Epilogue

29 1 0
                                    

3 tahun berlalu..

       Seul Hee tersenyum nipis memandang pokok di depannya. Pokok bersejarah. Dan juga dikenali sebagai, Pokok Seul.

     Seul Hee memegang pokok itu dan diusap perlahan.

     "Annyeong, Pokok Seul.. Lama tak jumpa.. Tak rindu unnie?" Soal Seul Hee dan ketawa kecil.

     Seul Hee mencabut ranting ranting, daun daun asing yang menyibuk pada pokok itu.

     "Maaflah baru lawat hari ni.. Seul pun tahu kan yang unnie dulu masa kat penjara cuma boleh lawat Seul 2 kali setahun je. Sekarang, unnie dah bebas. Hari hari unnie boleh lawat Seul.." ujar Seul Hee lagi. Seakan akan berbual dengan pokok itu.

      Sejurus selepas keluar dari penjara, dia terus ke sini. Rindunya pada pokok ini memang kuat. Peraturannya semasa dipenjarakan sejak 3 tahun dulu ialah, hanya boleh melawat pokok ini 2 kali setahun, iaitu sekali setiap enam bulan..

      Seul Hee memeluk pokok itu erat. Dia membayangkan pokok itu seperti.. Taehyung..

     "Bogoshipeo.. Taehyung-ssi.." ucapnya perlahan.

******

      Seul Hee duduk di hujung cenuram sambil kaki lunjur ke bawah. Dia menghayunkan kakinya. Lega dan tenang duduk di situ. Memandang pelusuk hutan di depannya. Sekali jatuh, memang akan mati.

      Dia tersenyum nipis saat memandang sekumpulan burung berterbangan di udara.

       "Woi tak guna! Buat apa kat situ? Tak sabar nak mati?" Jerit seseorang dari belakang Seul Hee. Seul Hee menoleh ke belakang dan tersenyum manis.

     LAntas dia berdiri dan berjalan ke arah mereka.

      Seohyun dan Seul Hee berpelukan erat. Dari belakang Seohyun kelihatan Hyun Soo sedang membawa perkakas untuk berkelah.

     "Dah dah lah tu.. Macam dah setahun tak jumpa.. Padahal baru jumpa malam tadi.." perli Hyun Soo dan meletakkan barang di atas tanah.

     Seohyun dan Seul Hee melepaskan pelukan lalu memandang Hyun Soo yang kacak bergaya itu. Seohyun berdiri menghadap Seohyun.

     "Semalam lain, hari ni lain. Semalam kat penjara, hari ni kat bukit. Oppa ni, kesiankanlah sahabat Seohyun ni.." rungut Seohyun manja sambil memeluk tubuh dan menggemukkan pipinya.

      Seul Hee tersenyum. Hyun Soo berjalan ke depan Seohyun.

      "Alolo.. Yelah yelah.. Oppa saje je gurau tadi.. Mianhae, chagiya.." ucap Hyun Soo romantik dan mengucup dahi Seohyun sedetik. Seohyun terkejut dan memukul lengan Hyun Soo.

      "Oppa ape nih! Malulah sikit dengan Seul Hee.." marah Seohyun kepada Hyun Soo. Hyun Soo mencebik.

      "Alah, bertenanglah.. Macam tak biasa.." balas Hyun Soo dan kemudian ketawa.

     "Yah!" Ujar Seohyun geram dan memcubit pinggang Hyun Soo dan Hyun Soo mengerang sakit.

     "Akk akk! Seohyun ahh! Chagiyaa! Mianhae!" Jerit Hyun Soo kuat. Seohyun melepaskannya. Kelihatan Hyun Soo mengusap pinggangnya. BArangkali, ianya sakit.

      "Alahai, tahulah pasangan bahagia.. TApi janganlah abaikan aku kat sini ni.." ujar Seul Hee dan memandang tempat lain sambil memeluk tubuh.

      Ya, pasangan bahagia.. Mereka sedang enak bercinta sekarang. Sudah 2 tahun setengah mereka bercinta dan mungkin lepas 3 bulan, mereka akan berkahwin.

Secret...Where stories live. Discover now