Matahari memancarkan sinarannya membuatkan hari itu serba indah. Burung berkicauan gembira dan bertebangan di langit biru. Angin pula bertiup perlahan sehingga dapat menenangkan jiwa sesiapa sahaja. Tapi seindah-indah keindahan ini...tidak ada satu pun yang mampu menceriakan hari budak lelaki itu...Rayhan Putra.Rayhan berjalan menuruti langkah tiga orang lelaki di hadapannya. Yang memakai baju sut lengkap bewarna biru hitam itu ialah Uncle Sufian merangkap peguam keluarganya. Disebelahnya itu ialah orang gaji merangkap penjaganya iaitu Uncle Haq. Tidak lupa abang kandungnya yang tua 4 tahun daripadanya, Reihan Putra.
Tidak mereka jangka, setelah kematian ketua keluarga, Tok Ajwad...Pak Long Azmir pula menuntut haknya setelah pembacaan wasiat minggu lepas. Lelaki tua itu langsung tidak bersyukur! Sudah diberi betis, mahu paha. Sudah diberi tanah dan rumah, Pak Long Azmir masih mahu lebih! Yang dimahukannya itu tidak lain dan tidak bukan ialah Triple A's Company yang diwariskan kepada Raja Andika, ayahnya Rayhan.
Kini, mereka berada di Mahkamah Syariah untuk sesi pemberian wasiat. Ini ialah sebuah perang...yang menang akan dapat Triple A's Company dan yang kalah akan pulang dengan tangan kosong.
"Tuan Muda Rayhan tolong tunggu kat luar, ya? Biar Uncle Haq, Uncle Sufian dengan Tuan Muda Rei saja yang masuk,"Kata Uncle Haq. Bahu Rayhan ditepuknya perlahan. Bangku kosong di sebuah taman berdekatan ditunjukkan kepada Rayhan menggunakan hujung jarinya, tandanya dia mahu Rayhan tidak masuk ke dalam sana.
"Ahh...tapi Rayhan nak masuk jugak..."Rengek Rayhan. Tersedu-sedan dia dibuatnya. Tangan kanannya mula melakukan tugas dengan mengelap air mata yang jatuh ke pipi.
"Ray! Sudahlah, biar abang dengan Uncle Haq dan Uncle Sufian je yang masuk. Kamu tunggu sana. Dah habis nanti baru kamu boleh masuk,"Reihan pula memberi arahan. Mukanya tegang sahaja. Pasti ada yang meganggu fikirannya.
"Tapi...Ray cuma nak..."
"Tuan Muda Rayhan...jangan risaulah. Uncle janji yang kita akan menang. Okay?"Giliran Uncle Haq pula mencelah. Kepala Rayhan diusapnya lembut.
"Err...ermm,"Rayhan angguk kepalanya. Suaranya cukup perlahan.
Terus ketiga-tiga orang lelaki itu masuk ke ruang perbicaraan. Hilang sahaja bayang mereka, Rahyan terus menuju ke arah bangku yang ditunjukkan sebentar tadi oleh Uncle Haq dalam keadaan matanya yang tidak mahu berhenti mengalir.
Puas menunggu selama 20 minit, Rayhan mengerling jam tangannya.
"Lamanya..."Rungutnya pula. Tiba-tiba, wajah-wajah insan tersayang terlayar di ruang mindanya. Makin membuatkan air matanya mengalir sekali lagi.
"Uhukk...ibu...ayah...Tok Ajwad..."Seru Rayhan dalam tangisnya.
Rindunya bukan kepalang. Baru dua tahun lepas, ibu bapanya kembali ke rahmatullah, menghadap Ilahi. Datuknya pula meninggal dua bulan lepas disebabkan serangan jantung secara mengejut. Disebabkan itu, Rayhan berhenti sekolah dan mula home schooling. Baru sahaja dia mahu hidup secara normal, pembacaan wasiat minggu lepas pula yang merungsingkan dirinya.
Tambahan lagi, Pak Long Azmir juga kerap kali meganggunya dan Reihan di Villa Triss membuatkan Rayhan makin resah. Pak Long mengugut mahu menghalau mereka secepat mungkin!
Agaknya...macam manalah agaknya keadaan sekolah ya? Rayhan termangu seketika.
"Awak dah gila, ya?"Tegur seseorang tiba-tiba.
Rayhan sudah kalut mencari empunya suara yang menegurnya itu. Takkanlah hantu pula? Waktu pagi macam ni?
"Sinilah..."Seorang gadis melambai-lambaikan tangannya agar dapat menarik perhatian Rayhan. Haip...macam kenal saja.
YOU ARE READING
Saya Ingat Awak, Cinta!
RandomDia pemuda luar biasa. Semuanya ada. Rupa, pangkat, harta tetapi bukan ketabahan. Hatinya dicuri oleh seorang gadis yang tabah dan cekal orangnya. Sejak kecil hingga dewasa, wajah itu yang sentiasa menyerikan hidupnya sehinggalah suatu hari... "Okay...