Bab 8

232 12 0
                                    

Author p.o.v

Tengahari itu, Tengku Aina dan Ariana bergegas balik ke rumah Ariana untuk mengambil beg pakaian.
Kelam kabut mereka harini disebabkan mahu pindah apartment. Nasib baik lah Tengku Aina kenal dengan beberapa orang, senang dapat apartment untuk di sewa.

Tiba di rumah Ariana, mereka laju turun dari kereta masuk ke rumah. Nasib baik pintu tidak berkunci.
Nak cepat lah katakan. Lepasni kena pergi rumah Tengku Aina.

"Assalamualaikum, umi. Ana dah balik." ucap Ariana agak kuat seraya masuk ke dalam bilik. Nama pendeknya di rumah selain Ariana adalah Ana. Tengku Aina menunggu di sofa.

"Waaalaikumsalam, Ana. Awal kamu balik?" jawab Hajjah Arimah yang muncul dari dapur. Dia bersalam dengan Tengku Aina.

"Ha'a, umi. Papa Aina bagi kami balik awal sebab nak pindah masuk apartment kan." jawab Ariana membawa keluar begnya dari bilik.

"Oh, ni dah makan belum ni? Umi dah masak kalau nak makan."

"Kami dah makan tadi kat luar, umi. Abi mana?" Tanya Ariana lalu menyalami tangan uminya.

"Abi baru je keluar tadi lepas makan. Tak sempat lah nak jumpa, Ana dengan Aina."

"Takpelah, umi. Nanti kirim salam kat abi. Ana nak bagitahu ni, esuk malam papa Aina jemput kita semua makan - makan kat rumah. Nanti umi bagitahu abi ye." kata Ariana tak lupa menyerahkan kertas tertulis alamat rumah Tengku Aina.

"Oh, nanti umi bagitahu abi. Umi pun nak berkenalan dengan keluarga Aina. Nak ucap terima kasih pasal ambik Ana ni bekerja." kata Hajjah Arimah terharu.

"Takpelah, umi. Papa saya ikhlas tolong Ariana ni." kata Tengku Aina memanggil umi kerana disuruh sendiri oleh Hajjah Arimah. Dia mengukir senyum manis.

"Terima kasih ye, Aina. Keluarga kami sangat terhutang budi."

"Sama - sama, umi." balas Tengku Aina lagi.

"Nanti umi gerak dari sini pukul 8.00 malam lah. Ana tunggu kat rumah Aina ye. Bawa adik - adik sekali tau. Kami nak kena gerak dah ni, umi." Ariana melihat jam pada tangannya.

"Yelah, nanti umi bagitahu pada abi kamu. Hati - hati di jalan. Kamu berdua ni anak dara lagi. Elok - elok duk apartment tu. Jaga diri." pesan Hajjah Arimah seraya memeluk anaknya dan Tengku Aina.

"Baik, umi. Sayang umi. Nanti apahal Ana telefon. Kirim salam pada adik." Ujar Ariana lantas mengangkat beg dibantu Tengku Aina ke kereta.

Hajjah Arimah menghantar pemergian mereka dengan pandangan matanya sahaja. Dia berharap mereka dapat membiasakan diri duduk berjauhan dengan keluarga nanti. Doanya dalam hati.

Mereka tiba di rumah Tengku Aina tidak lama kemudian. Setelah Tengku Aina memasukkan begnya ke dalam bonet, mereka berbual sebentar dengan mama Tengku Aina berkenaan majlis esuk dan meminta diri untuk pergi.

"Aduh, penatnya harini kehulu kehilir kita berjalan." keluh Tengku Aina merebahkan badan di sofa yang tersusun cantik. Sebaik tiba di apartment, mereka segera mengemas apa yang patut.

Tengku Aina mengambil bilik utama manakala Ariana memilih bilik kedua. Bilik lagi satu akan dibiarkan sebagai stor. Apartment tu cantik dan bersih kerana pemiliknya selalu jenguk.
Dapur juga sudah sudah tersedia. Tinggal memasak je.

"Yelah, aku pun lenguh juga kaki ni. Nasib baik rumah ni dah tersusun. Tinggal masuk je. Lega sikit." Ariana melabuhkan duduk di sofa dan memasang tv di hadapannya.

"Malam ni kita nak masak ke makan luar?" tanya Tengku Aina.

"Makan luar lah. Aku penat sangat harini."

Mr.MetroseksualWhere stories live. Discover now