Ara terjaga dari tidurnya . Dalam jangkaannya sudah magrib kerana dilihat melalui tingkap, persekitaan seolah hendak malam . Tetapi Ara hairan kerana kebiasaannya waktu ini Anef berada di rumah sambil menonton tv . Akan tetapi pada tika itu dia tidak mendengar sebarang bunyi dari tv adakah maknanya Anef tiada di rumah.
"Bodoh kau Ara kenapa kau boleh tertidur"
Maki ara pada dirinya . Dia bukan gila ya.
Dalam jangkaan ara jika waktu sebegini anef belum pulang pasti dia akan pulang larut malam . Adakah ini peluang keemasan yang dia ada untuk melarikan diri? Ya , inilah masanya.
Ara melihat disekelilingnya . Tiada apa yang boleh digunakan untuk melepaskan diri yang diikat sebegitu kuat. Ara cuba menarik kakinya ke atas supaya ikatan tali itu longgar . Tetapi gagal . Ah apa lagi cara yang dia boleh buat, dia buntu.
Ketika dia sedang cuba menolak dirinya ke atas untuk melonggarkan ikatan dia rasa seakan terdapat benda tajam di pergelangan kakinya . Tidak dapat dia pastikan apakah itu tetapi yang dia pasti benda itu boleh membantunya meloloskan diri daripada cengkaman anef.
Dia menolak kakinya kebawah untuk menolak benda itu ke atas . Sukar sekali kerana kakinya diikat kuat . Tidak mudah semangatnya untuk patah terus dia menolak , sehingga benda itu sudah berada di betisnya . Sudah tidak dapat dia menggerakkan kakinya dia cuba menekan badannya ke tilam itu untuk melantunkan benda tajam itu ke arah tangannya . Cubaan pertama benda itu masih kekal di situ .
Ketika cubaan kedua dibuat benda itu melantun separas dadanya di atas tilam
Ya sedikit sahaja lagi ara kau pasti dapat lari dari sini
Sekali lagi dia cuba melantunkan benda itu . Nasibnya sungguh baik kerana benda tajam itu melantun ke arah sikunya hampir sahaja jatuh dari katil . Baru dia tahu bahawa benda tajam itu ialah kaca yang digunakan anef untuk ... ahh tidak mahu dia mengingatinya lagi .
Ara terus sahaja menarik tangannya ke arah kaca itu . Sungguh perit rasanya ikatan di tangannya bukan sahaja semakin ketat malah tidak membenarkan dia bergerak sama sekali . Tanpa menghirau itu semua terus sahaja dia menarik tangannya . Ya sedikit sahaja lagi dan akhirnya dapat dia capai dengan hujung jarinya . Kaca itu digunakan untuk memotong tali yang telah mengikat kaki tangan selama 3 hari.
Setelah dia berjaya memotong tali yang mengikatnya terus dia bangun dari pembaringannya . Terasa sakit dan sengal di badannya akibat terlalu lama baring . Sakit di sekitar kemaluannya menusuk-nusuk . Dia bangun perlahan-lahan dan berjalan ke arah pintu . Dia tidak boleh berjalan laju kerana sakit yang amat sangat di bahagian alat sulitnya ini pasti melambatkan proses untuk melarikan dirinya .
Dia memulas tombol pintu dan ..
Tidak boleh dibuka
Baru dia teringat bahawa anep mengunci dari luar . Ah geram, geram sungguh dia . Dia berjalan semula ke arah katil dan menunduk untuk mencari sesuatu yang boleh digunakan tetapi kosong . Tiada apa dibawahnya . Dia terus berjalan ke arah almari . Juga kosong . Ah buntu dia buntu untuk menendang pintu itu dia bukan kuat hendak berjalan pun payah inikan pula menedang . Memang tidaklah.
Dia kemudian perasan di atas almari terdapat kotak indomee . Apakah di dalamnya?
Ara berjalan perlahan mengheret kerusi dan menaikinya untuk melihat apa yang ada di dalam kotak itu . Dia menjinjit kerana tidak dapat melihat terus sahaja dia menyeluk ke dalam kotak itu . Ya ada sesuatu tetapi tidak tahu apa . Dia meraba lagi untuk mengambilnya . Besi? Ya besi yang berbentuk seakan petak dan kayu , kayu yang agak panjang . Ketika dia mengangkat agak berat jugak benda itu . Apakah itu?
Itu ialah menukul . Ya penukul , hati ara yang sebentar tadi kosong kini diisi dengan kegembiraan bercampur takut . Gembira kerana menemui sesuatu yang boleh digunakan untuk membuka pintu . Takut kerana memikirkan sempatkah dia melarikan diri daripada anef . Tidak kira apa yang terjadi dia harus mencuba.
Terus sahaja dia turun dari kerusi dan menapak ke arah pintu . Dia menghayunkan penukul tepat mengena tombol . Dengan mengunakan kudrat yang ada terus dia menghayun lagi . Pada cubaan keempat tombol sudah tertanggal dari pintu meninggalkan lubang . Kuat juga dia . Terus sahaja dia keluar dari bilik puaka itu . Dia melihat keadaan rumah anep berteberantakan ,berbau busuk dan gelap . Sesuai sangat sesuai keadaan rumah seperti ini bagi orang yang seperti anef . Gila dan ah entahlah perkataan apa yang sesuai untuk mengambarkan keadaan diri lelaki dayus itu.
Dengan laju dia menapak ke arah pintu utama . Dia memulas tombol pintu
Akhirnya aku lepas dari cengkaman anep jantan jahanam tu
Desis hati Ara ketika itu . Dia memulas tombol pintu dia merasakan seperti pintu itu laju sahaja bergerak ke arahnya . Sungguh dia terkejut melihat anep sudah terpacak dihadapannya ketika itu sambil memegang tombol pintu patutlah dia rasa seolah ada orang menolak pintu dari luar . Dia berasa badannya sejuk seolah-olah tiada darah yang mengalir di dalam badannya .
"Nak ke mana sayang?"
Mendengar sahaja suara anef yang tegas dan menakutkan itu terus kecut perut si ara . Belum sempat dia melarikan diri dari anef lelaki itu terus laju sahaja mencapai penukul di tangannya dan menghayun laju ke arah dahi ara . Sakit dahi ara sakit yang tidak dapat digambarkan ara rebah dia merasakan bumi berpusing sebelum pandangannya menjadi gelap gelita.
Anef terus sahaja mengangkat tubuh Ara menuju ke biliknya . Sungguh marah dia kepada Ara hingga menghempas tubuh itu di atas lantai biliknya
Sial punya perempuan jangan ingat kau boleh lari dari aku kau tunggulah apa aku nak buat
Desis hati anef kemudian diikuti tawa yang menandakan kepuasan dan kegembiraan yang tak terhingga
Bulan-bulan puasa ni tak ada idea sangat . Selamat berpuasa readers sekalian 😁 harap bergembira di samping keluarga tercinta
YOU ARE READING
Kosong
Mystery / ThrillerAku ingatkan ini bukan cerita romantik seperti yang engkau bayangkan dan akan berakhir dengan happy ending biasalah cerita melayu cliche tetapi cerita ini akan berakhir dengan pembunuhan kejam yang tidak sanggup kau bayangkan . Aku ingatkan kala...