Agar tidak menjadi bahan bakar neraka

76 0 0
                                    


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa ang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (QS. At Tahrim 66:6)

Dalam Tafsir al-Qurtubi, Ali bin Abi Talhah meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa antara inti ayat ini adalah untuk mengajar para bapa untuk menjaga diri dan membimbing anak-anak mengamalkan doa dan zikir agar Allah melindungi mereka daripada seksaan api neraka.

Seseorang yang ingin membimbing ahli keluarganya hendaklah giat mentaati Allah, hasilnya dia akan mampu melakukan pembaikan terhadap tanggungannya, menerusi prinsip pemimpin dan rakyat seperti yang ada dalam hadis.

Al-Dahhak dan Muqatil bin Hayyan pula menyatakan, "Setiap Muslim berkewajipan mengajar keluarganya, termasuk orang yang hampir dan hamba, berkenaan dengan perkara-perkara yang diwajibkan Allah kepada mereka dan laranganNya." Sudah tentulah zaman kini pekerja termasuk dalam kumpulan yang mesti kita jaga.

Bagaimana untuk menyelamatkan diri?

Memahami perkara ini, setiap Muslim berkewajipan mengajari keluarganya untuk menyelamatkan diri daripada api neraka. Perkataan "mengajar" jelas sekali tersirat bahawa seseorang itu mestilah memiliki kemahiran "membimbing". Dia mesti berilmu hingga mampu menyempurnakan kekurangan anak didik yang dibimbing.

Antara cara untuk menyelamatkan diri daripada api neraka adalah dengan memantau tanggungan kita supaya mendirikan solat dan bersabar terhadap kekurangannya. Bertepatan dengan firman Allah, "Dan perintahkanlah kepada keluargamu untuk mendirikan solat dan bersabarlah kamu mengerjakannya." (Taha 20:132)

Ketika ayat keenam surah Al-Tahrim ini turun, Sayidina Umar berkata, "Wahai Rasulullah, kami sudah menjaga diri kami! Maka bagaimana pula menjaga keluarga kami?"

Rasulullah menjawab: "Larang mereka daripada melakukan apa yang kamu dilarang mengerjakannya dan perintahkan mereka melakukan apa yang Allah perintahkan kamu melakukannya."

Teks UsrahWhere stories live. Discover now