Part 44

7 1 0
                                    

       "Pembunuh Hitam tu selama ni, ialah Jung Seul Hee?" Soal Tuan Kim Woo Bin. Jongdae mengangguk saje.

       "Ape hasil soal siasat?" Soal Tuan Kim lagi.

      "Katanya, Seul Hee jadi Pembunuh Hitam sebab dendam die. Keluarganya semua dibunuh oleh pihak atasan yang dirasuah, jadi dia nak bunuh semua pihak atasan yang dirasuah.." jelas Jongdae panjang lebar.

       Tuan Kim tersentak. Dia dapat rasakan sesuatu di sebalik tujuan Seul Hee menjadi Pembunuh Hitam itu.

      "Tuan, saya rasa Seul Hee jadi begitu sebab Tuan sendiri.. Kalau tuan tak mementingkan diri, dia takkan jadi macam ni.." ujar Jongdae lagi.

       Tuan Kim terdiam. Dalam hatinya, dia mengiakan kata kata Jongdae itu. Sememangnya benar apa yang Jongdae perkatakan. Jika dia tidak mementingkan diri sendiri, semua ini takkan berlaku.

      "Kamu rasa ape yang patut saya lakukan untuk tebus kesalahan saya pada keluarga Taeil?" Soal Tuan Kim. Jongdae berfikir sejenak.

      "PAda pandangan saya, saya lebih mengesyorkan agar tuan... menyerah diri.." balas Jongdae. Tuan Kim terkaku sejenak.

      "Saya rasa lebih baik tuan memberitahu segalanya kepada pihak atasan.. Yang bersalah dalan hal ini bukan Seul Hee, tetapi tuan sendiri punca masalah ini timbul.. Seul Hee yang menjadi mangsa keadaan dan berubah serta merta kerana dendam.." ujar Jongdae lagi.

      Tuan Kim terdiam. Sungguh, dia sendiri takut hendak menyerah diri. Kalau dia menyerah diri, pastu dipenjara. Nanti siapa nak jaga isteri dia? Harta dia macam mana? Rumah? Tanah?

      "Saya tahu perasaan tuan berbelah bahagi sekarang.. Tapi, itu saje caranya untuk tuan menebus kesalahan tuan kepada sahabat tuan.." ujar Jongdae lagi.

       Tuan Kim terdiam lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

       "Aku nak jumpa sekejap je.. Jebal.." pinta Seohyun kepada penjaga penjara itu. Namun, penjaga penjara yang bernama Hoya itu tetap menggeleng.

       Seohyun sedih dan berpatah balik kepada Sooyeon, Jin dan Jungkook. TAdi Sooyeon dan Jungkook cuba juga, namun tetap tidak. Semalam pun dieorang cuba.

       "Oppa, unnie.. Eotteokae.. Dari tadi tergeleng geleng je patung tuh daripada semalam.." rungut Seohyun dan menarik muncung panjang.

       Sooyeon memandang Jin. Jin mengangkat kening.

      "Mwoya?" Soal Jin.

      "Oppa cubalah.. Mana tahu oppa boleh.. Jebal.." rayu Sooyeon. Jin mencebik namun dia pergi juga.

     Tak lama kemudian, Jin patah balik.

     "Oppa tak sempat bukak mulut, dia dah geleng dulu dah.." ujar Jin. Semua menggaru kepala.

     "HAa, aku ada rancangan.." ujar Seohyun dan mereka semua mendengar rancangan Seohyun itu.

     "Jadi?" Soal Seohyun.

      "Rancangannya gila.. tapi unnie ikut je.." luah Sooyeon. Kemudian, Jungkook dan Jin pula mengangguk. Tanda setuju.

       "Okey, kajja.." ujar Seohyun dan mereka berempat berjalan ke arah Hoya.

      Jin dan Jungkook berdiri di sebelah Hoya dan Sooyeon serta Seohyun di belakang mereka. Sebelah kanan mereka ialah pintu gerbang(?) penjara yang terbuka luas. Tunggu masa untuk masuk saje

.      "Hai.." sapa Jin. Hoya hanya memandangnya. Jungkook membuat muka menyampah.

        "Bisu ke ape.." ujar Jungkook perlahan dan tak pasal pasal, kepalanya diluku Seohyun.

Secret...Where stories live. Discover now