📚 Teks forum @dakwahtinta
🐝 Tajuk : Dakwah,kerja siapa❓
Pusingan 2⃣
Soalan 4⃣
👉🏻Bolehkah Admin Nazatul menerangkan serba ringkas rukun-rukun dakwah serta perinciannya?
👉🏻Baiklah,di sini saya ingin menerangkan mengenai beberapa rukun dakwah.. Yang pertama ialah:
1)Tajuk Dakwah🐝
2)Pendakwah🐝
3)Orang Yang Didakwah🐝
4)Cara Dakwah🐝🍥Tajuk dakwah(maudu'adda'wah) dan hakikatnya ataupun kebenarannya.Dan ini ialah rukun (usul) pertama dalam dakwah
🔖Sesungguhnya Rasulullah SAW yang mulia ini menyampaikan agama islam yang bersifat agung dengan sebaik baik penyampaiannya,menyempurnakannya dan berterusan menyeru kerana Allah sejak Allah memuliakannya.Dan demikianlah Allah mengutuskannya seraya berfirman yang bermaksud "Wahai nabi(muhamammad),sesunguhnya kami mengutuskan kamu sebagai pengaksi,pembawa berita gembira dan orang yang memberi peringatan dan menjadi pendakwah kerana Allah dengan izinnya. Maka pendakwah(Adda'ie) adalah rukun yang kedua bagi dakwah.
Soalan 5⃣
👉🏻 Imam Al-Ghazali kata siapa ajar aku satu ilmu maka dia adalah guru .
Nabi pula kata sampaikan walaupun satu ilmu .
Persamaan diatas adalah "satu ilmu"
Apakah "satu ilmu" yang harus disampaikan itu ?
👉🏻Baiklah, Nufa akan kongsikan hadith penuh Rasulullah dari keratan hadith ini..
Rasulullah s.a.w. bersabda:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ « بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار »
Terjemahan: Daripada 'Abd Allah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: "Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka." (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)
Antara faedah-faedah yang boleh dipetik daripada hadis ini:
🌹Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada seluruh umatnya supaya sentiasa
menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada saudaranya yang lain, walaupun hanya
sepotong ayat. Seterusnya, berusahalah menyampaikan apa jua kebaikan kepada masyarakat, kerana ganjarannya begitu besar seperti yang disebut oleh Baginda s.a.w. dalam sepotong hadis riwayat Bukhari :"Demi Allah, sekiranya seorang lelaki memperoleh hidayah (daripada Allah)kerana (usaha) kamu, itu lebih baik untukmu daripada nilai unta merah (sesuatu yang sangat berharga)."
🌹Kalimah 'Anni (dari ku) menunjukkan bahawa ilmu yang benar adalah sesuatu yang datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Daripada Rasulullah s.a.w. samalah juga daripada Allah s.w.t. kerana tutur kata Baginda s.a.w. adalah wahyu daripadaNya. Selain itu, ancaman keras daripada Rasulullah s.a.w. kepada mereka yang menyampaikan sesuatu tetapi mendustai nya, atau dalam erti kata lain, menyandarkan sesuatu itu daripada Rasulullah s.a.w. sedangkan Baginda s.a.w. langsung tidak pernah bersabda mengenai perkara itu.
🌹Sepatah perkataan yang keluar berlandaskan ilmu adalah lebih baik daripada cakap panjang tetapi kosong daripada hidayah. Berhati-hatilah ketika berbicara, kerana satu patah perkataan yang keluar akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Jalla wa 'Ala.
🌹Berdasarkan hadith dan juga petikan kata-kata Imam Ghazali tadi, dapat disimpulkan bahawa ' satu ilmu ' itu bermaksud ilmu yang baik. Sebarkan walau cuma hanya mengajar seseorang berdoa. Sebagai contoh, kawan kita datang minta kita ajarkan cara menjadi muslim yang baik dan kita ajarkan dia doa makan. Itu juga satu ilmu. Doa. Senyum itu juga ilmu. Ilmu kita mengajar orang cara bertegur sapa, senyum. Itu juga ilmu tapi jangan suka senyum dengan ajnabi. Boleh jatuh zina hati nanti.
Soalan 6⃣
👉🏻 Dakwah Bil Hikmah bermaksud dakwah dengan penuh hikmah
Bagaimana kah cara dakwah dengan hikmah dan apakah hikmah dari dakwah ?
👉🏻Ok baiklah , untk soalan kali ini , sya akan kongsikan
🌷Firman Allah SWT yg bermaksud : "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik." (surah An-Nahl, 16: 125)
🗣Menurut Al-Imam Ibnu Al-Qayyim rhm di dalam Madariju As-Saalikin, al-hikmah ini terkandung padanya tiga perkara ;
☝🏻al-'ilmu
✌🏻al-hilmu
👌🏻al-anah.📚Asas pertama yang harus dimiliki oleh orang yang berdakwah ialah dengan menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
🤗 Apabila kita menyeru manusia, menegur atau menasihati mereka, kita perlu ada persediaan dan persiapan ilmu. Jangan menegur manusia tanpa persiapan dan terus menghukum "Perbuatan kamu ini salah, solat kamu salah".
🤔Manusia akan bertanya mengapa salah. Jika kita memberi jawapan ustaz kita mengatakan salah, orang yang ditegur juga mempunyai ustaz, ustaznya mengajar begitu.
🕵Sebab itu perlu adanya persediaan ilmu, setidak-tidaknya perlu memiliki beberapa fakta dan dalil yang difahami, dan dapat berhujah menggunakan alasan-alasan tersebut.
Janganlah pula pergi secara semberono.🤓Ilmu tidak lain tidak bukan mestilah berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang sesuai dengan kefahaman salaf. Ia merupakan asas dan sumber ilmu. Dan apabila disebut perkataan ilmu,
💡"Ilmu adalah mengetahui sesuatu sesuai dengan hakikatnya dengan pengetahuan yang bersifat pasti."
📝 Ilmu mesti memiliki hujah dan dalil, itu baru boleh dikatakan ilmu.
🐾Tetapi sekiranya ada orang bertanya dan kita hanya mampu menjawabnya dengan persangkaan atau "rasa-rasa" (perasaan), itu tidak dikategorikan sebagai ilmu. Maka sekiranya kita belum bersedia dengan ilmu, tidak melakukan persiapan, elakkan dahulu dari menegur dan menasihati, kerana kita akan dikategorikan sebagai orang yang tidak berhikmah di dalam berdakwah.
🌸Semestinya stiap yg brlaku ada hikmahnya , dn bgitu jga lh dlm brdakwah , sesungguhnya orng yg mnyebarkn kbaikan ini ada bnyk hikmahnya , antaranya ialah , bila kita brdakwah kita jga dpt mmpelajari ilmu yg bru , malah gnjaran pahal jga diberikan pda mereka yg mnyebarkn kbaikan.
