Dia membuka mata. Perkara pertama dilihatnya adalah sinaran lampu yang menyilau pandangan matanya. Matanya sepet menapis cahaya lampu itu. Kemudia dia perlahan lahan menoleh ke kanan. Dilihatnya pula seorang lelaki dengan muka sayu. Lelaki itu mengangkat pandangan ke arahnya lalu terkejut. Sejurus itu dia berlari memanggil doktor. Doktor?
Dia menjadi terpinga pinga seketika. Doktor itu datang ke arahnya dan mengeluarkan lampu suluh mini lalu nenyuluh anak matanya. Sekali lagi dia silau. Barulah dia sedar dia berada di hospital.
Dia melihat perbualan sahaja perbualan doktor dan lelaki itu tanpa mendengar sebutir kata. Kelihatan lelaki itu terangguk angguk sambil bersalaman dengan doktor itu. Setelah doktor itu beredar barulah lelaki itu menghampirinya.
"Syukurlah kau dah sedar."kata lelaki itu.
"Sekejap aku panggil Adham." Balas lelaki itu lagi lalu beredar.
Aku di hospital. Hospital. Hehehe.. Bermakna rancangan aku berjaya. Ingatan aku dah pulih seperti sedia kala. Aku dah kembali.
Dia bermonolog sambil otaknya ligat mengatur langkah seterusnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Genius
Mystery / ThrillerKisah sebuah organisasi genius yang meguasai dunia di belakang tabir.. Kegenuisan ini harus dihentikan oleh seorang genius.. Sapa genius itu?