Author p.o.v
"What, papa? Kenapa Ariana kena kerja kat syarikat abang pulak? Kiteorang baru start kerja harini? Nanti Ariana nak pergi kerja macamana? Apartment kami sewa tu dekat area sini je tau?" Tengku Aina menyoal dengan wajah tidak puas hati. Baru dia nak kerja sama tempat dengan bestie dia ni. Dah kena tukar pulak. Kacau betullah, desisnya.
"Ye, uncle. Saya takda transport nak pergi sana. Saya pun tumpang Aina je." pintas Ariana pula. Dia mula pening memikirkan cara nak pergi kerja di syarikat Tengku Aizad nanti. Dia memikirkan keadaannya.
"Takpalah Aizad boleh ambik Ariana. Kan kami sama tempat kerja. Aizad ok je."Tengku Aizad memberi idea. Tengku Arman tersenyum lebar. Dalam hatinya gembira kerana bakal dapat menantu.
"Alaa, abang ni. Baru nak kerja sama dengan Ariana. Tapi takpalah dah abang cakap macam tu. Aina nak buat macamana. Pasrah je lah Ariana." Tengku Aina mengenyitkan mata pada Ariana. Dia juga terfikir bahawa abangnya sudah jatuh hati pada Ariana. Ariana yang blur hanya terdiam tanpa bantahan.
"Ok kira dah settle semua masalah, esuk Aizad jangan lupa jemput Ariana kat apartment diaorang ye. And kamu yang akan uruskan tentang Ariana kat syarikat kamu. Papa dah bagi green light." usik Tengku Arman tertawa kecil.
"Baik, pa." angguk Tengku Aizad.
"Dah harini Ariana duduk dalam bilik Aina je dan belajar selok belok tentang syarikat kita ni. Nanti Aliza bagi fail syarikat untuk kamu tengok berkenaan hal luar dan dalam syarikat. Papa kena jumpa client ni. Ok, papa pergi dulu." pamit Tengku Arman berjalan keluar dari bilik tu.
Mereka yang lain menghantar pemergian Tengku Arman dengan pandangan.
"Oklah, abang pun nak kena gerak ni. Aina, nanti whatsapp abang alamat apartment korang. Esuk pagi pukul 7.00 abang jemput Ariana. Siap awal ye." Tengku Aizad juga meminta diri dan berlalu keluar.
"Baik." mereka berdua mengangguk.
"Aduh, tak dapat lah kita kerja sebumbung ye, Aina. Hmm. Berpisah lah kita. Dah lah kerja bawah abang kau pulak tu. Cemas aku." keluh Ariana seraya duduk di hadapan Tengku Aina.
"Takpalah, janji kita duduk satu rumah kan. Abang aku tu lain sikit tau. Kalau dia kata siap awal, maknanya kau kena on time. Tak boleh lewat. But he's ok. Don't worry. Hihi." Tengku Aina tergelak halus.
"Yeke? Ok, aku cuba. Nanti lunch kita terus pergi ambik barang dekat rumah aku dulu ke? Nasib baik semua kelengkapan rumah dah ada tak perlulah nak kemas sangat. Kalau tak, patah pinggang aku nanti."
"Ha'a. Kita pergi rumah kau dulu lepastu rumah aku pulak. Nasib baiklah kan. Aku pun bersyukur sangat." ucap Tengku Aina.
Tuk..tuk... Pintu bilik diketuk.
"Masuk." arah Tengku Aina.
"KuAina, ini fail syarikat yang KuArman suruh bagi pada KuAina. Semuanya ada di sini." Aliza, setiausaha pada Tengku Arman meletakkan semua fail - fail tebal yang rasanya kalau di baling orang tu memang pengsan di atas meja Tengku Aina.
Berkerut muka Tengku Aina melihat semua fail tu. " Semua ni nak kena study ke? Tebalnya."
"Ye, KuAina. KuArman suruh KuAina dan cik Ariana belajar tentang selok belok syarikat dulu. Kalau takda pape lagi, saya minta diri dulu. KuAina just tekan button nombor 2, nanti saya datang kalau perlu pape." jelas Aliza yang berpengalaman sejak syarikat tu dibuka lagi.
"Baik. Thank you, kak Liza." ucap Tengku Aina. "Aku ingatkan buku kat Uni lagi banyak kena baca, rupanya fail syarikat lagi tebal nak kena hadam dalam otak. Matilah."
YOU ARE READING
Mr.Metroseksual
Random"Awak ni semua benda nak jaga dari pakaian, beg, kasut, perfume, barang kecantikan pun ada. Penampilan memang lah penting tapi takkan sampai kuku pun kena kilatkan macam perempuan. Saya pun tak lebih macam awak tu tau." kata Cinta Ariana. "Of course...