Part 21

9 1 0
                                    

"Oppa!!" Jerit seorang budak berumur 6 tahun. Dia menangis teresak esak. Seorang budak lelaki berumur 8 tahun terkapai kapai agak jauh di depannya.

"Appa!! Selamatkanlah oppa! Oppa tak pandai berenang tuh!" Jeritnya sambil menarik narik baju ayahnya di sebelah.

"Abang! Pergilah bang!" Ujar isteri di sebelahnya pula sambil menolak nolak badan si ayah sedikit.

"Abang tak pandai berenang!" Balasnya pula. Budak perempuan itu menangis. Dia memandang oppa nya.

Tanpa berlengah, dia terus membuka kasutnya dan terus terjun.

"Adik!" Jerit ibunya. Namun, budak perempuan itu menggagahkan dirinya untuk terus berenang.

"Oppa! Tahan!" Ujarnya dan menarik abangnya. Si ayahnya terus mencapai abangnya.

"Omo! Taehyung!" JErit eomma nya. Ditekan dada kiri Taehyung dan Taehyung tersedar.

"Eomma.." ujarnya perlahan dan terus duduk. Dia memandang adiknya.

"Adik!" Jeritnya. Walaupun sakit, dia tetap jerit juga. Kelihatan adiknya pula yang lemas.

Hidung budak perempuan itu termasuk air dengan banyak kerana kakinya kejang. Air itu masuk ke paru paru. Sesak nafas.

"Adikk!" Jerit si ayah nya. Budak perempuan itu ke tengah sedikit tanpa disedari oleh dirinya sendiri.

"Abang! Selamatkan anak kita!" Jerit ibu nya sekali lagi. Tiba tiba, seorang budak lelaki lain datang entah dari mana dan terus terjun lalu menyelamatkan budak perempuan itu.

Si ayah mencapai lengan anaknya dan tangan budak lelaki yang menyelamatkan anaknya itu.

"Hyun Soo, kamu tak pape?" Soal ibu budak perempuan itu. Hyun Soo menggeleng. Hyun Soo duduk di sebelah Taehyung pula.

"Adik, bangun dik.." ujar si ayah. Namun, diam..

"Adik.." ujar si ibu pula. Dia duduk di sisi anak bongsunya. Anak sulungnya juga memandang adiknga.

"Adik, bangun.. Jangan macam ni, sayang.." ujar si ibu. Taehyung terus duduk di sebelah eomma nya.

"Adik.. adik bangun!" Jerit Taehyung. Si ayah menekan dada kiri budak perempuan itu dari tadi namun hampa. Budak perempuan itu tetap diam.

"Taeyeon-ahh!! Ireona! Jebal ireona.. Taeyeon-ahh!!" Jerit si ibu dan mulai menangis. Risau, takut dan seram jika anak bongsunya itu sudah.... mati.

"Adik!!!" Jerit Taehyung pula. Dia juga menangis. Hyun Soo memandang si ayah, juga tampak sedih.

"Taeyeon-ahh..." ujarnya Taehyung. Dia sangat sayangkan adiknya itu. Terlalu.. Namun, dia.. sudah.. tiada....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Taeyeon-ahh!!!" Jerit Taehyung dan terus duduk. Dahinya berpeluh. Dia memandang sekeliling. Dia melepaskan nafas lega sambil mengurut dadanya.

"Mimpi aje rupanya.." ujar Taehyung. Dia berfikir sejenak.

"Tadi tu.. itukah adik Taehyung?" Soalnya sendirian.

"Hati aku semakin kuat mengatakan yang aku ni ialah Kim Taehyung yang sebenar benarnya.."

. Kemudian, dia menarik nafas dalam dan dilepaskan perlahan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Eomma.." panggil Taehyung dan melabuhkan punggung nya di sebelahnya Puan Kim yang sedang menjahit. Puan Kim menoleh dan tersenyum.

Secret...Where stories live. Discover now