Bab 3

58 6 1
                                    

      REIHAN merenung kosong ke luar tingkap teksi yang dinaikinya. Passport berkulit warna merah itu juga ditenungnya kosong. Tiket penerbangan sahaja yang ditenungnya penuh makna.

      Ya...ini yang terbaik. Kan? Reihan bermonolog sendiri. Dia sekarang menuju ke KLIA. Dia perlu cepat memandangkan jadual penerbangannya pada pukul 2 petang nanti. Reihan mengerling jam tangannya yang berjenama mewah itu.

      “Baru pukul 12:30, kah?”Desis Reihan dalam hatinya. Kemudian, telefon pintarnya dikeluarkan dari poket kot hitamnya.
  
      “Dah 27 kali aku call, 50 mesej aku hantar...langsung tak ada satu reply? Apa kejadahnya adik aku tengah buat ni? Jangan meroyan nanti sudah!”Reihan benar-benar geram. Sudah banyak kali dia cuba berhubung dengan adiknya itu namun cubaannya gagal setiap kali dia mencuba.

      Pandangan Reihan tertumpu sekali lagi ke luar tingkap apabila ada titisan air hujan menarik perhatiannya. Reihan berdoa dalam hati semoga hujan tidak lebat. Dia takut penerbangannya ditangguhkan atau lebih teruk lagi dibatalkan.

      Reihan juga berdoa agar Rayhan mengerti isi kandungan mesej yang dihantarnya. Ya, Reihan tahu tindakannya salah! Tindakannya terburu-buru! Dia akan malukan nama dan menggugat maruah keluarga pengantin perempuan. Tapi Reihan sedar semua tindakannya itu bakal menyelamatkan semua orang! Semua orang!

      “Maafkan abang, Ray...Syura...”Pohon Reihan sayu.
******************************
      Rayhan mencari kelibat Syura Afra setelah dirinya masuk ke dalam ruang solat, di mana majlis akad nikah Syura dan Reihan bakal diadakan.

      Rayhan mengambil masa lebih daripada satu jam untuk memujuk atau sebenarnya memaksa Hana tunggu di dalam keretanya. Bukan mudah nak paksa orang keras kepala macam Hana tu ikut cakap dia! Banyak janji manis dia taburkan kepada Hana tadi. Semuanya pastilah dusta belaka. Ingat Rayhan akan tunaikan ke?

      Rayhan akhirnya terlihat Syura berada di tempatnya di bahagian perempuan. Trisyaa dan Thifaa setia berada di samping Syura. Thifaa asyik touch up make up Syura manakala adiknya, Trisyaa asyik bercakap bersama Syura. Adakah Trisyaa sedang memujuk Syura? Kalau benar, memang Rayhan terselamat.

      Apabila pandangan Rayhan berlaga dengan sepasang mata di bahagian lelaki, Rayhan cepat-cepat mengatur langkah ke arah lelaki itu lalu duduk di hadapannya.

      “Dah sedia?”Soal lelaki berkopiah putih itu.

      “Hah? Sedia? Sedia apa?”Rayhan menyoal penuh hairan.

      “Bertuah punya budak! Tuan Muda Rayhan! Tu tempat Tuan Muda Reihan nak duduklah!”Marah Uncle Haq yang sedia berada di sisi lelaki berkopiah putih itu.

      “Ohh...pak cik ni Tok Kadi, ya?”Rayhan buat lawak hambar. Sengaja nak cover malunya.

      “Hish, budak bertuah ni. Tuu...gi duduk tepi Isaac tu. Baru betul,”Uncle Haq menunding jari telunjuknya ke arah tempat yang dimaksudkan olehnya iaitu tempat kosong di sebelah anak lelakinya itu.

      Rayhan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tadi kena marah dengan Syura, Trisyaa...sekarang kena marah dengan Uncle Haq pulak. Wait...apasalah Uncle Haq macam angin semacam aje?

      Rayhan hanya menurut. Dia pantas mengambil tempat di sebelah Isaac Haqeem, anaknya Uncle Haq aka kawan sepermainannya sejak kecil.

      “Apasal dengan ayah kau tu? Tak pernah aku tengok dia mood swing macam tu?”Tanpa salam, Rayhan terus menyoal Isaac dengan soalannya.

      “Abang kaulah...dah lebih dua jam kitorang tunggu, tak datang-datang jugak!”Jawab Isaac, geram! Kakinya sudah kebas asyik duduk bersila sahaja.

Saya Ingat Awak, Cinta!Where stories live. Discover now