Cinta Ariana p.o.v
Pin...pin...
Aku tersentak dari lamunanku. Segera ku menoleh ke depan. Kelihatan Tengku Aizad sudah berada di depan dengan keretanya. Laju aku berjalan menghampiri kereta itu dan masuk ke perut kereta. Sekejap. Apa pasal wangi sangat kereta ni. Minyak wangi tertumpah ke? Aku menguis hidung ku sedikit.
"Kenapa, Ariana?" soal dia melihat ke arahku dengan senyuman memikatnya.
"Eh-takda pape, Tengku. Wanginya kereta Tengku ni." balasku tersipu - sipu. Bau Hugo Boss yang kena dengan gayanya yang bossy.
"Oh, maaf. Saya memang suka wangi pagi - pagi ni. Nak dapat mood kerja. Barulah ceria. Panggil saya, Aizad je. Tak payah panggil Tengku. Ok." ujarnya lagi.
"Baiklah, Tengku. Ops, Aizad. " kataku agak kekok. Mana taknya kali pertama naik kereta dengan lelaki. Lelaki yang dikategorikan tampan, badan tegap dan ramai peminat pulak tu. Berdebar jantung rasa.
"Ariana memang dah berkawan lama ye dengan Aina?"
"Ha'a. Sejak masuk uni lagi. Kami ambil jurusan yang sama. Dan kebetulan kami satu roommate and classmate. Sebab tu kami rapat sampai sekarang." jelasku.
"Oh, selalu Ariana dengan Aina pergi shopping kat mana? Cantik baju Ariana pakai tu. Saya suka. Nice material."
"Hah! A-apa?" seruku terkejut dengan soalan dia.
"Saya tanya Ariana dengan adik saya tu selalu pergi beli belah barang dekat mana? Pandai Ariana pilih baju. Boleh saya pergi sana nanti. Mana tahu ada yang berkenan di hati." tanya dia lagi.
"Kami pergi Pavi Parkson je. Bukan saya yang pilih. Aina yang pilihkan. Saya ikut je." jawabku.
Betul ke dia tanya ni? Kenapa dia tanya soalan macam tu? Hish, musykil ni. Lelaki jenis apa lah abang Aina ni. Hiasan dalaman kereta dia menarik. Bersih je aku tengok. Siap ada bantal merah bentuk hati lagi tu. Patung teddybear yang gantung - gantung pun ada kat cermin belakang.
"Ariana tengok apa kat belakang? Ada apa - apa tak kena ke kat kereta saya?" tanyanya hairan melihat aku menoleh ke belakang.
"Eh-takda pe. Cantik dalaman kereta ni. Bersih je saya tengok. Tak macam sesetengah lelaki yang tak pandai jaga kereta. Serabut. Kereta Tengku ni nampak menarik. Pandai Tengku jaga kereta kan." pujiku melambung. Padahal sengaja tukar topik.
"Lah kan saya kata panggil Aizad je. Tak nampak akrab nanti. Saya tak suka bezakan pangkat. Lagi - lagi dengan kawan adik - adik saya. Kawan diaorang kawan saya jugak kan." katanya menoleh ke arah ku dengan senyuman killernya yang boleh buatkan hati aku cair dengan pantas.
"Iye, Aizad. Maaf." Cepat aku menoleh ke tingkap tak mahu melihat wajahnya lagi. Membahang rasanya pipi aku ni. Argh, kenapa dengan kau ni, Ariana?
"Erm, Ariana kenapa tak cuba jadi model? Badan awak langsing dan kaki awak panjang. Saya rasa sesuai sangat jadi model. Boleh kalah primadona Malaysia, Erra Fazira tau. Kulit awak pun cantik. Sesuai lah tu." cadangnya.
"Aa-saya tak minat jadi model. Saya suka jadi diri saya sendiri. Lebih baik bekerja di bawah daripada bekerja di atas pentas. Saya tak suka peraga badan. Alhamdulillah dengan kurniaan Tuhan. Saya bersyukur sangat." jawabku agak sensitif dengan soalan lelaki di sebelah aku ni.
Memang lah tubuh aku tinggi sebab ikut keturunan abi. Jenis tinggi dan kurus. Mahu kena ketuk kepala dengan umi kalau kerja sebagai model ni. Adoi, buat mood aku hilang je lah. Nasib baik abang Aina kalau tak dah lama aku sekeh kepala dia ni. Apa kau fikir ni, Ariana?
"Ariana. Are you here with me?"
Aku menoleh ke arahnya. "Ye. Aizad tanya apa tadi?"
"Tak. Saya minta maaf kalau soalan saya tadi tu buat Ariana tak selesa. Saya cuma bagi pendapat. Lagipun saya pun tak minat perempuan peraga badan ni depan lelaki. Jatuh maruah pulak kan."
YOU ARE READING
Mr.Metroseksual
Random"Awak ni semua benda nak jaga dari pakaian, beg, kasut, perfume, barang kecantikan pun ada. Penampilan memang lah penting tapi takkan sampai kuku pun kena kilatkan macam perempuan. Saya pun tak lebih macam awak tu tau." kata Cinta Ariana. "Of course...