📚 Teks forum @dakwahtinta
🐝Tajuk : Dakwah,kerja siapa❓
Pusingan 1⃣
Soalan 1⃣
👉🏻Dakwah bermula sejak dari dahulu lagi. Bermula dengan Nabi Adam sehingga Rasulullah S.A.W.. Bolehkah Admin Nazatul menceritakan sirah dakwah baginda Nabi S.A.W. termasuk secara sembunyi dan terang-terangan.
👉🏻🍃Dakwah ialah berasal dari kata arab seperti Da'a,Yad'a,Da'watan yang bermaksud menyeru,memanggil,mengajak dan menjemput👋🏼 manakala dari segi istilah pula mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk,menyuruh mereka berbuat yang ma'ruf dan mencengah kemungkaran agar mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat🐛Bagi menghurai persoalan yang ditanyakan oleh moderator tadi,dakwah Rasulullah SAW secara sembunyi ialah Rasulullah SAW telah melakukan dakwah tersebut selama 3-4 tahun..Begitu lama masa yang diambil oleh Rasulullah SAW dalam menjalankan dakwah ini.Pada masa ini,Rasulullah menyeru orang yang terdekatnya untuk memeluk islam.Diantara orang yang memenuhi seruan baginda ialah
🐝Khadijah Bt Khuwailid
🐝Ali Bin Abi Talib
🐝Zaid Bin Haritsah
🐝Abu Bakar As Siddiq
🐝Ummu Aiman
Keempat empat orang tersebut telah menyahut seruan baginda untuk memasuki agama islam.🌾Bagi dakwah baginda secara terang-terangan pula,turunnya wahyu dengan berdakwah secara terang terangan yakni dalam surah ash shu'ara ayat 214-216..
Rasulullah juga menyampaikan dakwahnya sehingga keluar Makkah. Pertemuan umat Islam Yastrib dan Rasulullah pada tahun ke-13 kenabian menghasilkan Bai'atul Aqabah.Isi Bai'atul Aqabah tersebut merupakan pernyataan umat Islam Yastrib bahawa mereka akan melindungi dan membela Rasulullah.Soalan 2⃣
👉🏻Dakwah baginda mendapat tentangan yang hebat daripada orang Yahudi. Bolehkah Admin Nufa kongsikan bentuk-bentuk penentangan yang diterima oleh baginda? Kaitkan dengan zaman sekarang.
👉🏻Baiklah, berbalik pada soalan.. Setelah Islam mula disebarkan secara terang-terangan dan Rasulullah mula menyentuh tentang sembahan berhala ajaran dari nenek moyang mereka, barulah kaum Quraisy ni tak senang duduk.. Mulalah mereka membuat penentangan kerana ingin melindungi agama nenek moyang mereka.
🌹Penentangan terbahagi kepada beberapa penentangan iaitu Perang Saraf, Menyeksa nabi dan orang Islam, menawarkan kekayaaan, meminta kerjasama Abu Talib, memulaukan bani hasyim, memerangi orang Islam dan merancang pembunuhan nabi.. Nufa akan ceritakan secara ringkas mengenai penentangan-penentangan ini.
🌹Perang Saraf ialah mereka menyerang secara psikologi. Mereka mengatakan Nabi gila, penipu, ahli sihir dan tamak. Semua tuduhan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada Nabi, malah telah menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan masyarakat Arab. Mereka datang berjumpa dengan Nabi bagi memastikan dakwaan itu benar atau tidak dan ini menguntungkan Nabi. Seterusnya ialah memyeksa nabi dan orang Islam yang pada peringkat awal, seksaan hanya ditujukan kepada pengikut Nabi, terutamanya golongan lemah seperti golongan miskin dan hamba. Antara yang paling teruk menerima seksaan ialah Bilal Bin Rabbah. Oleh sebab seksaan ini tidak memberi kesan, mereka pun mulai menyeksa Nabi dengan meletak najis di rumah Nabi, di sujud Nabi dan meletakkan duri di tempat yang dilalui Nabi.
🌹Selain itu, mereka juga menawarkan kekayaan bagi memujuk Nabi supaya meninggalkan tugas-tugas dakwah. Antaranya termasuklah harta kekayaan, pangkat dan wanita-wanita cantik. Nabi bukan sahaja menolak tawaran tersebut tetapi telah menjawab dengan tegas sambil mengatakan,"Sekiranya orang musyirikin berjaya meletakkan matahari di sebelah kiri dan bulan di sebelah kanan, tetapi Nabi tetap tidak akan berganjak." (Wallahualam). Setelah usaha ini tidak berjaya, orang musyirikin menemui Abu Mutalib dan meminta beliau menasihati Nabi. Permintaan tersebut tidak dipedulikan. Mereka juga pernah meminta untuk menukarkan Muhammad dengan seorang pemuda lain yang setanding dengannya.
🌹Penentangan seterusnya ialah memulaukan bani hasyim iaitu dilakukan dalam tempoh 10 tahun. Dalam tempoh tersebut, mereka enggan mengadakan sebarang perhubungan termasuklah jual beli, bercakap, ziarah-menziarahi dan sebagainya. Orang-orang Islam telah mengalami penderitaan yang teruk dan ketika inilah 2 orang pendokong kuat Nabi iaitu Khadijah dan Abu Mutalib telah meninggal dunia. Pemulauan ini hanya dilakukan dalam tempoh 3 tahun kerana tidak semua orang musyirikin bersetuju dengan tindakan tersebut. Selain itu, setelah usaha mereka gagal dan tiada hasil mereka merancang untuk membunuh nabi. Beberapa orang pemuda telah dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut. Rancangan ini telah diberitahu oleh Allah kepada Nabi melalui wahyu. Oleh itu, pada malam rumah dikepung, Nabi ditemani oleh Abu Bakar telah keluar tanpa disedari oleh orang musyirikin. Sebelum bertolak ke Mekah, Nabi dan Abu Bakar telah bersembunyi di Gua Ihur selama 3 hari.
🌹Penentangan yang terakhir ialah memerangi orang Islam. Setelah Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah, orang musyirikin telah berasa tidak puas hati. Oleh itu, mereka telah melancarkan serangan ke atas orang Islam. Terdapat 3 peperangan penting yang berlaku iaitu Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khadak (Ahzab).
🌹Jika dilihat, penentangan zaman sekarang lebih bersifat secara halus. Mereka masuk dan menyerang pemikiran anak-anak muda agar lebih menghayati hiburan berbanding Al Quran. Mendengar nyanyian daripada mendengar kuliah agama. Mereka masuk secara halus untuk menghancurkan jiwa Islam dihati anak muda agar mudah ditakluk pemikiran sekaligus menghancurkan Islam kerana lalainya dan tandusnya anak muda beriman kental. Sebagai mereka yang terlibat dalam jalan dakwah, seharusnya kita mulakan langkah dan gerak. Kejutkan mereka yang terlena, gerakkan mereka. Agar sama-sama menegakkan syiar Islam. Sama-sama menghayun langkah menyebarkan kalimah suci LailahaillAllah MuhammadNurRasulullah..
Soalan 3⃣
👉🏻"Dakwah dengan akhlak." Kita seringkali mendengar ungkapan ini. Bolehkah Admin Fateha huraikan lagi tentang ini. Kaitkan sirah dan situasi sekarang.
👉🏻🙇🏻Seperti yg kita ketahui , akhlak ialah sifat. Dn semestinya sifat itu juga dibhagi pda dua bhagian , iaitu baik dan buruk .
🌸Jika kita lihat kmbali pda zman Rasulullah SAW brdkwah , bnyk pngajaran dn akhlak yg boleh kita contohi , sprti ktika Rasulullah SAW sdng brdkwah scara umumnya , ujian yg sntiasa Rasulullah SAW hadapi ialah tentangan dn perselisihan kprcayaan nenek moyang drpda kaum musyirikin . Ketika itu , kaum musyirikin telah mnyakiti dn mengancam orng2 islam dn tdk trkecuali jga Rasulullah SAW .
🌸Tetapi , berkat dri kesabaran dn akhlak baik yg ditunjuk oleh Rasulullah SAW , ramai bani arab yg telah memeluk islam dn kini , smakin brtmbah dn akn brtmbah lgi umat islam di dunia ini .
🌸Semua itu , hasil dripda brdakwah dngn akhlak yg baik , jika kita brdkwah dngn akhlak yg kurang baik , sprti memaksa orng memeluk islam ataupun menengking dn merendah2kn orng yg bru mahu mngenali islam(mualaf) , hasilnya ? Sdh semestinya negatif bukan , jika kita diperlakukn sprti itu , pstinya kita jga akn mnjauhkn diri .🙄
🌸Tdk dilupakan jga para pndakwah yg telah bnyk mnyumbangkn ilmu2 mereka kpda kita , mereka jga tdk lari dripda mnjdi buah mulut orng rmai , dn ya , apa yg kluar dripda mulut orng itu ada yg baik dn buruknya. Selain itu , mereka jga prnh tdk diterima olh segelintir masyarakat krna ketidaksefahaman pndapat , malah ceramah yg ditawarkn oleh mereka jga ditolak.
🌸Tetapi , meskipun bgitu , mereka masih sabar dn trus kn dakwah mereka , biar pun ada masyarakat yg tdk mnerima mreka , tpi mreka tdk brputus asa.
✨Rasulullah SAW prnh brsabda , " Sampaikan ayatku walaupun hnya sepatah."