Part 24

9 1 0
                                    

"Tak!!!"

Hyun Soo tersentak. Semua memandang ke arah punca suara itu. Seul Hee dan Seohyun juga. Ternyata orang itu ialah.. Taehyung.

Taehyung berjalan ke arah pentas kecil itu dan berdiri di sebelah appanya. Mereka berdiri berhadapan.

"Taehyung. Ape kamu nak buat ni?"
soal Puan Kim. Dia cemas. Malu!

Taehyung hanya memandang tepat ke arah appanya. Ternyata tinggi mereka sama.

"Kenapa.." ujar Taehyung. Boleh didengari semua. Tuan Kim agak tersentak.

"Kenapa nak kawal hidup Taehyung? Taehyung ada hak untuk tahu dan buat keputusan sendiri!" ujar Taehyung, sedikit terkilan.

"Taehyung! Hormat sikit dia appa kamu! Lagipun semua tengah tengok kita.." Arah Puan Kim. Taehyung memandang eommm nya dan menggeleng. Dia memandang Tuan Kim pula.

"Biarkan, biar semua orang tahu yang Taehyung ni bukan anak tapi Taehyung hanyalah anak angkat.. Betul tak, appa?" balas Taehyung. Tuan Kim dan Puan Kim terkejut. Malah, semua terkejut dengan pernyataan yang keluar dari mulut Taehyung.

"Macam mana kamu.. Tak, ape kamu merepek ni, Taehyung?" Soal Tuan Kim. Tubir matanya berair. Bomi dan keluarganya juga terkejut.

"Cukuplah tipu dan rahsiakan status sebenar Taehyung pada semua orang. Taehyung tahu benda ni sejak Taehyung umur 9 tahun lagi! Taehyung terdengar perbualan eomma dengan appa..." balas Taehyung. Lembut saje die bercakap dengan Puan Kim.

Taehyung memandang Tuan Kim semula.

"Dan lagi!" Marah Taehyung. Tuan Kim tersentak.

"Appa takde hak untuk kawal hidup Taehyung sebab Taehyung bukan anak kandung. Taehyung nak hidup dengan kehendak sendiri dan Taehyung nak hidup dengan orang yang Taehyung cinta dan bukan atas dasar paksaan!" Marah Taehyung lagi.

"Tapi kamu dengan Bomi memang rapat dari kecil, kan? Lagipun kamua berdua tampak secocok bersama.." ujar Tuan Kim. Dia sendiri terkejut dengan kata kata Taehyung.

"Rapat dari kecil tak semestinya timbul rasa cinta.. Rase cinta akan timbul apabila kita sangat menyayangi dan merindui dia.. Tapi, Taehyung langsung tak cintakan Bomi! Tolonglah appa, Taehyung cintakan orang lain!" Marah Taehyung. Seul Hee tersentak. Seohyun serta para hadirin juga terkejut.

"Kalau macam tu, siapa orang yang kamu cinta tu? Dia ada di sini kah? Tunjukkan!" Soal Tuan Yoon berang sambil berdiri. Dia geram dengan Taehyung. Eishh!

"Ye, dia ade di sini.." balas Taehyung lalu memandang tepat ke arah Seul Hee. Semua memandang Seul Hee.

"Saya cintakan Jung Seul Hee.." kedengaran ayat Taehyung seperti tergantung. Dia memandang appa nya pula.

"Dan bukan Yoon Bomi.." sambungnya lagi. Seohyun memandang Seul Hee yang terkaku memandang Taehyung.

"Oppa! Ape oppa merepek ni? Perempuan tu? Teruknya cita rasa oppa! Bomi lebih cantik dan kaya dari die! Oppa sedarlah!" Ujar Bomi sambil berdiri. Taehyung memandangnya dan menggeleng.

"Cinta bukan diputik kerana harta atau muka, tapi dengan hati dan perasaan.. Cinta tak boleh dipaksa, Bomi.." balas Taehyung.

"Tapi Bomi cintakan oppa!" Jerit Bomi. Tubir matanya berair. Hyun Soo pula hanya diam saje. Tak mahu masuk campur..

"Bomi layak mendapat yang lebih baik dari Taehyung yang hanyalah anak angkat je.." balas Taehyung dan memandang appa nya semula.

"Eomma appa, Taehyung ade permintaan.. Boleh tolong tunaikannya?" Soal Taehyung.

Secret...Where stories live. Discover now