Usrah ibubapa-Part 3

80 1 0
                                    

10. 💐3) Tunjukkan Pencapaian & Kejayaan kepada Mereka

🏹Di kala anda susah dan senang, ibu bapa adalah tempat anda menyandarkan bahu anda. Dikala anda terjatuh, mereka akan membantu anda bangun semula dan senantiasa menyokong dan membakar semangat anda untuk sampai ke puncak.

🏹Jika anda sudah sampai ke puncak, jangan sesekali lupakan jasa mereka. Tujukan kejayaan anda kepada mereka, ucapkan terima kasih kepada mereka dengan segala bantuan dan sokongan yang diberikan.

🏹Pasti mereka akan rasa dihargai dan cukup gembira kerana anak mereka menghargai segala jasa-jasa mereka. Itu juga sudah cukup membuatkan mereka gembira.

11. 💐3) Tunjukkan Pencapaian & Kejayaan kepada Mereka

🏹Di kala anda susah dan senang, ibu bapa adalah tempat anda menyandarkan bahu anda. Dikala anda terjatuh, mereka akan membantu anda bangun semula dan senantiasa menyokong dan membakar semangat anda untuk sampai ke puncak.

🏹Jika anda sudah sampai ke puncak, jangan sesekali lupakan jasa mereka. Tujukan kejayaan anda kepada mereka, ucapkan terima kasih kepada mereka dengan segala bantuan dan sokongan yang diberikan.

🏹Pasti mereka akan rasa dihargai dan cukup gembira kerana anak mereka menghargai segala jasa-jasa mereka. Itu juga sudah cukup membuatkan mereka gembira.

12. 💐4) Sediakan Tempat Tinggal yang Selesa

⚡Mungkin ada di kalangan anda dibesarkan di dalam suasana yang daif dan penuh kekurangan oleh ibu bapa sehingga anda mampu berjaya dan mendapat kerjaya sendiri.

⚡Apa kata dengan hasil pendapatan anda dan juga adik-beradik, kumpul sedikit-sedikit antara kalian untuk memperbaiki atau menyediakan tempat tinggal yang sesuai dan selesa kepada ibu bapa anda.

💐5) Penuhi Permintaan Ibu Bapa

🌋Jika ketika anda kecil dahulu, mereka terpaksa melayan kehendak anda dan cuba memenuhi permintaan anda walaupun kadangkala mengarut dan menyusahkan mereka demi anak yang tersayang.

🌋Inilah masa yang sesuai untuk anda membalas jasa anda dengan cuba menunaikan permintaan kedua ibu bapa anda. Mungkin permintaan mereka melibatkan kewangan, tenaga atau masa selagi termampu.

13. 💐6) Curahkan Kasih Sayang kepada Ibu Bapa

🌞Inilah cara paling mudah dan paling diinginkan oleh ibu bapa anda terhadap anaknya. Mendapat balasan kasih sayang dari anak mereka sudah cukup membuatkan diri mereka dihargai.

🌞Apabila meluangkan masa bersama dengan ibu bapa anda, gunakan suara yang lembut untuk berbicara dengan mereka. Cuba elak melakukan perkara yang tidak disukai oleh mereka di depan mereka kerana risau akan menimbulkan perasaan tidak di ingini berlaku.

🌞Paling penting doakanlah kesejahteraan ibu bapa anda. Itulah cara yang terbaik untuk memastikan amalan mereka berterusan biarpun mereka sudah meninggal dunia
Besar manapun jasa anda, banyak manapun anda berikan wang ringgit anda, sekuat manapun kudrat anda dan selama manapun masa anda habiskan untuk ibu bapa anda tidak cukup untuk membalas segala jasa-jasa mereka kepada anda.

🌞Sebagai anak, berbaktilah selagi mampu kepada ibu bapa anda dan selagi mereka masih ada. Biarkan kecil sumbangan kita, berbakti kepada ibu bapa sudah cukup untuk membuatkan mereka menghargai dan tersenyum dengan jasa anak mereka.

14. 🔘Adab Terhadap Ibu bapa🔘

☑1. KONSEP KEIBUBAPAAN

🌠a) Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak.
🌠b) Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak-anak dari kecil sehingga dewasa.

☑2. SEBAB-SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA

💥a) Ibu yang mengandungkan kita.
💥b) Ibu bapa yang mengasuh dan mendidik.
💥c) Ibu bapa menyediakan segala keperluan.
💥d) Ibu bapa yang paling hampir dengan kita.
💥e) Ibu bapa tempat rujukan dan tempat bergantung.

☑3. KEPENTINGAN BERADAB DENGAN IBU BAPA

📧a) Dapat melaksanakan suruhan Allah S.W.T.
📧b) Wujud hubungan dan pergaulan yang baik.
📧c) Supaya anak-anak menghormati ibu bapa.
📧d) Mewujudkan keluarga bahagia dan harmoni.
📧e) Melaksanakan tanggungjawab anak-anak terhadap ibubapa.

☑4. TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

✨a) Berdoa untuk kesejahteraan mereka.
✨b) Memohon keampunan untuk mereka.
✨c) Mentaati perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan syarak.
✨d) Merendah diri dan menghormati mereka.
✨e) Berbuat baik kepada sahabat handai mereka.

Teks UsrahWhere stories live. Discover now