Part 11

9 1 0
                                    

        Taehyung masuk ke dalam bilik Seul Hee dan melepaskan tangan Seul Hee. Dia seperti mencari sesuatu. Seul Hee duduk dan membuka penutup mukanya.

      TAehyung kembali duduk menghadap Seul Hee dengan sebuah kotak. Seul Hee memandang kotak itu. Kotak rawatan. (Wakaka sorrylah tetiba ade emergency box mase Joseon nih.. Jinjja mian)

      Taehyung menarik lengan kanan Seul Hee dan dilipat. Dia membuka kotak itu pula.

      "Tahan." Ujar Taehyung pendek. Seul Hee hanya diam saje.

      Taehyung cuba merawat luka itu. Dia membersihkan luka itu dahulu. Seul Hee mengetap gigi menahan sakit.

       Diam di antara mereka. Taehyung fokus pada lengan Seul Hee yang luka itu. Seul Hee memandang mata Taehyung. Dalam.

       'Apsal ko ni kacak sangat? Jantung aku sentiasa berdegup kencang bila dekat dengan kau.. Contohnya seperti sekarang ni..' ujar hati Seul Hee. Wajah Taehyung yang serius itu diteliti lama.

      "Jangan pandang aku lama lama nanti jatuh cinta.." ujar Taehyung tiba tiba walauoun tidak memandang Seul Hee pun. Seul Hee tersentak dan melarikan pandangan.

      Taehyung melepaskan lengan Seul Hee yang sudah siap berbalut. Seul Hee memandang balutan di lengannya. Cantik dan kemas. Taehyung mengemas semula barang.

      "Terima kasih.." ujar Seul Hee perlahan. TAehyung memandang Seul Hee dan tersenyum nipis saje. Taehyung meletakkan semula kotak tadi.

       "Ermm macam mana ko boleh tahu aku dekat situ tadi?" Soal Seul Hee kepada Taehyung. Taehyung berdiri.

      "Tidurlah.. esok aku cerita.." balas Taehyung dan terus keluar bilik. Seul Hee hanya memandang saje. Kaku seketika.

    "Okey.." balas Seul Hee perlahan selepas Taehyung keluar. Seul Hee menyalin bajunya dan membentang tilam nipis. Dia baring.

      Dia memegang dahinya. Lama.

     "Harap harap tak demam.." ujarnya perlahan sebelum terlelap.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Taehyung POV

       Aku keluar dari bilik dan menutup bilik. Aku menuju ke arah tangga kecil untuk menyarungkan kasutku. Macam biasa, aku nak jalan jalan. Walaupun aku hantu, takkan aku nak duduk rumah je, kan?

       Aku menyarungkan kasut belah kiri dan kemudian kanan. Ehh jap.. Aku meneliti benda itu.

      "Ni kasut Seul Hee.. Dia tak bangun lagi ke?" Ujarku hairan apabila ternampam kasut Seul Hee masih di situ. Selalunya masa ni, cume ade kasut aku je.

     Aku memandang pintu bilik Seul Hee. Aku kemudian menanggalkan semula kasutku dan menuju ke arah bilik Seul Hee.

      Aku membuka pintu bilik Seul Hee dan betul, Seul Hee masih tidur. Berkubung dalam selimut hingga menutup paras lehernya. Kelihatan seperti mengereng kiri sambil memeluk lutut.

      Aku melangkah masuk dan duduk di sebelah kiri Seul Hee. Menghadap Seul Hee. Aku meneliti mukanya.

     "Seul Hee.."ujarku perlahan. Diam.

     "Seul Hee.." panggilku lagi. Tetap dia.. Ehh takkan mati kowt? Aku meletakkan jari telunjukku di bawah hidung Seul Hee. Masih ade nafas.

      Jap, kenapa nafasnya panas semacam je nih.. takkan demam..

      Aku terus meletakkan tanganku di dahinya. Namun, tiba tiba dia bergerak dengan mengalihkan tubuhnya dan baring menelentang. Kakinya dilepaskan.

Secret...Where stories live. Discover now