Author p.o.v
"Aina, abi dan umi aku kasi aku kerja dengan kau lah. Malam tadi aku tanya umi dan abi aku. And dorang izinkan." ceria Ariana memberitahu teman baiknya itu di talian.
"Betul ke, dear? Ok, aku tak sabar nak kerja sama dengan kau ni."
"Betul lah, Aina. Aku pun tak sabar rasanya ni nak bekerja. Asyik belajar je. Tiba masa aku kumpul duit pulak. Bantu family aku. Hihi."
"Kau memang anak yang baik, Cinta. Ok, aku akan bincang dengan papa dan mama aku malam ni bila kita boleh mula kerja. Lepastu aku kasitahu kau terus. Kau tunggu aku call ye."
"Baiklah, Tengku. Patik menurut perintah." Ariana berdrama dengan rakannya yang berketurunan Tengku itu.
"Ahh.. Sudahlah kau. Bajet - bajet panggil Tengku pulak. Hihi... Lagi sekali kau panggil aku Tengku aku cium kau kang." slumber Aina cakap macam tu. Dia tak suka orang memanggilnya Tengku kerana itu akan membataskan hubungan pergaulan mereka.
"Eh, janganlah Aina. Aku bergurau je. Apa kita ni lesbian ke main cium - cium ni, wei? Geli aku. Aku normal lah." Ariana mula terasa meremang dengan Aina.
"Tau pun geli. Hihihi. Aku pun normal lah. Tapi pe salahnya kan cium girl and girl. Aku sayang kau apa. Tapi sebagai kawan. Aku dah ada namjachingu aku lah. Lebih baik aku cium dia."
"Yelah, mentang - mentang da berpunya. Boleh lah eksyen dengan aku. Namjachingu ye. Hahaha... Nak muntah ijau aku dengar. Tau lah fan kdrama." slumber rock Ariana berbahasa pasar dengan kerabat Tengku tu. Mereka diibaratkan isi dengan kuku. Sangat rapat dan berkongsi rahsia memasing. So tiada batasan antara mereka.
"Takpa, nanti aku kenalkan kau dengan my bro ye. Boleh kau jadi kakak ipar aku. Adalah namjachingu kau nanti. Hehe.." usik Tengku Aina terkekeh ketawa.
"Saje kenakan aku kan. Ishhh... Mengada kan. Nanti kau, Tengku. Aku jumpa kau, siap kau nanti." Ariana blushing sensorang. Nasib takda siapa nampak.
"Hahahahaha...."
"Eh, abi dengan umi aku kenal mama dan papa kau lah. Dorang jumpa masa pergi haji tu. Cuba kau tanya parents kau kenal tak dengan Haji Ammar dan Hajjah Arimah? Kalau ye, memang kenal lah tu."
"Ok, darling. I'll ask them later. See you."
"See you too, minah kpopers. Hihi."
*****
"Ma, Kawan Aina, Ariana tu jadi kerja kat syarikat papa. Aina pun sama dah sedia nak bekerja. Hihi.." Tengku Aina memulakan perbualan semasa mereka sekeluarga dinner.
"Yeke? Bagus lah macam tu. Mama senang dengan kawan kamu tu. Berbudi bahasa. Pandai ambik hati orang tua lagi tu. Siapa nama dia? Cinta apa ye?" Tengku Aisyah cuba mengingat nama kawan anaknya itu.
"Cinta Ariana lah, ma. Mama ni. Lupa pulak. Macamana, pa?"
"Papa ok je. Nanti hari Isnin ni kamu berdua datang pejabat. Kita discuss jawatan masing - masing. Aina dah sedia nak bekerja ke ni?" kata Tengku Arman memandang wajah anaknya.
"Insyaallah dah pa. Aina sedia dah dari segi fizikal dan mental. Lagipun ada Ariana nanti bestlah sikit time kerja nanti. Hehe."
"Kerja tak boleh buat main - main je, Aina. Nanti lingkup syarikat tu dikerjakan korang." sampuk Tengku Aizat memerli adiknya.
"Orang tahulah, abang. Aina akan kerja betul - betul. Lagipun first experience kan. Abang kena guide Aina dengan kawan Aina tu lah nanti. Boleh kenal sekali? Kan, ma?"
"A'aa, Aizat. Kawan Aina tu cantik sangat orangnya. Mama berkenan lah. Kalau buat menantu memang confirm mama suka sangat." kata Tengku Aisyah tersenyum lebar memuji kawan anaknya.
"Uhuk..uhuk..uhuk.." Tengku Aizat tersedak. Cepat Tengku Aiman menghulurkan air pada abangnya.
"Hai mama ni. Soal jodoh letak tepi dulu. Aizat nak tengok dorang berdua tu boleh buat kerja ke tak. Jangan setakat rupa je cantik tapi otak blur." perli Tengku Aizat setelah melegakan tekaknya.
"Alah abang ni. Tengok orang lah dulu nak sindir pun. We'll see. Kalau abang kalah, abang kena belanja kiteorang makan besar. Aina gerenti kalau abang jumpa Ariana tu mesti abang cair punya lah."
"Alah kalau setakat belanja makan abang tak heran pun. Ok, deal." Tengku Aizat menyahut cabaran adiknya.
"Aiman pun nak join sekali ye. Hihi." celah Tengku Aiman mengangkat tangan.
"Hai korang ni. Macam - macam karenah." Tengku Arman menggelengkan kepala melihat telatah anak- anaknya.
"Biarlah, abang. Dorang dah besar. Sejuk hati saya tengok keluarga kita ni bahagia." Tengku Aisyah tersenyum sayu memandang ketiga anaknya. Harapannya biarlah mereka semua bersatu dan tiada perselisihan faham.
Tengku Aina memeluk mamanya erat.
Manakala yang lain hanya memerhati dan tersenyum lebar.
YOU ARE READING
Mr.Metroseksual
Random"Awak ni semua benda nak jaga dari pakaian, beg, kasut, perfume, barang kecantikan pun ada. Penampilan memang lah penting tapi takkan sampai kuku pun kena kilatkan macam perempuan. Saya pun tak lebih macam awak tu tau." kata Cinta Ariana. "Of course...