29 Februari 2016
Pagi Khamis,sekolah berjalan seperti biasa. Suasana pembelajaran telah bermula sejak pukul 7.40 pagi tadi. Tatkala ini, Anis yang ditugaskan untuk mengawasi kawan baiknya, Zaiton. Mereka memang rapat sejak kecil lagi. Anis akan berusaha sedaya-upaya menyelamatkan rakan karibnya itu.
Dihas pula ditugaskan untuk memeriksa tempat yang Zaiton akan pergi sepanjang hari ni. Kelas, makmal, kantin,kelas sebelah kecuali tandas. Tandas akan diperiksa oleh Anis sendiri.
Pukul 10.30, matapelajaran Kimia sudah bermula untuk kelas Anis. Maka mereka bergegas ke Makmal Kimia di tingkat 3. Zul yang berada di kelasnya tidak senang duduk kerana mengikut pengiraannya Zaiton akan 'diserang' pada waktu ini.
Pukul 10.50, Zaiton menjerit.. Eksperimen yg dibuatnya menjadi kerana itu dia menjerit kesukaan. Anis tidak lepas pandangannya memerhatikan kawannya itu. Kawannya itu memang bising sikit mulut dia mungkin kerana itu dia tidak digemari kawannya yang lain.
Pukul 1.00 petang, pembelajaran dan pengajaran telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Anis melepaskan nafas lega kerana rakannya terselamat. Dia segera menuju ke library untuk perjumpaan dengan Zul,Is dan Dihas.
Sebaik sahaja Anis sampai, Dihas terus membuka suara.
"Aku dah berjaya jumpa senjata pembunuh kat Makmal Kimia tingkat 3". Dia berbicara sambil mengeluarkan satu bungkusan.
Di dalam bungkusan itu terdapat satu tiub mini berjarum di hujungnya. Ini bahan kimia yang digunakan Grim, fikir Zul. Sedang dia memerhatikan tiub itu,dia terperasan ada satu bende hitam melekat pada tiub itu. Setelah diperhatikan ianya merupakan SD card. Zul dan Is saling berpandangan.
"Petang ni jumpa kat rumah Dihas untuk tengok isi SD card ni. Dihas ok?" Is memberi kata putus.
"Boleh je..untuk kes ni,semua boleh."
*****************
Petang itu dalam pukul 4, mereka berempat sampai di rumah Dihas untuk menyelongkar isi SD card uang dijumpai. Setelah membuka laptop dan memasang SD card reader. Mereka menmukan satu fail tidak bernama. Mereka klik pada fail itu dan mucul satu video.
Video itu hanya memaparkan perkataan 'GRIM' pada skrin dan selebihnya adalah audio. Audio itu pula disetkan dalam suara garau yang diedit. Ia berbunyi.
"Kalau kamu menemukan video ini bermakna tarikhnya hari ini adalah 29 Februari 2016. Tahniah Zul dan pasukannya kerana telah berjaya menghalang kematian keenam pada hari ini. Aku adalah Grim. Pemburu nyawa. Penegak keadilan. Aku akan terus memburu nyawa-nyawa yang tidak diperlukan di dunia ini. Jadi, cuba halang aku Zul. Aku akan sentiasa selangkah di hadapan kau. Kita akan tengok siapa lagi Genius!!"
Video itu tamat dengan muka terkejut dari keempat-empat mereka. Zul yang paling terkedu sekali. Tak sangka kegiatan menyiasat dia sudah diketahui oleh Grim. Nampaknya Grim bukan calang-calang orang.
Zul serius memikirkan langkah seterusnya untuk menangkap Grim. Dia mengahafal setiap perkataan, nada,intonasi dan penggunaan ayat yang ada dalam video itu.
______________________________________
Apakah percaturan Zul kali ini? Dan siapa Grim ni sebenarnya?
KAMU SEDANG MEMBACA
Genius
Mystery / ThrillerKisah sebuah organisasi genius yang meguasai dunia di belakang tabir.. Kegenuisan ini harus dihentikan oleh seorang genius.. Sapa genius itu?