Dua minggu berlalu,sekolah Zul agak tenang sesi pembelajarannya. Namun sekali sekala ada beberapa individu yang seolah-olah meraikan kematian Guru Penolong Kanan sekolah itu.
Tetapi,cuaca baik yang disangka sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari. Ketika itu Zul sedang duduk di kelas menunggu guru yang akan mengajar masuk, kedengaran satu jeritan kuat dari kelas hujung di tingkat itu.
Memang betul jangkaan aku. Hari ni sepatutnya ia berlaku. Fikir Zul seolah-olah meramal masa hadapan.
Dia tanpa membuang masa menuju ke kelas itu untuk menyiasat. Sesampai sahaja,dilihatnya seorang pelajar perempuan terbaring dan terketar di lantai sambil rakannya menangis di sisi. Kelas itu hanya ada beberapa orang sahaja.
"Kau,cepat panggil cikgu." Arah Zul sambil menuding jari ke arah seorang pelajar lelaki. Budak lelakk itu tergesa-gesa mencari cikgu. Budak perempuan yang menjadi mangsa itu hampir berhenti ketaran badannya sambil air liurnya terkeluar.
Zul ingin membantu lalu mengeluarkan tisu untuk mengelap air liur yang tumpah. Sesudah dia mengelap dia menuju ke tong sampah untuk membuangnya. Namun dia terhenti sambil berfikir. Kemudian dia membatalkan hasratnya lalu menuju ke arah budak peremuan itu.
Cikgu Sham dan beberapa pengawas telah pun berkumpul di tempat kejadian. Tidak ada sesiapa boleh menyentuh badan budak perempuan itu yang baru sahaja bertukar mayat.
Kes ini menjadi kes polis.Setelah selesai proses penyiasatan dan soal siasat, Zul akhirnya pulang ke rumah. Dia tidak berjumpa Abu dahulu kerana ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
Usai sampai di rumah, dia terus sahaja mengeluarkan tisu bekas air liur mangsa yang disimpannya dengan kemas. Dia melihat warna dan bau tisu itu. Ada bau yang sedikit menusuk hidung singgah ke deria baunya.
Dia membuat konklusi bahawa mangsa mati kerana ada bahan kimia yang memasuki badan mangsa. Mangsa mati kerana sakit jantung. Tidak. Mangsa mati kerana bahan kimia itu yang menyebabkan sakit jantung. Tetapi bahan apa? Bukan itu persoalannya.. Tetapi mengapa dia dibunuh?
Pelbagai soalan yang menyinggah pemikiran Zul ketika ini. Dia sedang membuat percaturan untuk langkah seterusnya pula. Dia kini ingin menyelesaikan kes itu..
-----------------------------------------------------------
Sorry ye lambat update kerana kesuntukan masa.. Jadi siapa pembunuhnya? Nantikan bab seterusnya..
KAMU SEDANG MEMBACA
Genius
Mystère / ThrillerKisah sebuah organisasi genius yang meguasai dunia di belakang tabir.. Kegenuisan ini harus dihentikan oleh seorang genius.. Sapa genius itu?