“KAU BODOH, bang!”Rayhan mula jujur akan perasaanya. Dia terus meluahkan apa yang dirasainya kini. Marahnya membuak-buak! Kalau Reihan sedang berada di hadapannya, pasti lelaki tak bertanggungjawab itu ditmbuknya sehingga lumat. Kalau boleh, biar pecah sahaja wajah abangnya itu!“Apasal Ray nak marah abang macam tu pulak! Hormat abang sikit! I’m your brother!”Balas Reihan tak puas hati. Hatinya baru aje terusik dengan perasaan gembira apabila adiknya, Rayhan menelefonnya kembali akhirnya. Tapi dia langsung tak jangka, setelah mengangkat panggilan itu...perkataan kurang enak menyapa pendengarannya.
“Aku tak sangka abang boleh buat macam ni! Abang tahu tak? Ramai orang dah ada kat masjid ni tahu? Semuanya tak sabar nak tengok kau nikah. Heyy...Syura lagi gembira tahu tak nak nikah dengan kau! Abang...kau dah hancurkan perasaan dia!”Suara Rayhan berubah ke nada kecewa. Ya, dia kecewa! Langsung dia tak jangka abangnya yang selalunya bertanggungjawab boleh berubah menjadi manusia paling tak berakal hari ini.
“Ray...abang mintak peluang dekat Ray. Ray tolonglah abang. I don’t even care if Ray nak cakap abang lelaki tak bertanggunjawab sebab nak batalkan wedding sendiri last minute or apa-apa je Ray nak cakap. But still, abang dengan keputusan abang. Muktamad! I’m not going there. The wedding is DONE!”Reihan masih dengan keputusannya. Dalam hatinya, dia asyik berdesis, ‘You know nothing, Ray!’
“Kau jangan buat kerja gila hari ni. Mana pun kau sekarang, aku tak kira...in 10 minutes, come here fast! Kau tahu tak? Uncle Haq dengan Uncle Sufian tak habis cari kau! Aku tahulah yang kau tu tak pandai on time, tapi aku lebih bersyukur kau datang lewat daripada tak datang langsung!”Marah Rayhan. Sangat benar! Dia sendiri kecewa dengan abang kandung dia sendiri. Betulkah itu abangnya? Tidak! Reihan Putra bukan macam tu. Reihan Putra selalu tunaikan janjinya. Reihan Putra seorang yang bertanggunjawab!
“I did this for us! Untuk kita semua! Untuk abang, untuk Ray, untuk Syura...untuk semua orang! Ray faham tak!”Reihan sudah menjerit di hujung talian.
“No, aku tak faham! Aku rasa ni semua untuk kepentingan kau, kau dan kau!”Rayhan pula sudah meninggikan suaranya satu oktaf.
Rayhan mula berjalan mendekati tangga masjid. Dia mahu pergi dari masjid itu dan cari abangnya.
“Aku akan cari kau. Kau kat mana? Bila aku dapat kau...nahas kau aku kerjakan!”Ugut Rayhan. Dia tekad. Kalau abangnya tidak mahu datang dengan kaki sendiri, biar dia yang buat abang dia datang! Paksa kalau perlu, heret kalau terpaksa!
“Kau tak boleh...”Reihan mengendurkan sedikit suaranya. Itu menyebabkan Rayhan berhenti menuruni tangga dan berhenti di salah satu anak tangga masjid tersebut.
“Apa maksud kau?”
Panggilan itu senyap buat seketika. Reihan sedang berfikir-fikir mahu memberitahu atau tidak.
“Aku kat KLIA. Flight aku pukul 2 petang nanti. Aku dah masuk boarding gate tadi. Aku akan tinggalkan Malaysia hari ini,”Ucap Reihan tenang.
“You piece of SHIT!”Rayhan mahu melangkah menuruni tangga namun satu jeritan menggamit perhatiannya!
“PUTRA!”Suara Syura Afra benar-benar jelas di gegendang telinganya. Rayhan pula sudah menoleh ke belakang.
Wajah Syura yang cemberut itu dipandangnya sepintas lalu. Ya Allah...macam mana aku nak bagitahu bahawa Reihan putuskan majlis akad nikah ini pada saat-saat akhir? Aku tak mahu Syura kecewa, Ya Allah!
“Putra! BEWARE!!!”Wajah Syura Afra bertukar ke wajah ketakutan. Wait...beware for what?
Rayhan menoleh ke arah berlainan, ke arah sebelumnya tadi. Di hadapannya...muncul secara tiba-tiba seorang lelaki berpakaian hitam.
“Reihan Putra! Hari ni, aku akan bunuh kau!!!”
ZUPPP! Lelaki itu cuba menikam perut Rayhan!
Rayhan lebih pantas bertindak. Dia mengelak!
Sangka Rayhan, lelaki itu akan berhenti di situ sahaja...tapi, hakikatnya tidak!
“SYURA!”Rayhan berteriak! Tubuhnya kaku serta-merta! Apa yang dilihatnya kini seolah satu mimpi. Satu mimpi buruk! Dan Rayhan minta agar dia sedar daripada mimpi tersebut...
“PUTRAAAAAA!!!”
Jeritan Syura Afra menghebohkan satu masjid!
Rayhan tidak mahu percaya! Telefonnya terlepas daripada genggamannya.
ZAPPP!!! Pisau yang dipegang lelaki itu menusuk tepat ke perut Syura!
Mata Syura terbuntang luas! Dia memegang pisau yang berada di perutnya itu. Darahnya banyak mengalir keluar!
“Ini harga yang perlu laki kau bayar lepas apa dia dah buat kat bapak aku!”Lelaki berpakaian itu menarik semula pisaunya dengan kasar! Makin membingitkan suasana, lelaki itu terus menolak tubuh Syura Afra yang tidak bermaya itu jatuh dari tangga!
Tubuh Syura Afra jatuh lalu tergolek dari satu anak tangga sehingga mencecah anak tangga yang terakhir...
Walaupun tubuh Syura Afra melalui dirinya Rayhan, namun lelaki itu langsung tidak berbuat apa-apa! Rayhan kaku di situ! Tidak menyambut langsung! Hanya kaku! Kaku! Rayhan tidak percaya apa yang disaksikannya!!
“Ya, Allah! SYURA!”Suara Trisyaa menyedarkan Rayhan ke dunia realiti. Trisyaa yang berniat mahu mengejar Syura sejak dari ruang solat masjid tadi tidak menyangka apa yang berlaku di hadapan matanya!
“Syura!”Rayhan pula menuruni anak tangga menuju ke tubuh Syura yang sudah terkulai layu dalam lautan darah merah yang masih segar.
Rayhan memangku kepala Syura. Kesan darah Syura di busananya jelas kelihatan!
“Sa...sakittt! Putra!”Adu Syura. Lemah.
Rayhan memegang kesan darah tersebut dengan tangannya yang menggigil!
“Apa aku dah buat...”Rayhan sempat bermonolog.
Kalaulah...kalaulah dia tak mengelak tadi. Kalaulah dia sambut Syura tadi...Rayhan mula rasa bersalah teramat!
“Syura! Wake up! Kau tak boleh mati lagi! Aku tak sempat cakap apa-apa lagi! Aku tak luahkan perasaan aku lagi! Jadi kau tak boleh mati!!”Rayhan menggoncangkan tubuh Syura dengan kuat. Air matanya merembes laju jatuh ke wajah Syura.
Namun, mata Syura sudah terlebih dahulu terpejam. Rapat. Dan seperti tidak akan terbuka lagi.
Tak boleh! Rayhan tidak mahu terima kenyataan. Dia belum sempat ucap, “Aishiteru...Syura!”
Sekelip mata...dunia Rayhan menjadi gelap gelita. Yang pastinya...hujan lebat sudah turun membasahi mereka. Sekelip mata...Rayhan turut sama rebah ke bumi...
YOU ARE READING
Saya Ingat Awak, Cinta!
RandomDia pemuda luar biasa. Semuanya ada. Rupa, pangkat, harta tetapi bukan ketabahan. Hatinya dicuri oleh seorang gadis yang tabah dan cekal orangnya. Sejak kecil hingga dewasa, wajah itu yang sentiasa menyerikan hidupnya sehinggalah suatu hari... "Okay...