Part 37

7 1 0
                                    

       "Annyeonghasaeyeo.." sapa Tuan Kim Woo Bin mesra kepada penduduk setempat.  Dendam Seul Hee terasa 'berapi' kembali.

       Kelihatan Tuan Kim berjalan ke arahnya. Kini, Tuan Kim di depannya, sambil tersenyum nipis. Namun, Seul Hee membalasnya dengan jelingan.

      "Annyeong, Jung Seul Hee.. Lama kita tak berjumpa.." sapa Tuan Kim. Seul Hee diam. Seohyun mula berasa pelik.

     "Seul Hee-ahh.. balaslah.. Bakal ayah mertua kau tuh.." bisik Seohyun. Seul Hee mencebik habis. Orang di sekeliling mula pelik juga. Cebik pulak Seul Hee ni, dah kenapa..

     "Ayah mertua? Heh, tak ingin aku ade ayah mertua tak guna macam dia nih.." balas Seul Hee tanpa rase bersalah. Seohyun terkejut habis, bersama beberapa orang yang lain..

     "A.. ape?" Soal Tuan Kim semula. Tujuannya datang untuk bertanya pasal Taehyung kepada Seul Hee. Tapi keadaan jadi lain pula.

      "Ko tanya ape? Hei, orang macam kau tak perlu hidup kat dunia ni lah.. Kerja untuk negara konon.. Padahal.. huh.." perli Seul Hee terus. Tuan Kim mula gelisah.

      'Dia dah.. tahu ke? Ehh tak mungkin..' getus hati Tuan Kim.

       "Ape yang kamu cuba sampaikan, Seul Hee? Saya tak dapat nak tangkap.." ujar Tuan Kim. Seul Hee tersenyum senget.

      "Tak dapat tangkap? Hei, tak guna! Cukuplah hanya keluarga aku, ayah aku, abang aku! Aku takkan termakan dengan kata kata manis kau lah! Aku akan balas demi dieorang!"

       Seul Hee melenting. Seohyun cuba menenangkannya dan orang sekeliling bertambah pelik. Dahi Tuan Kim menitik peluh sejuk.

      "Seul Hee.. Janganlah marah.." pujuk Seohyun lembut. Tubir mata Seul Hee mula berair.

     "Diam! Ko tak faham! Korang semua tak faham! Dia ni sebenarnye ialah pem--"

      "Appa! Ape appa buat kat sini?" Ujar Taehyung terus di sebelah Seul Hee. Seul Hee terus memandangnya. Tak, semua memandangnya.

     "Tae.. Appa cuma nak--"

      "Kan Taehyung dah cakap kalau sayang Taehyung, jangan jumpa Taehyung! Kenapa appa tak dengar cakap Taehyung? Tolonglah appa, kali ni je. Jangan cari Taehyung jebal.." pinta Taehyung.

      Tuan Kim agak terkaku. Seul Hee juga memandang Taehyung. Sungguh, sudah lama die tidak menatap wajah itu. Semua menonton adegan itu penuh tumpuan.

     "Yelah.. Maafkan appa.. Appa cuma nak tanya khabar kamu je.. Eomma pun rindu kamu, kalau ade masa lawatlah kami.. Appa pergi dulu.." Tuan Kim mengalah dan berlalu pergi.

      Maka, adegan itu pun habis. Taehyung menunduk. Seul Hee masih memandangnya. Taehyung mengeluh perlahan dan berlalu pergi pula selepas itu.

      Lidah Seul Hee kelu. Dia hendak memanggil Taehyung tapi lidahnya kaku pula.

     "Maaf.." ucapnya perlahan. Wajahnya kembali sayu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

       Seul Hee berjalan ke arah pokok misteri itu. Dia berdiri tegak menghadap pokok itu dalam jarak 4 meter.

       Taehyung tiada. Seul Hee mengeluh perlahan. Sungguh dia rindu dengan suara Taehyung, pelukannya, senyumannya dan semuanya pada Taehyung.

      Dia duduk bersandar pada batang pokok itu. Dia menarik nafas dalam dan dilepaskan perlahan.

       "Taehyung-ahh..neomu bogoshipeo..." ucap Seul Hee perlahan. Dia mengeluh lagi.

      "Maafkan aku sebab tak layan semua soalan kau sebelum ni.. Jinjja mianhae.. Kalau aku boleh putarkan balik masa, aku akan hargai setiap saat bersama dengan kau.. Setahu aku.. masa kau hanya tinggal 5 bulan je.." ucap Seul Hee lagi.

Secret...Where stories live. Discover now