Usrah ibubapa-Part 1

232 1 0
                                    

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم ☺

Kita mulakan usrah pada pagi ini yang bertemankan barakah ini dengan Surah Al-Fatihah. Juga selawat dan salam pada Junjungan Nabi Muhammad serta para keluarga , para sahabat dan keturunan Baginda . Moga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir untuk membaca usrah yang disampaikan. Barakallahu feekum ❤

Bisirril Fatihah 🌹

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

Serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W .

Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad wa a'la ali sayyidina Muhammad .😊😉

1. 📚Akhlak Dengan Ibu Bapa

💎Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan umat Islam bahkan manusia keseluruhannya. Tanpa akhlak yang baik, maka sudah tentu belum sempurna iman kita. Akhlak adalah perbuatan yang lahir secara semula jadi tanpa ia dibuat-buat atau berpura-pura. Antara akhlak yang paling utama adalah akhlak dengan ibu dan bapa kita. Mari sama-sama kita menghitung apakah kita sudah benar-benar berakhlak dengan ibu dan bapa kita atau mungkin kita telah membuat mereka berasa tidak senang atau kecil hati. wallahualam. semoga dapat menambah input sahabat sekalian serta menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah, In Shaa Allah.

2. 🚦1. Taat kepada kedua ibubapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat (derhaka) kepada Allah dan Rasul.

🚦2. Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.

🚦3. Berdiri apabila kedua ibubapa masuk atau mendapatkannya.

🚦4. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau pada waktu-waktu lain yang munasabah.

🚦5. Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.

🚦6. Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya.

🚦7. Berbincang dengan keduanya dalam apa jua perkara sekalipun.

🚦8. Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.

🚦9. Sekiranya mereka didatangi tetamu, hendaklah anak-anak duduk di pintu, sentiasa memerhati keduanya, kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu dengan diam-diam (tidak diketahui tetamu).

🚦10. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.

🚦11. Tidak meninggikan suara samada di belakang atau di hadapan mereka.

🚦12. Tidak memotong perbualan mereka.

🚦13. Tidak keluar dari rumah tanpa izin keduanya.

🚦14. Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.

🚦15. Tidak lebih memuliakan isteri dan anak-anak daripada keduanya.

🚦16. Tidak menghina keduanya jika mereka melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan.

🚦17. Tidak ketawa berlebihan (berdekah-dekah) di hadapan mereka.

🚦18. Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.

🚦19. Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka.

🚦20. Tidak tidur atau berbaring, sementara ibu bapa sedang duduk melainkan mendapat izin dari keduanya.

🚦21. Tidak menjulurkan kaki di hadapan mereka.

🚦22. Tidak masuk sebelum mereka masuk, dan tidak berjalan di hadapan (mendahului) mereka.

🚦23. Menjawab panggilan keduanya seberapa segera yang boleh.

🚦24. Memuliakan sahabat-sahabat mereka, baik ketika mereka masih hidup atau setelah mereka mati.

🚦25. Tidak bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang tidak taat dan derhaka kepada kedua ibu bapa mereka.

🚦26. Selalu mengucapkan doa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah mati, sebagaimana maksud firman Allah di dalam al-Quran: Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku pada masa kecil.

3. 📚SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA📚

🚀· Merupakan perintah Allah S.W.T.
🚀· Sunnah Rasulullah S.A.W.
🚀· Sebagai balasan jasa baik mereka
🚀· Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan
🚀· Mendapat pahala dan ganjaran di akhirat

📚CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA📚

📎1. Semasa Mereka Hidup

📍· Membantu ketika diperlukan terutamanya ketika mereka sakit atau tua
📍· Selalu menziarahi mereka
📍· Mendoakan kesejahteraan bagi mereka
📍· Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
📍· Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
📍· Merawati mereka ketika sakit.
📍· Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
📍· Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
📍· Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!

📎2. Setelah Mereka Meninggal Dunia

📌· Mendoakan agar Allah S.W.T. mengampuni dosa mereka.
📌· Membayar hutang mereka sekiranya ada.
📌· Melaksanakan wasiat mereka yang tidak bercanggah dengan syarak.
📌· Berbuat baik kepada rakan mereka.
📌Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!

4. Adab dan cara menghormati ibu bapa

📚MAKSUD ADAB DENGAN IBU BAPA📚

💭· Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku.
💭· Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran anak.
💭· Ibu mengandung akan melahirkan anak.
💭· Ibu bapa juga bertanggungjawab menyara nafkah anak, memberi kasih sayang, dan pendidikan kepada anak.
💭· Oleh itu, setiap anak wajib taat kepada ibu bapanya.
💭· Menderhaka kepada ibu bapa hukumnya adalah haram dan berdosa besar.
💭· Anak yang derhaka akan dimasukkan ke dalam neraka.

Teks UsrahWhere stories live. Discover now