Dihas dan Anis terkejut dek kehadiran Is dalam perjumpaan mereka. Is bukanlah seseorang yang mudah didekati apatah lagi diajak berbincang. Mungkin kes Grim ni menarik perhatian Is. Zul hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka bertiga.
"Baiklah, kita semua tahu yang kita masing-masing sedang menyiasat Grim..." Zul memecah keheningan.
"Aku nak kita semua bekerjasama untuk menangkap Grim.""Sebelum itu,kite kene tahu bila dan bagaimana dia lakukan pembunuhan."
"Aku dah tahu semuanya.. Grim akan menyerang lagi esok." Kata Is dengan nada yang cukup yakin. Mereka bertiga terkejut bukan kepalang.
"Aku rasa kau pun tahu Zul."
Zul memandang Is.
"Ya, aku tahu. Aku dah dapat tahu masa pembunuhan. Grim seperti dah menetapkan satu masa yang tetap untuk setiap pembunuhan." Sambung Zul.
"Aku tak paham.. Macam mana korang tahu?" Dihas masih keliru dengan kancah permainan Grim.
"Macam ni,kalau kita mengkaji balik dari pembunuhan pertama, kita dapat melihat pattern pembunuhan Grim.. Iaitu setiap dua minggu..." Zul belum sempat menghabiskan ayatnya sebelum dipotong Anis.
"Tapi kalau macam tu sepatutnya minggu lepas dah ada pembunuhan?"
"Ya,sepatutnya.. Tetapi minggu lepas si mangsa tak datang sekolah."
Kenyataan Zul membuatkan Dihas dan Anis terbuntang mata.
"Ya,aku dan Is dah tahu sapa mangsa untuk esok.." Kata Zul dengan nada rendah.
"Ini bermakna kalau kita lihat dari sudut lain, Grim macam sudah menetapkan senjata membunuh di sekolah yang akan menyerang mangsa."
Is yang dari tadi mendiam akhirnya bersuara." Kesimpulannya, Grim tak perlu berada di tempat kejadian untuk membunuh.. Dia boleh menetapkan masa dan tempat pembunuhan.. Dia boleh merancang pembunuhan jauh lebih awal, sama ada seminggu, sebulan atau setahun."
"Kes ini lebih susah dari yang aku sangka." Suara Anis seperti berputus asa. Dia merasakan Grim terlalu susah untuk ditangkap. Ibarat mencari semut hitam di dalam gelap.
"Sebab itu aku perlukan bantuan korang berdua." Zul memandang Dihas dan Anis.
"Aku nak korang siasat jadual mangsa, pergerakan mangsa untuk esok, kawan mangsa dan tempat yang akan dia pergi."
"Siapa orangnya?" Soal Dihas sambil menelan air liur.
"Kawan baik Anis...." Is bersuara pula.
Anis rasa seperti hendak pitam mendengar jawapan dari Is. Dia tidak boleh menerima hakikat...
______________________________________
Terasa macam cerita ni panjang kan?
Memang panjang pun..
Kalau korang perasa pendahaluan cerita ni tak sama pun dengan kandungan dia..
Bermakna masih jauh lagi perjalanan.
KAMU SEDANG MEMBACA
Genius
Mystery / ThrillerKisah sebuah organisasi genius yang meguasai dunia di belakang tabir.. Kegenuisan ini harus dihentikan oleh seorang genius.. Sapa genius itu?