Bab 4

77 7 8
                                    

Sudah empat hari Zul mengekori Is dan memerhatikan tindak tanduk dia namun masih gagal menemukan sebarang jawapan. Aku pasti si Is ni bukan sebarang pelajar biasa..fikir Zul sambil kakinya dihayun mengekori jejak Is pulang ke rumah.

Hari ini dia memutuskan untuk memerhatikan tingkah laku Is di rumah memandangkan di sekolah dia bersikap biasa sahaja. Ingatannya terus menyinggah bibit pertemuan dia dan Is tempoh hari.

IMBAS KEMBALI

Sebaik sahaja selepas perhimpunan, Is terus sahaja menuju ke arah Zul.

"Zul,aku nak jumpa sekejap." Kata Is dengan nada dan muka yang serius.

Mereka berjalan sehingga tiba di hujung blok yang agak sunyi.

"Aku tahu kau sedang siasat pasal Grim." Is memecah kesunyian.

"Grim? Sapa Grim?"

"Grim... Pembunuh bersiri kat sekolah ni. Tulah gelaran yang dipanggil budak kat sini. Separuh penghuni sekolah ni dah sedar yang kematian kat sekolah ni adalah disebabkan seseorang." Terang Is..

"Tu pun kau tak tahu ke Zul?" Tanya Is dengan nada sinis.

Zul hanya mengetap bibir mendengar penjelasan Is. Dia mula syak sesuatu.

"Kau pasti kau bukan Grim?" Soal Zul.

"Kau pasti ke bukan kau yang Grim? Is memantulkan soalan yang sama kepada Zul.

"Siasat betul-betul... Aku tahu kau dpt selesaikan." Kata Is sambil melangkah pergi.

Aku Grim atau dia yang Grim... Mengarut sahaja Is ni..

********

Fikiran Zul melayang mengingatkan pertemuannya dengan Is tempoh hari. Tanpa disedari dia kehilangan jejak Is kerana terlampau melayan fikirannya.

Haih,terlepas pulak.. Zul mula berpatah balik dan menuju ke rumahnya.

Di sebalik tembok 80 meter dari kedudukan Zul, Is memerhatikan sahaja gerak geri Zul dari jauh.
Permainan ni baru bermula sahaja Zul. Bisik hati Is sambil tersenyum sinis.

*******

Sudah dua minggu Zul memerhatikan gerak geri Is, namun masih gagal menemukan apa-apa. Tetapi ia membawa kepada satu lagi petunjuk. Dalam dua minggu ini tiada kematian yang kedengaran. Ada juga yang menunggu. Apa maksud semua ini?
Adakah Grim berehat?

Atau Grim terhad pergerakannya? Kalau begitu kebarangkalian Is adalah Grim semakin meningkat kerana Is diperhatikan sejak dua minggu yang lalu.

Namun begitu, dalam tempoh dua minggu ini juga dia berasa aneh. Dia juga berasakan dia diperhatikan. Adakah ada juga orang yang mengesyaki Zul sebagai Grim?

Zul berfikir dalam.. Akhirnya dia mendapat ilham. Sebelum bunyi loceng menandakan waktu rehat, dia sempat sapukan gam berwarna putih sedikit di atas kerusinya. Dia juga menyelitkan sekeping kertas kecik di hujung setiap bukunya.

Setelah tamat waktu rehat, Zul memeriksa bukunya dan melihat kepingan kertas itu masih terselit. Dia tersenyum sendiri. Dia telah tahu siapa yang memerhatikan dia selama ini.

Pada waktu balik juga Zul sengaja berjalan kaki jauh sedikit dari jalan yang biasa. Dan dia telah berjaya membongkarkan identiti yang mengekorinya setiap kali balik sekolah.

Ingatkan seorang, rupanya ramai. Taktiknya berjaya. Namun hanya satu pelan terakhir sahaja yang perlu dilaksanakan..

______________________________________

Selamat hari raya semua..
Maaf zahir dan batin..
Update ini khas kepada orang yang request..haha
Disebabkan terburu buru jadi ideanya kurang sikit.

GeniusTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang