Usrah ibubapa-Part 4

112 1 0
                                    

15. 🔘Konsep Keibubapaan🔘

💦Kasih sayang merupakan tunggak kepada ketenangan hidup dalam keluarga
💦Ibu bapa ialah org yang paling rapat dgn anak-anak dan merupakan org bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa

🌟Pengorbanan ibu bapa amat besar. Anak wajib taat kepada ibu bapa

📝Dalil al-Quran maksudnya:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"

🔺Kalau kita berbakti kepada ibu bapa... Allah ;
🔼1. Akan beri ganjaran pahala dan ampunkan dosa
🔼2. Suka dan redha kepada orang yg berbakti kepada ibu bapa

🔻Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana;
🔽Amalan ini tuntutan agama
Untuk kita membalas jasa ibu bapa kita
🔽Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula
🔽Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan

♥Antara tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
💫Berdoa dan memohon ampun untuk mereka
💫Merendah diri dan menghormati mereka
💫Berbuat baik kepada rakan mereka
💫Berbakti kepada mereka pada bila-bila masa
💫Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak

🔳ADAB PERCAKAPAN🔳

🌚Bercakap dgn hormat dan sopan santun
🌚Merendahkan suara dihadapan mereka
🌚Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap
🌚Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi
🌚Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap

🔲ADAB PERGAULAN🔲

🌝Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka
🌝Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk
🌝Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum tidur
🌝Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan
🌝Memberi hormat semasa bertemu dgn mereka

🔥BERBAKTI SEMASA HIDUP🔥

💠Menjaga mereka semasa tua dan sakit
💠Memberi nafkah kepada mereka
💠Mendoakan kesejahteraan mereka
💠Selalu menziarahi mereka sekira tidak tinggal bersama-sama

💮BERBAKTI SETELAH MENINGGAL💮

💢Berbuat baik kepada sahabat mereka
💢Membayar hutang mereka sekiranya ada
💢Melaksanakan wasiat mereka
💢Mendoakan keampunan untuk mereka

💯KESAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA;

💡Mendapat keberkatan hidup
💡Disayangi keluarga
💡Mendapat ganjaran pahala
💡Ikatan keluarga bertambah kukuh
💡Mendapat balasan syurga di akhirat

16 .📚4 Tanggungjawab Anak Perempuan Kepada Ibu Bapa📚

🎥Anak perempuan adalah anugerah yang tidak ternilai kepada pasangan suami isteri. Sebagai ibu bapa tentunya mereka sedaya upaya menjaga dan mencurahkan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi kepada kita. Daripada saat kita dilahirkan hinggalah kita meningkat dewasa. Mereka tetap mengambil berat tentang kita.

📷Sebagai anak perempuan, anda kini sudah berjaya. Bukan sekadar sudah tamat melanjutkan pelajaran, bahkan mempunyai kerjaya tetap untuk menyara hidup sendiri. Anda juga mungkin sudah melayari bahtera perkahwinan dengan insan yang tercinta serta mempunyai anak-anak sebagai tanda ikatan tanda kasih sayang kalian.

📹Bahagia manapun anda dengan kehidupan anda, ibu bapa haruslah menjadi keutamaan dalam hidup anda. Walaupun anda sudah berkahwin, tanggungjawab anda kepada ibu bapa adalah masih sama seperti sebelum anda berkahwin.

Sebelum puteri tangguh usrah pada pagi ini, ingin puteri sampaikan satu kata2..

*🌷"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kelangan kamu. Bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kelangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.."*

---

Sekian saja usrah puteri pada pagi ini. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada الله dan yang kurang itu datang daripada diri puteri sendiri.

Semoga bermanfaat,diamalkan serta dikongiskan kepada keluarga,sahabat2 etc.

🌷 *_"Andai kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, Nescaya tidak akan ada Dakwah yang berjalan dimuka bumi ini."_*

💟 Wallahu'alam 💟

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 23, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Teks UsrahWhere stories live. Discover now