Part 1

68 4 1
                                    

Seorang manusia berpakaian serba hitam sambil menutup seluruh kepala nya dan hanya meninggalkan ruang untuk mata. Di kedua belah tangannya memegang pedang sepanjang 1 meter.

Dia hadapannya juga ade seorang yang sepertinya. Cuma tidak menutup kepala. Dia hanya menutup bahagian hidungnya sehingga melepasi dagu. Juga memegang pedang.

Mereka bertentang mata. Lama. Keadaan hutan pada wakty malam yang gelap gelita itu langsung tidak ditakuti oleh mereka.

'Mesti dia ni lelaki.. tengok mata dah tau..' getus hati 'manusia' yang memegang dua bilah pedang itu.

'Lelaki ke perempuan dia ni..' ujar lelaki yang hanya memegang sebilah pedang.

Lelaki itu terus menyerang saat mereka lama mendiamkan diri. 'Manusia' itu terus menangkis serangan mengejut dari lelaki itu.

Lama mereka bergelut dengan pedang. Dan entah bagaimana bahu kiri lelaki itu berjaya dihiris kasar oleh bilah pedang di tangan kanan 'manusia' itu.

Tangan kanan lelaki itu terus memegang lengan kirinya. Mereka berhenti seketika. Nafas 'manusia' itu turun naik.

Lelaki itu lari. Pantas. 'Manusia' terus mengejarnya. Mereka tiba di cenuram gunung. Lelaki itu berhenti.

Dia menoleh ke belakang dan sepantas kilat pedang ditangkis dan jatuh ke tepi. Nasib baik tak jatuh.

Mereka berada dalam jarak 2 meter. Pedang dihunus tepat ke arah lelaki itu. Lelaki itu terdiam.

Mata mereka bertaut lagi sekali.

'Manusia' itu melangkah ke depan menyebabkan lelaki itu melangkah ke belakang beberapa langkah dan tanpa diduga dia terjatuh. Tangannya sempat berpaut pada satu batu.

'Manusia' itu hanya memandang. Lelaki itu mulai berpeluh. Takut saat melihat pedang yang dipegang 'manusia' itu digerakkan seperti hendak menikam tangannya.

"Jebal... tolong.. Jangan bunuh saya.. tolong.." rayu lelaki itu lalu menelan air liur. 'Manusia' itu diam saje. Tidak membalas ape ape.

"Jebal.. saya.. saya sukakan awak.. Saya tahu awak perempuan dari kening awak.. Saya.. saya sukakan awak.. jinjja.." luah lelaki itu. Kedengaran ikhlas.

Kedengaran 'manusia' itu ketawa sinis.

"Mungkin dengan perempuan lain mereka akan cair.. Tapi bukan dengan aku.." ujar 'manusia' itu akhirnya. Benar, 'manusia' itu adalah perempuan.

'Manusia' itu terus menikam tangan lelaki itu dan lelaki itu menjerit kuat. Terlalu. Jari jemarinya bergerak gerak laju dan darah mulai mengalir.

'Manusia' itu menarik pedangnya terus tanpa belas kasihan. Dan tangan lelaki itu terus terlepas dan jatuh ke bawah.

"Arrghhhhhh!!" Kemudian senyap terus. 'Manusia' itu menjenguk ke bawah. Senyap dah. Dia menarik penutup hidungnya sehingga bawah dagu. Dan menarik nafas dalam dan dilepaskan.

Air matanya mengalir setitik, dua titik dan kemudian deras. Dia melangkah ke belakang dan terduduk.
Dia membuka penutup kepalanya pula. Dia hanya menggenggam kain hitam di tangannya itu. Air matanya deras. Sangat deras.

"Tangan aku... tangan aku.." rintihnya sendiri di situ.

Terasa sakit bukan sakit berlawan. Tapi sakit kerana membunuh orang. Entah berapa orang sudah dia bunuh, dengan tangannya sendiri.

Mengapa dia begitu? Dendam.. dendam dengan semua pegawai kerajaan yang membunuh satu satunya ahli keluarga yang dia ade, abangnya iaitu Jung Yonghwa.

Secret...Where stories live. Discover now