Minggu ini minggu peperiksaan. Zul bijak menguruskan masanya di antara menyelesaikan kes dan mengulang kaji. Kerana itu dia menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya setiap tahun.
Jigsaw puzzle yang sedang dilengkapkannya sudah memberi sedikit gambaran. Setelah seminggu mengkaji dan menelaah taktik pembunuh,akhirnya dia mendapat klu. Terdapat dua klu yang penting telah berjaya diperoleh.
Klu pertama adalah berikutan kenyataan akhbar tentang kematian pertama di sekolahnya. Pihak polis mengatakan mereka tidak menjumpakan apa-apa dan menyimpulkan kematian itu adalah disebabkan serangan jantung biasa memandangkan mangsa sudah sedikit berumur. Namun kematian kedua dan ketiga tidak direkodkan dalam sebarang akhbar kecuali media sosial. Perkara ini memberikan petanda bahawa pihak polis masih belum dapat menyelesaikan kes ini.
Klu kedua adalah jenis bahan kimia yang digunakan. Pembunuh menggunakan bahan kimia berbentuk cecair iaitu pottasium chloride dan calcium gluconate.
Apabila Potassium chloride memasuki tubuh,bahan itu akan terneutral apabila bergabung dengan Sodium dan akan menghasilkan Sodium Chloride iaitu garam dapur. Kerana itulah bahan ini tidak dapat dikesan.Bahan kedua iaitu calcium gluconate adalah bahan hipertonik di mana taktala memasuki tubuh, ia akan menjalani proses osmosis dengan sel tubuh. Air dan glukos dari sel tubuh akan keluar dan digantikan dengan calcium gluconate. Bahan ini akan menyingkirkan klorin di dalam tubuh dan menghasilkan electolytic imbalance.
Ketidakseimbangan Potassium, Kalsium dan Klorin akan menyebabkan gangguan pada degupan jantung yang normal. Degupan jantung akan menjadi terlalu perlahan atau terlalu pantas dan akhirnya akan berhenti.
Bahan-bahan ini tidak dapat dikesan apabila memasuki tubuh. Justeru itu, pihak polis gagal menemukan sebarang jawapan.
Cara pembunuhan telah dapat diselesaikan namun motif pembunuhan jauh lagi. Apatah lagi pembunuhnya. Tidak apa, selepas tamat sahaja minggu peperiksaan ini Zul pasti akan menumpukan kembali perhatiannya dalam menyelesaikan jigsaw puzzle ini.
****
Nama Zul diumumkan di atas pentas oleh pengacara majlis. Dia telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah kerana mendapat markah penuh untuk semua subjek iaitu 100%. Dia memang seorang yang genius. Genius hah? Pembunuh itu nampaknya juga genius kerana telah berjaya mengaburi mata pihak polis.
Zul tersentak sedikit apabila mengetahui bahawa pelajar harapan kali ini terdapat dua orang wakil. Setahunya di kelasnya tiada yang mendapat markah seperti dia. Dia memerhatikan sahaja seorang lelaki yang pelik penampilannya menaiki pentas. Dia menjadi lebih pelik apabila pengacara majlis menjelaskan bahawa lelaki bernama Is itu mendapat markah 85% untuk semua subjek..sungguh pelik sekali.
Zul dan Is bertentang mata dia atas pentas. Zul agak takut sedikit kerana mata Is agak besar dan menyeramkan. Dia genius? Fikir Zul dan Is serentak.. Kedua-duanya melayani fikiran masing-masing di dalam tepukan gemuruh daripada para pelajar.
Siapa Is ni? Fikir Zul..
______________________________________
Akhirnya sempat juga siapkan bab 3.. Info dia atas adalah rujukan semata mata.. Jangan dicuba di rumah.. Kerana info dia atas telah diubahsuai.. Tunggu bab seterusnya untuk mengetahui siapa Is sebenarnya..
KAMU SEDANG MEMBACA
Genius
Mystery / ThrillerKisah sebuah organisasi genius yang meguasai dunia di belakang tabir.. Kegenuisan ini harus dihentikan oleh seorang genius.. Sapa genius itu?