tiba-tiba ada kucing yang berjalan di sebelah. Macam mana dia boleh memintas aku? Dia jalan je kot!

"Meow" dia menyindir.

Wait, aku rasa aku tahu apa dia.

Beg aku berat sangat. Lagi sekali C'est la vie. Huh! Mengeluh kuat aku. Tak pe la,nak buat macam mana? #sispasrah

Tiga!

Dua!

Satu!

Main kira-kira pulak Prefect ni. Benci!

Setapak kaki aku melangkah keluar gate, hatiku bersorak gembira seperti penonton di stadium. Yay! Yay! Yay!

Kemudian,

Latecomer!

"Apakah?" Aku tertanya-tanya.

Aku pusingkan badanku 360 darjah.

"Awak dah latecomer" cakap prefect kepada Seth dan Echa.

Fuh! Nasib baik bukan aku. Kesian Seth dengan Echa. Saya bersimpati.

Mesti diorang kena marah nanti.

DORM BOUGAINVILLEA 2Where stories live. Discover now