Bab 5

81 6 11
                                    

Dihas membuka bekas penselnya sebelum dia menyedari ada sekeping surat di dalamnya. Dia mengambil surat itu lalu mula membaca. Pada perenggan pertama sahaja matanya sudah terbeliak kerana terkejut. Setelah habis dibaca, Dihas tersenyum kambing.

"Kau memang bijak Zul.. Memang sesuai jadi pelajar terpandai kat sekolah."

                         **********

Anis memasuki kelasnya seperti biasa apabila telah tamat waktu rehat. Dia kehairanan apabila semua orang menjenguk-jenguk ke arah papan hitam.

       Jam 10 nanti jgn lupa
       Untuk hantar buku
       Matematik
       Pada 
       Anis di Library

Semua pelajar keliru dengan maklumat yang mereka baca di papan hitam itu kecuali Anis. Dia seperti dapat menangkap maksud tersirat di sebalik arahan pelik itu.

"Kau pun tahu aku suka misteri? Hebat Zul,hebat.."

                           ******
Seorang pelajar lelaki sedang memasuki kelas 5B dengan berhati-hati. Kelas itu terasa gelap semacam. Lampu dan langsir ditutup menjadikan kelas itu lebih menyeramkan. Lelaki itu mencari cari meja seseorang.

"Hai Zul." Sapa Is di satu sudut di belakang kelas.

"Cari meja aku ke?" Soal Is.

Zul terkejut. Is terlebih dahulu tahu rancangannya.

"Aku cuma nak bagitau kau yang....."
Kata Zul sebelum dipintas Is.

"Kau nak kumpulkan semua orang yang siasat pasal Grim kan? Dan sekali gus mehilangkan rasa syak orang terhadap kau sebagai Grim?"

"Macam mana kau...." Zul dipintas lagi.

"Baiklah.. Aku setuju." Is memberikan kata putus sebelum berlalu pergi.

Zul hanya tercengang sahaja melihat Is keluar dari kelas. Dia tahu Is menyiasat tentang dirinya namun masih belum menemukan bukti. Dihas dan Anis tertipu dengan helahnya untuk bongkarkan identiti mereka.

                         **********

Imbas kembali

Zul meletakkan beberapa keping kertas di celah bukunya. Dia juga mencalitkan sedikit gam berwarna putih di tempat duduk kerusinya sebelum beredar. Lalu Zul terus pergi ke perpustakaan untuk menelaah.

Lima minit sebelum tamat waktu rehat,Zul telah mula mengayuh langkah ke kelas. Dia memerhatikan dari jauh sesiapa yang keluar dari kelasnya. Ada beberapa orang yang telah berada awal di situ. Namun ketika seorang pelajar keluar di melihat ada tanda putih di bahagian punggung seluarnya. Kesannya tidak begitu jelas namun masih kelihatan. Dihas rupanya.

Setelah selesai mengenal pasti identiti orang yang mengikutinya, dia terus masuk ke kelas dengan selamba. Zul memerhatikan pula kepingan kertas yang diselitkan di bukunya tadi. Kertas-kertas itu masih berada di tempatnya. Bermaksud Dihas ada memeriksa bukunya dan meletakkan kepingan kertas itu kembali. Namun susunan kertas yang berbeza dari sebelumnya membuatkan Zul lebih yakin.

Apabila waktu balik telah tiba, Zul sengaja berjalan kaki perlahan-lahan supaya orang yang mengikutnya lebih mudah didekati. Dia sengaja berpusing-pusing jalan, sempat singgah ke gerai dan menukar-nukar arah. Akhirnya dia perasan seseorang mengekorinya dari awal. Dan dia mengecam muka orang itu.

Aku ingatkan Is..tapi Anis rupanya. Ada lagi yang mengesyaki aku.

Selama tiga hari dia berbuat demikian namun hanya Dihas dan Anis sahaja yang berjaya dipastikan. Is pula dia masih tidak berjaya membuktikan yang dia juga mengesyaki Zul.

                        ***********

Pukul 10 di perpustakaan Zul memilih tempat supaya terhindar sedikit dari pandangan dan pendengaran manusia. Tetapi terlebih dahulu Is telah berada di meja yang dia ingin tuju. Zul hanya mengetap bibir.

2 minit kemudian, Anis masuk ke perpustakaan diikuti oleh Dihas. Mereka terkejut dengan kehadiran Is. Is hanya memandang sahaja mereka dengan pandangan matanya yang menyeramkan..

Bersambung..

______________________________________

Hahaha... Cerita yang agak perlahan.. Harap jgn tertidur pulak..

GeniusTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang