5. 📚CARA MENGHORMATI IBU BAPA📚
🍂1. Dari Segi Percakapan
🍇· Bercakap dengan sopan santun.
🍇· Bercakap dengan penuh hormat.
🍇· Merendahkan suara.
🍇· Menggunakan perkataan yang baik.
🍇· Menunjukkan muka yang manis.
🍇· Tidak membantah kata-kata mereka.
🍇· Tidak menyakiti perasaan mereka.🍃2. Dari Segi Pergaulan
🍏· Mencium tangan mereka ketika hendak keluar.
🍏· Meminta izin mereka sebelum keluar.
🍏· Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka.
🍏· Jagan menghulurkan kaki ke arah mereka.
🍏· Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan.
🍏· Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
🍏· Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan.🍁Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
🍋· Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
🍋· Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.6. 📚AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA📚
💊· Tidak mendapat keredhaan Allah s.w.t.
💊· Dibenci oleh Allah s.w.t.
💊· Tidak selamat hidup di dunia dan di akhirat.
💊· Mendapat dosa besar.
💊· Institusi keluarga akan hancur.
💊· Masyarakat menjadi kucar-kacir.
💊· Akan mendapat balasan azab neraka di akhirat.📚HIKMAH MENGHORMATI IBU BAPA📚
🎈· Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T.
🎈· Dihormati dan dikasihi oleh manusia.
🎈· Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
🎈· Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah S.W.T.
🎈· Jiwa tenang dan tenteram.
🎈· Ikatan kekeluargaan bertambah erat.7. 💐6 Cara-Cara Menghormati Ibu Bapa
🍭Semasa kita kecil dahulu, ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab melahirkan kita. Mereka menatang kita bagai minyak yang penuh. Boleh dikatakan semua keinginan kita mereka akan cuba penuhi. Mereka akan membelai kita dengan penuh manja dan disaluti penuh kasih sayang.
🍫Apabila mereka dimamah usia dan kita makin meningkat dewasa, inilah masa yang sesuai untuk kita membalas segala jasa baik dan limpahan kasih sayang kepada mereka seperti mana mereka lakukan kepada kita dahulu.
🍬Bagaimana cara anda, sebagai anak cuba untuk membahagiakan kedua ibu bapa anda?
8. 💐Antara Cara-Cara Menghormati Ibu Bapa adalah:
🌼1) Memberi Perhatian
⛅Inilah perkara paling penting bagi anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa mereka. Mereka kesunyian apabila anak-anak mereka mungkin sudah tidak tinggal serumah kerana mungkin ada anak mereka yang menyambung pelajaran di luar negeri, kerja di negeri orang atau mungkin berkahwin dan menetap di tempat lain.
⛅Ada juga anak yang duduk sebumbung dengan ibu bapa mereka juga sibuk dengan komitmen kerja yang sibuk. Apa kata anda luangkan masa untuk memberi perhatian kepada mereka.
⛅Bagi yang tinggal berjauhan, hubungilah mereka sekerap yang mampu, tidak kira melalui telefon mahupun video call. Apabila tiba musim cuti sekolah, pulanglah ke kampung menziarahi ibu bapa anda.
⛅Bagi yang tidak berapa jauh, apa kata anda jenguk ibu bapa anda pada hujung minggu, bawa bersama anak-anak mereka supaya mereka dapat memecahkan suasana hening di saban sunyi dengan keletah cucu mereka.
⛅Pada yang duduk sebumbung dengan ibu bapa anda, apa kata anda luangkan masa berkualiti dengan mereka tidak kira menonton rancangan televisyen kegemaran mereka bersama-sama atau bawa mereka pergi makan malam atau beriadah, sekaligus dapat merapatkan hubungan anda bersama dengan mereka.
💞# Kadangkala mereka tidak perlukan wang ringgit, apa yang mereka inginkan adalah perhatian dari anak-anak. Apabila sudah memasuki zon golongan emas, mereka sukakan perhatian daripada insan yang mereka sayang.
9. 💐2) Berikan Wang Ringgit
💧Mungkin ada yang datang dari latar belakang yang berada dan senang, mungkin juga ada yang datang daripada keluarga yang daif dan susah, tetapi ibu bapa anda tetap berjaya mendidik dan membesarkan anak-anak mereka dengan jayanya.
💧Apa kata bagi anda yang sudah mempunyai pekerjaan yang tetap, sumbang sedikit wang ringgit hasil gaji anda itu kepada ibu bapa anda, tidak kira ibu bapa anda orang berada, apatah lagi bagi ibu bapa yang hidup dalam keadaan susah.
💧Ibu bapa anda mungkin sudah tidak terdaya dan tidak mempunyai lagi tenaga kudrat yang kuat untuk melakukan pekerjaan. Wang ringgit anda itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka dan membantu mereka bagi kos perubatan dan kos sara hidup yang tinggi.