Bab 1

841 21 0
                                    

Tengku Aizad Safuan pov

"Amir, jom teman aku shopping nak? Barang peribadi aku dah nak habis. Kena beli baru ni. Aku nak tengok perfume keluaran baru jenama Dashing yang baru keluar ni. Nanti ramai beli, habis stok." kataku bercakap di talian dengan teman baikku, Amir.

"Kau ni tak sabar - sabar, Aizad. Rilek lah. Aku tak siap apa pun lagi. Kau bagi masa kat aku setengah jam. Kau pun siap - siaplah." balas Amir di sana.

"Mestilah. Aku nak jadi orang pertama yang cuba dulu jenama tu. Ok, aku nak siap jugak ni. Lagi setengah jam kita jumpa." Aku menamatkan perbualan telefon.

Aku bergegas menanggalkan pakaian untuk membersihkan diri walaupun sudah mandi awal pagi tadi. Mestilah kena bersih - bersih. Aku tak suka badan aku cepat melekit dan berpeluh. Mesti aku akan mandi lagi sekali.

Sambil bernyanyi kecil, aku mencuci muka dengan Garnier Turbo Men dan akhir sekali menyabun badan dengan shower Lifebuoy. Segar bila badan dah wangi, muka pun dah licin.

Hmmm.. Nak pakai baju apa harini ye. Fikirku. Aku membelek - belek pakaianku di dalam closet yang penuh dengan pelbagai jenama. Haa, pakai tshirt POLO dengan jeans Levi's lah. Ranggi dan santai. Lagipun pergi shopping kan.

Setengah jam kemudian, aku tiba di depan pusat beli belah favourite aku. Aku parkirkan Alfa Romeo ku di tempat parking dan melangkah turun dari kereta.

Mana Amir ni. Batang hidung tak nampak pun. Siap lah kau Amir kalau lambat. Aku membebel sendirian sambil melilau mata mencari teman rapatku itu.

"Aizad." Laung satu suara tak jauh dariku. Aku menoleh dan terlihatlah Amir yang lengkap berbaju tshirt dan jeans. Sama denganku.

"Aku ingat kau lambat tadi. Tak nampak pun Porshe kau. Hehehe.. Kalau lambat tadi, aku nak denda kau je tadi."

"Aku cari parkir tadi. Penuh sangat kereta harini. Maklumlah hari minggu. Ala janganlah denda aku. Asyik aku je kena denda. Taulah kau tu selalu awal kan."

"Hahaha... Dah lah. Jom kita masuk. Banyak barang aku nak beli ni."

Aku dan Amir pun berjalan masuk ke pusat beli belah yang sesak dengan orang haritu. Kami meninjau - ninjau tempat favourite spot kami, Watson dan Guardian. Selalunya aku beli barang peribadi dekat situ je sebab banyak pilihan.

"Ye, encik. Nak cari apa?" sapa seorang pekerja di dalam Watson tu.

"Saya nak tengok perfume jenama Dashing yang baru keluar tu. Boleh tunjukkan saya." pintaku.

"Boleh. Sila ikut saya." ramah pekerja tu menyuruh kami mengekorinya.

"Ni ada tester kalau encik nak bau. Sila lah cuba."

Aku mengangguk dan menyembur sikit tester tu di tanganku. Hmm...wangi. Cuba yang lain lah. Yang ni pulak kuat jugak bau dia. Yang tu macam sesuai je. Bau dia lembut dan tak berapa tajam. Aku pun berkenan.

"Amir, kau nak beli apa? Aku dapat dah perfume yang aku nak sangat ni."

"Aku nak cari cleanser dan shower aku." balas Amir sambil membelek - belek barang yang tersusun elok di rak. Dia memegang bakul untuk mengisi barangnya.

Selesai kami membayar barang, aku dan Amir mengatur langkah ke butik pakaian jenama terkenal Radzuan Radziwill. Aku mahu menempah sut untuk dinner syarikat nanti. Lagipun aku senang dengan butik tersebut kerana kainnya yang selesa dan menarik.

Usai itu, kami masuk pula ke kedai kasut. Aku dan Amir masing - masing dah penuh di tangan dengan barang - barang. Ada beberapa perempuan yang asyik melihat kami dua orang lelaki berbadan tegap ni membeli belah. Biasalah mungkin tak pernah tengok lelaki shopping kot. Tu yang jakun. Desis hatiku.

Tapi kiteorang buat tak endah je. Antara aku dan Amir saling memahami dan sekepala. Sebab tu kiteorang rapat dan macam adik beradik. Huhu.

"Amir, jom minum kopi kat Starbuck dulu." ujarku yang sudah penat berjalan.

"Ok, jom." Kami berdua mencari tempat duduk yang agak jauh dari orang. Senang dan selesa. Lagipun aku kan Tengku, susah kalau ada orang kenal. Muka aku selalu masuk paper kot sebab aku ni ahli perniagaan yang berjaya.

"Kerja kau macamana, Amir? Ok ke?" soalku pada Amir yang mempunyai syarikat guaman sendiri. Dia seorang lawyer yang berbakat. Aku salute pada dia walaupun dia selalu lambat.

"Banyak kes masuk sekarang. Stress jugak aku. Tapi nasib baik boleh handle lagi. Kau pulak macamana Aizad?"

"Aku pun ok, alhamdulillah. Makin banyak tender yang dapat. Berkat papa dan mama aku baru pulang dari haji kan."

"Bagus lah tu. Aku tumpang gembira. Nanti boleh lah belanja aku selalu. Hahaha."

"Kau punya duit pun dah banyak. Ada hati nak suruh aku belanja. Apalah." bidasku.

Amir hanya tersenyum senget padaku. "Kau taknak kahwin ke, Aizad? Rumah dah ada, kereta pun berapa buah. Semua da lengkap. Tinggal isteri je takda lagi."

"Eh, apahal masuk bab kahwin ni. Aku suka single and available lah. Baru senang takda sapa control. Nak pergi mana pun orang tak bising. Kau pun bila nak kahwin, Amir?"

"Aku dah jumpa calon aku dah. Insyaallah hujung tahun nanti aku tunang. Tahun depan nikah."

"Wah, dapat jugak aku merasa nasi minyak teman baik aku ni kan. Dah tak lama dah. Senyap - senyap kau ni kan tup - tup dah nak nikah. Aku tumpang happy, Amir. Nanti aku bagi hadiah special untuk kauorang berdua."

"Insyaallah. Aku nak hadiah besar ye. Jangan lupa."

"Iyelah, Amir. Aku ingat. Kau kawan paling rapat aku. Mesti lah aku bagi besar punya. Hahaha." kataku tergelak. Amir ikut tergelak.













A/n :Hai...Cerita baru author update. Sila lah vomment lepas baca ni. Author harap korang boleh bagi feedback untuk support cerita author ni. Baru author semangat nak sambung. Tq.

Mr.MetroseksualWhere stories live. Discover now