Author p.o.v
"Ma, kenalkan ni kawan sama uni dengan Aina, Cinta Ariana." Tengku Aina memperkenalkan sahabat baiknya pada Tengku Aisyah. Dia saja membawa Cinta Ariana ke rumahnya berjumpa dengan keluarganya.
"Apa khabar, Tengku?" ucap Cinta Ariana seraya menyalami tangan Tengku Aisyah.
"Khabar baik, Ariana. Panggil auntie je. Tak payah panggil Tengku." balas Tengku Aisyah ramah dan memeluk Cinta Ariana erat. Dia suka dengan tingkah laku Cinta Ariana yang sopan dan ayu. Cinta Ariana membalas pelukannya dan terasa membahang wajahnya.
"Baik, auntie."
"Ariana ni asal mana? Baru auntie dapat jumpa dengan tuan badan dia sendiri. Sebelum ni asyik dengar nama je di sebut Aina ni. Cantik Ariana ni rupanya."
"Saya asal dari Kuala Selangor, auntie. Kawasan kampung je. Saya biasa je, auntie." Merah muka Ariana apabila dipuji depan oleh Tengku Aisyah.
"Ariana ni pemalu orangnya, Ma tapi baik hati. Ni lah sahabat baik Aina yang selalu bantu Aina dalam bidang yang Aina ambik sekarang." celah Tengku Aina yang duduk di sebelah mamanya.
"Eloklah tu. Anak dara zaman sekarang mana nak jumpa yang sopan santun dan pemalu macam Ariana ni. Semuanya dah bebas bergaul dan takda adab." Tengku Aisyah memerhati Ariana yang sopan berpakaian dan menutup aurat. Takda lah terdedah sana sini.
Ariana hanya tersenyum malu di depan Tengku Aisyah.
"Lepasni Ariana kerja kat mana?"
"Saya ada mohon kat beberapa syarikat sebagai executive manager. Tunggu panggil temuduga je, auntie."
"Oh, Aina ni nak duduk rehat kat rumah dulu baru nak kerja dengan papa dia. Kalau Ariana tak keberatan, boleh auntie rekomenkan Ariana kat syarikat uncle. Nanti kerja sama Aina je."
"Eh, takpa lah auntie. Susah - susah je."
"Alah tak susah lah. Auntie ikhlas."
"Betul tu, Ariana. Kalau kau nak, boleh kerja dengan aku nanti sama pejabat. Senang kita jumpa." sokong Tengku Aina.
"Saya tengok dulu ye, auntie. Nanti saya minta izin abi dan umi saya dulu."
"Abi dan umi Ariana kerja apa?"
"Abi saya berniaga kecil - kecilan. Umi saya tak bekerja cuma uruskan rumahtangga je. Kadang umi saya terima tempahan biskut raya bila nak dekat hari raya. Umi pun menjahit jugak."
"Oh, auntie minta maaf lah kalau auntie tanya pasal tu. Auntie cuma nak tahu je. Harap Ariana tak kisah ye. Nanti auntie boleh tempah biskut raya kat umi Ariana kan. Lagi senang."
"Takpa, auntie. Saya ok. Insyaallah boleh, auntie. Nanti saya bagi pamphlet senarai biskut raya yang umi saya buat." Ariana tersenyum manis.
"Jemput makan puding roti auntie buat ni. Auntie memang rajin buat puding petang - petang ni. Saja kumpul resepi."
"Terima kasih, auntie." Ariana menyuap beberapa sudu puding di mulutnya. "Sedap puding auntie buat ni. Boleh saya minta resepi nanti."
"Hihi...takdalah. Auntie pun tengok kat buku resepi jugak. Cuma tambah sikit je bahan lain. Nanti Ariana nak, boleh datang minta kat auntie bila - bila je. Auntie boleh bagi."
Ariana hanya menganggukkan kepalanya saja dan kembali menyuap beberapa sudu lagi. Tengku Aina yang ralit menelan puding kesukaannya hanya mendengar saja perbualan mama dan temannya itu.
*****
Cinta Ariana p.o.v
Aku melepaskan penat di kerusi rumahku sebaik sahaja sampai di hantar pulang oleh rakanku, Tengku Aina tadi.
Terasa membahang lagi mukaku diusik oleh mama Tengku Aina tadi. Mana taknya, soalan tentang boyfriend yang ditanya oleh Tengku Aisyah tadi. Mahu tahu aku sudah berpunya ke belum. Malu aku nak jawab tadi.
Tapi aku jawab je takda boyfriend lagi sebab aku ni memang takda kekasih pun. Bercinta pun tak pernah. Asyik belajar je 24 jam. Mana nak pikir lelakinya. Kan?
Yang buat aku lagi bertambah merah muka bila mama Tengku Aina mahu kenenkan aku dengan abang sulung Tengku Aina. Aduh! Segannya aku. Mana nak letak muka ni.
Confirm lepasni aku segan nak pergi rumah Tengku Aina lagi. Takut dikenenkan lagi oleh mama dia. Tengku Aina pun setuju pulak tu aku berjodoh dengan abang dia. Haih, tak guna punya kawan.
Abang dia pun aku tak pernah jumpa.macamana nak dijodohkan pulak. Kalau handsome boleh lah jugak, aku nak. Hihihi... Arghh sudah. Apa yang aku melalut ni.
"Ariana, pergi mana tadi?" soalan dari umiku, Hajjah Arimah menyentakkan lamunanku.
"Pergi rumah Aina tadi, umi. Kawan satu uni dengan Ariana. Dia golongan Tengku tau, umi tapi dia tak sombong. Besar rumah dia. Segan Ariana tadi. Mama dia layan Ariana ramah sangat."
"Siapa nama ibubapa dia? Mana tahu umi kenal kan."
"Tengku Arman dan Tengku Aisyah nama parents dia, umi. Tapi Ariana sempat jumpa mama dia je tadi. Papa dia kerja. Cantik sangat Tengku Aisyah tu walaupun dah berumur. Kebetulan dorang baru balik haji sama dengan umi dan abi. Kan, umi?"
Aku melentokkan kepalaku di bahu Hajjah Arimah. Aku anak perempuan sulung di dalam keluargaku. Dibawahku ada dua orang lagi masih bersekolah. Seorang perempuan dan seorang lelaki."Umi rasa umi kenal lah dengan keluarga Aina tu. Macam pernah jumpa masa umi dengan abi pergi haji. Nama pasangan tu pun Tengku Arman dan Tengku Aisyah. Orangnya baik sangat. Kalau betul, mungkin dorang tu mama dan papa Aina lah agaknya."
"Yeke, umi? Kalau macam tu, eloklah kan. Nanti boleh umi dan abi pergi rumah Aina. Nanti Ariana kenalkan dengan family dorang."
"Insyaallah kalau takda aral melintang. Abi dan umi pergi."
"Tengku Aisyah kata nanti dia nak tempah biskut raya kat umi. Ariana bagitahu tadi pasal umi buat biskut tu. Nanti Ariana bagi pamphlet senarai biskut raya umi buat kat mama Aina tu nanti."
"Lah yeke? Segan umi. Yelah nanti Ariana kasi ye. Umi boleh je buat."
"Ok, umi. Sayang umi." Aku memeluk umiku erat. Umi membalas pelukanku juga sambil tersenyum.
"Lagi satu umi. Lupa pulak. Tengku Aisyah ada ajak Ariana kerja dengan Aina kat syarikat papa dia. Macamana umi? Ariana kata Ariana tanya abi dengan umi dulu."
"Betul ke ni, Ariana? Alhamdulillah. Umi setuju je. Anak umi dah dapat kerja. Tapi Ariana taknak rehat dulu ke kat rumah? Nanti kita tanya abi pulak ye."
"Hmm... Ariana taknak lah rehat lama - lama. Ariana nak balas jasa abi dan umi pulak sebab bagi pendidikan tinggi pada Ariana. Arina dan Aril pun masih sekolah lagi. Nak tunggu panggilan temuduga pun tak tahu bila. Ariana nak ambik peluang ni, umi."
"Umi ikut je keputusan Ariana. Mana yang elok, umi setuju je. Ariana kerja rajin - rajin ye."
#Do vote and comment. Enjoy reading. :)
YOU ARE READING
Mr.Metroseksual
Random"Awak ni semua benda nak jaga dari pakaian, beg, kasut, perfume, barang kecantikan pun ada. Penampilan memang lah penting tapi takkan sampai kuku pun kena kilatkan macam perempuan. Saya pun tak lebih macam awak tu tau." kata Cinta Ariana. "Of course...