15 Januari 2016
Sekolah telah dibuka sejak dua minggu yang lalu. Sama seperti sekolah yang lain, Sekolah Menengah Desa Berjaya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.
Di tingkat 3 bangunan sekolah yang ceria itu, seorang budak lelaki berumur 17 tahun kelihatan sedang menolong gurunya mengangkat buku latihan. Sedang dia asyik mengangkat buku yang berjumlah 35 itu ke tingkat satu,dia tidak perasan akan tali kasutnya yang tidak diikat kemas. Di tingkat dua,dia tidak bernasib baik apabila dia terpijak tali kasutnya sendiri lalu terjatuh.
Dia tergolek golek menuruni tangga namun dia berusaha untuk mengimbangi diri dengan cuba berdiri. Tetapi apakan nasib kepala dia pula yang terhantuk ke pemegang tangga. Hentakan itu agak kuat menyebabkan dia hilang imbangan sedarkan diri dan terus rebah. Dia terbaring tidak berdaya dan kepalanya berdarah.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian terus mengerumuni dia. Pandangannya kabur dan dia tidak sedarkan diri. Perlahan lahan matanya terkatup..
Dia membuka matanya perlahan lahan. Perkara pertama yang dilihatnya adalah cahaya lampu siling. Matanya sepet menapis cahaya lampu yang menyilau matanya.
Dengan kudrat yang tersisa,dia menoleh ke kanan. Dilihatnya seorang lelaki dengan muka yang sayu. Lelaki itu kemudian mengangkat pandangan ke arahnya lalu terkejut. Dia bingkas memanggil doktor. Doktor? Dia baru tersedar yang dia berada di hospital.
Doktor datang dengan membawa lampu suluh mini lalu terus menyuluh matanya. Sekali lagi matanya silau. Kemudian lelaki itu berbual dengan doktor itu sambil terangguk angguk. Setelah doktor itu beredar, lelaki itu menghampirinya seraya berkata.
"Syukurla kau da sedar,Zul."
"Zul,siapa zul?" Dia membalas.
Lelaki itu terkejut bukan kepalang.
"Kau tak kenal diri sendiri ke? Kau da lupa diri ke hah?!"
Zul hanya menggeleng lemah sambil merenung anak mata lelaki itu.
"Aku kau kenal tak? Kawan baik kau ni." Balas lelaki itu lagi.
"Aku tak ingat"
Mata lelaki itu mula berkaca sambil membisik lemah.
"Aku Abu la,tak ingat ke?"
Zul hanya menggeleng lagi.
Pemeriksaan doktor selama beberapa minit tadi telah mengesahkan Zul telah menghidap amnesia. Mungkin kerana hentakan yang kuat semasa dia terjatuh tempoh hari.
Hentakan itu sahaja telah membuatkan dia tidak sedarkan diri selama dua hari. Dia menjalani rawatan selama dua minggu sebelum dibenarkan keluar dari hospital dan menjalani aktiviti harian sebagai pelajar.
Setelah dua minggu berlalu dan Zul telah disahkan sihat,dia kembali bersekolah seperti biasa.
Hari itu hari Ahad. Dan biasanya hari Ahad di sekolah-sekolah di Johor ini akan diadakan perhimpunan. Zul masih mengalami hiang ingatan tetapi dengan bantuan Abu dia akan cuba mengenali sekolahnya.
Semasa perhimpunan berlangsung, Zul berasa ada satu yang tidak kena. Satu kerusi yang disedikan untuk Guru Penolong Kanan HEM kosong.
"Abu,kerusi tu memang kosong ye?" Tanya Zul.
"Err...kau belum tahu cerita ke?"
"Aku baru masuk sekolah hari ni la."
"Hmm...macam mana nak cakap ni.. Sebenarnya Guru Penolong Kanan HEM kita dah meninggal malam semalam."
Zul terkejut sehingga terbeliak matanya.
"Hah? Biar betul? Macam mana dia meninggal?"
"Aku tak tahu tapi orang kata dia sakit jantung."
Zul merasakan ada sesuatu kemusykilan lagi.
*******
Zul berjalan perlahan lahan menuju ke tandas di tingkat satu. Dia ingin keluar dari kelas seketika kerana berasa bosan.
Dia kemudian memasuki tandas bernombor empat kerana ia satu satunya tandas yang kosong. Sedang dia melepaskan hajat yang tidak seberapa besar,dia terdengar bunyi kuakan dari tandas sebelah. Kedengaran pula suara dua orang lelaki sedang berbual bual.
"Kali ni da kali keempat dah."
Kali keempat,fikir Zul.
"Tulah pasal. Dua minggu lepas si Anina tu yang kene."
"Diaorang mati cara sama kan?" Cara sama,apa maksudnya.
"Yelah,empat-empat semua sakit jantung semua."
Apa yang berlaku sebenarnya ni? Kenapa aku tak tahu apa-apa ni?
Fikir Zul lagi.
"Bagus jugak dorang takde.. Aman sikit sekolah ni. Jom la balik kelas."
Aman? Bagus? Siapa mangsa ni sebenarnya? Dan kenapa mereka mati cara sama?
______________________________________
Berakhir sudah bab 1.. Semoga anda terus menantikan bab seterusnya yang lebih thrill.
KAMU SEDANG MEMBACA
Genius
Mystery / ThrillerKisah sebuah organisasi genius yang meguasai dunia di belakang tabir.. Kegenuisan ini harus dihentikan oleh seorang genius.. Sapa genius itu?
