Part 18

10 1 0
                                    

Seul Hee POV

Aku mengemas kain di situ. Kepalaku teringat padanya saja.

'Aku rindu Taehyung.. Benar, aku rindukannya.

Aku rindu wajahnya, senyumannya, tawanya, rajuknya, suaranya, tingkah lakunya dan semualah. Semua aku rindu.

Tapi, nak buat macam mana? Dah dibawak balik ke rumahnya pun. Entah entah si Taehyung pun tak ingat aku..

"AIsh biarlah!" Ujarku dan berlalu pergi ke stor.

End of POV

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Taehyung POV
.

Aku mundar mandir dalam bilik yang tersergam cantik ini. Baru sehari duduk dalam nih.

Bajuku juga sudah ditukar. Aku duduk semula. Tangan diletak atas meja kecil di depanku. Lalu menampung kepala aku pula.

"Seul Hee baik tak kat sana?" Soalku perlahan. Ya, aku resah tentangnya. Risau tentangnya. Sebab dia tiada depan mata aku. Jadi, aku risau!

Sepanjang cehh macam dah lama je. Baru sehari kat sini. Semasa aku melangkah masuk ke dalam rumah, ingatan tubuh ni datang macam air pancut. Banyak gila aku nampak sampai aku tak sedar aku pengsan.

Dan masa aku pengsan, ingatan tu masih lagi datang. Uishh aku bangun kepala aku terus sakit. Aku tengok luar dah siang dah.

"Seul Hee.. Seul Hee.." ujarku perlahan. Aku rindukannya. Serius, aku tak tipu! Ape die tengah buat sekarang? Dia ade ingat pasal aku tak?
Arghhh terseksanya duduk berjauhan dengan orang yang dicintai!

"Taehyung?" Soal Puan Kim dari luar. Aku terus memandang ke arah pintu.

"Kamu dah bangun ke? Kalau dah, mari sarapan.. Appa dah tunggu dah.." ujar Puan Kim dari luar. Aku menggigit bibir.

'Aku nak balas ape ahh.. Aduh..' ujarku perlahan. Aku menggaru belakang kepala pula.

"Taehyung?" Soal Puan Kim. Aku terus mengalihkan tangan.

"Haa eoh? N...Ne. Nanti Taehyung pergi.." balasku sedikit gagap.

"Pergi tau.. Tu semua makanan kegemaran Taehyung yang eomma sediakan.." ujar Puan Kim lagi.

"Haa baiklah.." balasku terus. Kemudian, diam. Dah pergilah tuh.

Tak lama kemudian, aku berdiri dan meninggalkan bilik. Aku menuju ke arah 'keluargaku'.

End of POV

******

"Taehyung kenapa? Macam sakit kepala je eomma tengok.." ujar Puan Kim apabila melihat anaknya itu asyik mengurut kepala. Makanan di depannya langsung tidak disentuh.

"Haa? Err... A.. Ani.. Taehyung baik je.." balas Taehyung dan melepaskan tangannya. Dia cuba mencapai penyepit kayu di depannya.

Dia cuba mengambil secebis nasi dari mangku di tangan kirinya dan menyuakan ke dalam mulut. Tiba tiba kedua dia tangannya terlepas dan mangkuk serta penyepit di tangannya jatuh.

Dia nampak seorang budak lelaki dalam lingkungan belasan tahun makan bersama keluarganya.

"Sedaplah eomma! Jinjja masitta!" Ujar budak lelaki itu.

"Nah appa makan nih!" ujarnya lagi dan menyuakan ikan ke arah appanya.

Secret...Where stories live. Discover now