Bab 6 : Adam , Adam

4K 2 0
                                    

From : Adam
Weh,nep lepak jum . Lama tak lepak dengan kau.

Beep .

Aku bangun dari tidur kerana aku dengar telefonku menerima satu mesej pesanan ringkas . Ah Adam rupanya . Kalau tak kacau aku sehari tak sah .

From : me
Orait bro . Memandangkan dah petang . Jom jogging . Tasik Metropolitan pukul 5 sharp

From :adam
Orait👌

Bingkas aku bangun . Menyalin pakaian sukan Adidas ku . Aku tak mandi sebab aku rasa badanku tak lah belengas sangat . Mandi ketika belengas . Jimat masa jimat air.

Setelah siap berpakaian sukan . Aku pergi ke bilik Ara . Tombol aku pulak dan aku kuak pintu biliknya . Ara masih tidur dengan wajah yang sembam mungkin asyik menangis . Aku lihat cadar yang dipenuhi darah itu sudah kering dan sudah kelihatan warna merah kecoklatan . Aku tarik perlahan supaya tidak menggangu ara yang sedang tidur . Sebenarnya mahu saja aku rentap terus cadar itu supaya ara terkejut bangun . Barulah kelihatan seperti pembunuh kejam yang bersikap kasar dan ganas kepada mangsanya seperti yang korang sering lihat di kaca television . Akan tetapi lihat wajahnya yang polos itu tidak sampai hati juga aku dibuatnya.

Memang aku seorang yang kejam akan tetapi masih ada sekelumit rasa berperikemanusiaanku kepada orang lain. Aku lihat jam tangan rolex di tanganku sudah hampir 4 setengah. Jam itu bukan aku yang beli akan tetapi merupakan hadiah pemberian daripada ayah Ara ketika hari lahirku tahun lepas jika diharapkan aku sumpah mati aku tidak membelinya hanya ingin dipakai di tangan mengapa perlu yang mahal cukuplah sekadar jam murah yang fungsinya sama dengan jam-jam yang lain. Heh biasalah orang kaya mahu barang semua berjenama yang menampakkan kemewahan.

Sebelum keluar aku pastikan pintu bilik Ara dikunci dan di mangga dari luar . Tingkap ? Tingkap pula mempunyai penghadang yang kukuh dan kuat . Memang tidak ada peluanglah Ara nak lari . Aku pergi ke ruang tamu rumahku dan mencapai kunci kereta,dompet dan tidak lupa telefon bimbitku . Tiga benda ini amat penting bagi semua orang bukan aku saja tetapi korang juga begitukan .

Aku keluar dari rumah setelah kunci pintu dan pagar aku berjalan ke arah lif . Seperti biasa si dara itu pasti menegurku.

"Hai abang anep nak pergi mana"
Bertanya dengan senyuman yang manis sekali ditambah dengan gigi tindih yang kelihatan sempurna tetapi aku lemas dengan dia . Serabut

"Pergi mati" aku membalas dengan senyuman yang sinis

"Alah abang ni pandai buat lawak la"

Aku tidak menbalas  balik . Malas . Kalau aku balas pasti perbualanku dengannya akan mengambil masa lebih lama .

Aku turun dari kondominiumku dan menuju ke arah keretaku . Ah kotornya kereta semenjak dua ini aku semakin malas menguruskan keretaku . Tidak seperti setahun lalu . Aku menjaga dengan penuh teliti ialah nama pun  kereta baharu semua orang pasti begitu.

Aku memandu keretaku menuju ke Taman Metropolitan di Kepong . Aku suka bersantai di sana kerana sunyi dan nyaman . Tidak terlalu ramai pengunjung ke sana dan jika nasib aku baik aku boleh melihat pasangan kekasih beromen terutamanya pasangan kaum india dan melayu . Memalukan kaum sendiri .

Aku memakirkan keretaku di kawasan parkir dan aku lihat kelibat Adam sudah berada di situ bersama kereta jazz dia .

"Oh suruh aku cepat tapi kau yang lambat"
Ngomel si Adam

"Alah lambat bape minit je pun nak kecoh"

"Bape minit kau kata 15 minit kot"

"Yelah yelah"

Malas hendak melayan si Adam aku masuk ke dalam kereta semula mengambil dompet dan telefonku . Setelah mengunci kereta . Aku memulakan larian anakku meninggalkan Adam yang terpinga-pinga dibelakang.

"Woi cibai tunggu la !"

____________________________________

Hampir 2 pusingan taman kami berjogging . . Sudah termengah-mengah si Adam .Kami berhenti dan rehat di satu pondok yang menghadap betul-betul ke arah tasik . Sungguh nyaman hilang semua masalah yang bersarang dekat kepala aku . Aku lihat Adam seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi serba salah saja.

"Asal dam nak cakap pape ke"

"Er takde pape la nep"

"Jangan tipulah cakap jela ape yang kau nak cakap tu pun susah ke hish!"

Aku geram dengan Adam . Kenapa nak lambat-lambatkan cakap sajalah apa masalahnya . Aku tidak suka orang yang bercakap lambat seolah-olah sedang melambatkan masaku.

"Alah nep janganlah marah . Anep kalau aku tanya kau satu benda kau janji tak marah ea"

Berdebar aku adakah berkenaan dengan Ara .

"Apa benda?"

"Tak aku nak tanya je dari zaman U sampai zaman kerja kau tak pernah cerita pasal mak bapak kau"

Kus semangat . Aku sungguh risau Adam bertanyakan tentang Ara.

"Mak bapak aku dah takde lagi dam"

"Sorry dam , patutlah kau tak pernah cerita pasal diorang "

"Diorang meninggal masa aku sekolah menengah lagi . Aku tak suka cerita pasal diorang sebab macam ingatkan aku pasal tragedi yang dah jadi kat diorang . Jangan kau suruh aku cerita ea aku tak suka"

"Oh macam tu ke"

"Dah tu macam mana bodoh"

Dalam keadaan dingin begini sempat lagi aku berjenaka dengan Adam . Adam merupakan satu-satunya rakan karibku. Aku selesa berkawan dengannya . Tidak pernah ada perkataan serious dalam kamus hidup dia . Sentiasa nakal dan membabi buta .

Agak lama jugak kami terdiam . Serious talk tak pernah kitorang senyap macam ni. Tiba-tiba Adam memulakan perbualan.

"Anep , aku nak tanya pasal Ara ni"

Oh my Adam nak tanya apa ni buat saspen jelah si Adam ni . Mesti Anep tengah takut kan . Hahaha so cute boleh bayang macam mana muka si Anep tu masa tengah risau dan takut😇

KosongWhere stories live. Discover now