Pernahkah kau rasa
Pedih yang ku rasa
Kerana dirimu
Yang tidak pernah hadir
Dan seringkali membuatku
Tertunggu - tunggu.Tidur malamku tak lena
Mata terpejam,fikiran terjaga
Dan keinginan hati
Masih mahu menanti
Dirimu yang sudah tidak sudi.Kenapa?
Jika kau sudah tidak mahu
Kau masih mahu menyuruhku menunggu.Kenapa?
Seringkali janji yang kau beri
Akhirnya hanya menyakitkan hati.Aku sudah penat...
Menunggu tak bertempat...Maaf andai coretan ini menggores hatimu.
Tetapi hati ini sudah terluka.
Hati ini sudah tawar rasa cinta.
Aku hanya ingin kau tahu,
kesilapanmu hanya satu.
Iaitu membuatku menunggu!

ANDA SEDANG MEMBACA
Thantophobia
RastgeleBukanlah sebuah cerita yang mempunyai ratusan bab. Namun, Hanyalah coretan isi hati si penulis yang bernafas dan berjalan diatas bumi ini. Cintanya pada manusia sering dihampakan, Sehingga menjadikannya seorang THANTOPHOBIA! (The phobia of losing so...