Author p.o.v
"Guess what?" pekik Tengku Aina sebaik berada di talian.
"Adoi.. Apa? Jangan lah jerit kuat. Pekak telinga aku ni nanti. Bagi salam pun tidak minah ni. Assalamualaikum." Ariana menjauhkan telinganya dari corong telefon.
"Upps, sorry. Aku happy sangat. Waalaikumsalam. Hari Isnin ni kita kena datang office papa aku. Dia nak bagi jawatan kat kita memasing."
"Omg. Betul ke? Wah, aku suka sangat. Aku dah dapat kerja. Tq, Aina. Kaulah sahabat aku yang paling aku sayang." ucap Ariana terharu.
"Your welcome. Aku tolong apa yang termampu je. Same with me. Boleh lah kita melaram time masuk kerja nanti. Esuk kita shopping nak? Nak beli baju untuk kerja nanti." ajak Tengku Aina tak sabar nak melaram.
"Alaa...shopping - shopping jugak. Duit jangan boros. Aku nak save untuk makan pakai aku nanti. Aku nak kena sewa rumah lagi. Takkan nak ulang alik dari rumah aku kat Kuala Selangor ni. Kan jauh." pikir Ariana. Dia baru masuk kerja takkan nak harapkan duit abi dan umi dia pulak. Nasib lah dia ada duit simpanan berkat dia menyimpan.
"Alaa... Kau jangan risau tentang tu. Aku boleh uruskan. Serah kat aku je. Aku pun boleh duduk luar. Taknak lah bergantung pada parents aku sangat. Kita sewa rumah sesama ye. Abang aku pun ada kondominium sendiri. Dia duk asing jugak." pujuk Tengku Aina menaikkan semangat Ariana.
"Mama kau tak kisah ke nanti? Maklum lah kau satunya anak perempuan dia. Aku taknak jadi halangan."
"Taklah. Kalau mama aku tahu aku sewa dengan kau, lagi lah dia suka. Maklumlah calon menantu terbaik. Kihkih." usik Tengku Aina.
"Hissh...tak sudah usik aku. Ok lah. Esuk kita cari rumah sesama ye. Fighting."
"Fighting. Tepat jam 10 pagi, aku sampai rumah kau. Daa...muah." Tengku Aina menamatkan perbualan.
"Ok, daa."
*****
Esuknya, Tengku Aina menjemput Ariana tepat pukul 10 seperti yang dikatakannya. Ariana sudah menunggu di depan rumahnya.
"Ok, mana kita nak pergi dulu ni?" soal Ariana sebaik masuk ke sebelah pemandu. Dia yang simple dengan blaus merah jambu dan skirt labuh bercorak bunga nampak sesuai dengan kulitnya.
"Ok, kita pergi Parkson Pavi dulu. Ronda - ronda cari baju. Lepastu baru kita cari rumah sewa ye." balas Tengku Aina yang memakai blaus biru dengan seluar slack putih.
"Ok." Ariana menganggukkan kepala tanda setuju.
Setiba mereka di tempat ditujui, mereka berdua segera melangkah turun dari kereta dan masuk ke shopping mall.
"Jom masuk butik ni. Aku selalu beli baju kat sini. Banyak pilihan tau." ajak Tengku Aina bila sampai di depan butik jenama terkenal.
"Eh, mahal tak kat sini? Aku takut tak mampu lah, Aina. Kau je lah beli kat sini. Aku teman je." Ariana merendah diri. Dia sedar akan kekurangannya. Lagipun dia jenis yang saving.
"Alaa, takpalah aku treat kau, Ariana. Apa gunanya sahabatkan. Jangan risau lah. Aku suka kalau dapat bahagiakan kawan aku. Dah jom masuk. Jangan nak drama kat sini ye." usik Tengku Aina menarik tangan Ariana masuk ke dalam butik.
Ariana terpaksa mengikut walaupun dia terasa segan dengan kebaikan hati Tengku Aina.
"Selamat datang, cik - cik berdua. Nak cari apa?" ramah staff di butik itu menyambut mereka.
"Kami nak cari baju untuk ke pejabat. Kalau boleh lengkap semua." pinta Tengku Aina tersenyum.
"Oh, ada. Boleh ikut saya. Saya tunjukkan." Staff tadi membawa mereka ke rak pakaian yang penuh mannequin memakai pakaian office.
Ariana terpegun dengan kualiti kain baju di butik itu. Sangat menepati citarasa dan berkualiti tinggi. Dia memandang sekeliling seperti jakun.
"Weh, kau berangan sampai mana dah. Aku tanya ni kau nak baju yang mana. Pilih lah." panggil Tengku Aina menyentakkan lamunan Ariana.
"Eh, aku..aku..." Pipi Ariana merona merah kerana malu.
"Kau ni. Biar aku pilihkan untuk kau. Kulit kau cerah dan putih. Kalau warna merah ni sesuai kan. Digandingkan dengan blazer gelap ni. Nampak sesuai sangat. Lepastu warna hijau ni pun padan lah." Tengku Aina memadankan baju yang dipegangnya ke tubuh Ariana. Ariana seperti patung cendana didepan rakannya itu.
"Dah, kau pergi test semua baju ni. Aku nak cari baju aku pulak ye. Tolong bawa kawan saya ni pergi fitting room ye. Thank you." arah Tengku Aina. Macam pangkat mak dah. Disuruh itu dan ini.
"Mari, cik." staff itu mempersilakan Ariana mengikutnya. Ariana yang tersentak segera mengikut staff itu. Mukanya membahang.
Di fitting room, Ariana menanggalkan pakaiannya dan mencuba satu persatu baju yang dipilih Tengku Aina tadi. Dia melihat dirinya ke arah cermin. Cantik dan bergaya. Itulah yang terungkap di bibirnya melihat diri sendiri berpakaian mahal.
"Ariana, macamana ok tak baju tu?" panggil Tengku Aina dari luar. Ariana tersentak.
"Apa?...aaa...jap." Ariana membuka pintu dan menunjukkan dirinya di depan Tengku Aina yang tercegat.
"Oh My Gucci, cantiknya sahabat aku ni. Macam Clevergirl Malaysia dah aku tengok. Bergaya sakan. Mesti abang aku meleleh lah nanti. Cun. Lepasni kita pergi cari kasut dengan beg pulak. Jangan risau semuanya aku bayar. Papa aku bagi kad kredit suruh guna." Tengku Aina menayangkan kad kredit di tangannya sambil tersengih lebar.
"Tapi... Aku segan lah, Aina. Kau bayar untuk aku sekali. Aku taknak lah dikira amik kesempatan." pintas Ariana serba salah.
"It's ok. Harini hari kau, manatahu esuk hari kau pulak. Don't worry be happy. Dah jom. Aku nak pergi bayar ni."
"Kau dah try baju ke?" soal Ariana hairan.
"Dah lama dah. Kau je buat pe kat dalam tu lama sangat. Tau lah cantik kalah puteri Diana dah. Jom. Tukar baju balik." Tengku Aina tersengih kerang.
Ariana segera menukar bajunya balik ke pakaian yang asal.
YOU ARE READING
Mr.Metroseksual
Random"Awak ni semua benda nak jaga dari pakaian, beg, kasut, perfume, barang kecantikan pun ada. Penampilan memang lah penting tapi takkan sampai kuku pun kena kilatkan macam perempuan. Saya pun tak lebih macam awak tu tau." kata Cinta Ariana. "Of course...