Bab 10

381 15 1
                                    

Author p.o.v

"Kenalkan ni Cinta Ariana. Staff baru kita. Ariana akan memegang posisi sebagai Sales Executive di bahagian jualan. Bolehlah kenal dengan dia sekarang." kata Tengku Aizad memperkenalkan Ariana pada semua staff di syarikatnya.

Ariana dengan penuh yakin bersalam dengan staff perempuan dan mengenalkan dirinya sendiri pada semua staff yang ada di situ. "Hai, panggil Ariana atau Ana je." Dia tersenyum manis.

"Hai, saya Zahim. Ariana ni cantik lah. Kena dengan nama. Macam bidadari. Boleh lah kita kenal lebih rapat ye?" kata lelaki bernama Zahim itu seperti berbisik. Takut di dengari yang lain. Dia mula tertawan dengan rupa wanita di hadapannya tu. Kalau solo, boleh lah dia masuk line. Fikirnya.

"Terima kasih. Cantik tu subjektif. Insyaallah." balas Ariana dengan baik.
Dia tak mahu di cop sombong. Dia tersenyum ramah di hadapan lelaki yang bertubuh tinggi dan berkumis nipis itu.

"Carmen, dah siapkan bilik untuk Ariana?" tanya Tengku Aizad.

"Sudah, Tengku." jawab Carmen mengangguk.

"Ariana, mari saya tunjukkan bilik awak. Yang lain boleh kerja macam biasa." arah Tengku Aizad mula berjalan ke hadapan diikuti Carmen disisinya.

Kerumunan staff tadi mengangguk dan meminta diri balik ke meja memasing. Ariana memandang dengan senyuman. "Baik, Tengku." Ariana mengikuti dari belakang dengan memegang beg kertas berisi sarapan yang diberi lelaki tu tadi.

"Ni bilik awak. Carmen sudah siapkan. Kalau ada apa - apa nak tanya minta tolong pada Carmen ye. Dia ada di line 2."

Mereka tiba di bilik yang agak sederhana besar dan masih belum lengkap. Laptop Apple terletak elok di atas meja. Pasu berisi bunga harum di letak di sisi meja. Ariana memerhati. Tingkap yang bertabir kaca dan pemandangan bangunan sangat mengagumkan. Nice view. Ariana terpesona. Seronoknya dapat kerja di syarikat besar ni.

"Well macamana, Ariana? Puas hati?" soal Tengku Aizad yang memandang ke arah wajah wanita itu.

"Saya sangat puas hati dan teruja. Thanks pada Tengku dan Carmen sebab bagi bilik yang sudah cukup besar buat saya ni." puji Ariana terharu. Carmen tersenyum.

"Your welcome. Carmen, can you please leave us alone? Thanks."

"Baik, Tengku." Carmen segera berjalan keluar dari bilik tu dan menutup pintu.

"Kan saya kata panggil saya, Aizad je."

"Ermm.. Maaf tapi saya taknak staff lain fikir bukan - bukan. Biarlah saya bahasakan Tengku je. Kalau kat luar, mungkin saya panggil nama je. Boleh, Tengku? Upps, Aizad. Hehe." Ariana tersengih malu.

"Hmm, Okay. Saya setuju. So welcome to our company. Kalau ada apa - apa tak tahu panggil saya kat line 1. Lepasni saya akan suruh Carmen bagi fail syarikat. Study hard."
Pesan Tengku Aizad sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Dia sempat menoleh dan tersenyum. "Sarapan lah dulu dekat pantri. Baru start kerja."

Ariana menganggukkan kepalanya sahaja. Dia berasa malu dengan layanan berlebihan bakal bossnya yang baru tu. Haish, kenapalah aku tak dapat kerja dengan Aina. Keluhnya.

"Baik makan sekarang. Nanti kena baca sejarah syarikat pulak." Ariana cepat - cepat meletakkan beg tangannya di meja. Di bawanya beg kertas ke pantri untuk sarapan.

Di pantri, Ariana bertemu dengan Zahim yang sedang minum neslo dengan biskut. Nak tak nak di paksanya juga kaki melangkah duduk di meja.

"Eh, hai Ana. Awak pun baru nak sarapan ke?" tegur Zahim tersenyum manis melihat wanita yang mula menambat hatinya itu.

"Haah. Saya tak sempat breakfast kat rumah tadi. Awak pun sama ye?" balas Ariana cuba berbasa basi. Di keluarkan tupperware dan termos dari dalam beg kertas berbunga warna - warni tu.

"Saya tak amik sarapan berat pagi - pagi. Lagipun biasalah orang bujang. Takda orang nak masakkan. Haha." gelak Zahim mengaku dirinya masih bujang di depan Ariana. "Wah, pancake blueberry dengan kek cawan red velvet! Sedapnya. Sempat awak baking ye. Bertuah siapa yang jadi suami awak." puji Zahim melihat isi di dalam tupperware.

Alamak, apa aku nak jawab ni. Takkan nak kata aku yang masak pulak. Aku bukan pandai buat kek ni semua. Masak ringkas - ringkas boleh lah. Aduh. Fikir Ariana.

"Eh, taklah. Bukan saya yang masak. Ada orang buatkan lepastu dia bagi saya."

"Yeke! Siapa yang buatkan tu?" soal Zahim tertanya - tanya. Takkan orang istimewa kot. Dia mengerutkan dahi.

"A-aaaa...." Ariana terkelu nak jawab apa.

"Ariana." panggil seseorang dari belakang mereka. Ariana menoleh. Menyerbu darah ke mukanya.

"Macamana sedap tak pancake dan kek saya buat?" tanya Tengku Aizad memerhati Ariana dan Zahim di sebelah.

"Saya baru nak rasa ni, Tengku. Nampak macam sedap. Terima kasih Tengku sebab bagi ni kat saya." ucap Ariana ikhlas. Zahim terkesima mendengar bossnya dan Ariana berbual.

"Okay, kalau macam tu. Makan lah dulu. Jangan gelojoh tau. Zahim, awak teman lah Ariana ni makan sekali. Cuba lah rasa air tangan saya tu. Bukan selalu dapat cuba masakan boss kan."

"Baik, Tengku. Terima kasih." ucap Zahim agak perlahan.

"Okay, saya minta diri dulu." pamit Tengku Aizad. Dia pun ada kerja harus dibuat. Kebetulan dia ingin melihat Ariana tapi ada Zahim di pantri. Dibatalkan hasratnya.

"Awak dengan boss ada apa - apa ke?" soal Zahim penasaran.

"Eh, taklah. Saya kawan dengan adik boss. Kebetulan saya minta kerja sekali dengan dia kat syarikat papa boss. Tapi kat sini ada kosong, jadi boss suruh saya kerja sini." jelas Ariana tak mahu di salah faham oleh lelaki tu.

"Oh, saya ingatkan awak ada hubungan dengan boss kita tu. Terkejut saya." Zahim menarik nafas lega.

"Kenapa?"

"Awak tak tahu ke?" soal Zahim.

"Tahu apa?" Ariana tak faham.

"Tengku tu lelaki metroseksual. Sebab tu dia membujang sampai sekarang. Dan pandai tugas perempuan ni. Satu office tahu gelaran Tengku tu. Tapi tak tahu lah pula orientasi seksual dia." bisik Zahim agak perlahan takut di dengari staff lain mengumpat pasal boss.

Ariana terjeda.....























A/N: Sori cerita ni terbengkalai. Author tengah tumpu pada fanfiction. Harap korang suka part ni. Do vote and comment ye, guys. Author appreciate sangat pada readers yang sudi baca cerita ni. Tqvm. :) ;)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 16, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr.MetroseksualWhere stories live. Discover now