Bab 7

74 5 2
                                    

BEG berodanya ditarik mengikuti setiap langkahnya. Kaca mata hitam Gucci masih dipakai. Rambutnya dibiarkan lepas. Panas! Cuaca Malaysia memang tidak boleh sebati dengannya.



Kehadirannya bagaikan taufan. Benar-benar menarik perhatian ramai orang di KLIA itu. Dengan pakaian berjenama, kasut but coklat dan wajah yang mempersona itu, memang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.



Wanita itu mengeluarkan IPhone dari handbag LV-nya. KeyLock dibuka lalu contact app ditekan dengan telunjuk jari. Mudah bukan? Well, zaman moden kan semuanya di hujung jari.



Setelah menjumpai apa yang dicari, skrin yang memaparkan punat hijau itu disentuh lalu IPhone itu ditekapkan ke telinga. Wanita itu sudahpun berhenti berjalan. Dia berhenti berjalan sebelum sempat melalui Arrival Gate. Entah mengapa, pemandangan KLIA menerusi tingkap kaca itu menarik perhatiannya.



"Helloo there?"Wanita itu memulakan bicara apabila panggilannya terjawab.



"Helo, helo? Hey yo! Assalamualaikum warahmatullahi waabarakatuh!"Sengaja orang di sebelah sana mengucapkan salam terlebih dahulu.



Wanita itu mengeluh kecil lalu menanggalkan kaca matanya.



"You perli I eh, Husna?"Duga wanita itu. Tangan kanannya memegang IPhone manakala tangan kirinya memeluk siku tangan kanan. Wanita itu lebih berminat melihat pantulan wajahnya di kaca tingkap berbanding melihat kapal terbang yang lalu-lalang.



"Eh eh! Tak okayyy...aku nak ingatkan kau. Kita kat Malaysia tau. M.A.L.A.Y.S.I.A! Better guna bahasa ibunda kita. Ya, tak?"Balas Husna Nabila. Sempoi habis.



"Bukan tu...I maksudkan salam tulah,"Balas wanita itu pula.



"Lohhh...betoi apa. Haa, salamku tidak mahu dibalas kah?"Husna tertawa kecil.



"Waalaikumussalam warahmatullahi waabarakatuh, Cik Husna. Okay, whatever. Mana you?"Wanita itu menukar topik. Dia malas mahu memanjangkan cerita.



"Lahh...kat arrival gate lah. Orang lain dah ramai keluar. Kau je lambat. Apasal? Semput eh? Ke tumit kasut patah? Ke...kau tak pandai baca sign board. Ah, yang tulis Arrival Gate tulisan hijau tu jalan betul. Carilah,"Husna sengaja mahu menguji kesabaran sahabatnya itu. Tempat jauh lagikan dikenang, ini sahabatlah...tak pernah di hati ini hilang!



"Wait there, I'm coming,"Wanita itu terus menamatkan panggilan.


***


"Raisyyahhhhh!!!"Dari jauh lagi Husna Nabila sudah melambaikan tangannya. Gembiranya bukan main! Sahabat lama yang sudah lama tidak berjumpa itu akhirnya berada di hadapan matanya. Finally! Husna melompat kegembiraan melihat wajah sahabatnya itu. Kalau boleh, mahu saja dia buat lompat bintang! Biar terlopong mulutnya Raisyyah!



Nufa Raisyyah Humaira terkejut dengan kelakuan keanakan sahabatnya itu cepat-cepat berlari sambil menarik beg berodanya ke arah Husna. Mulut Husna ditekupnya!



"Are you crazy? Janganlah outstanding sangat! Malu aku!"Raisyyah menjawab. Ikutkan hati, mahu saja tadi dia buat pura-pura tidak kenal Husna. Adoi aiii!



"Woi...cant...can't breath!"Adu Husna sambil cuba menepis tangan Raisyyah. Nafasnya tersekat-sekat! Ini semua salah Raisyyah!



"Sorry..."Raisyyah mengalihkan tangannya. Belakang Husna diusapnya perlahan. Dia sedang cuba bantu Husna bernafas secara normal. Mati anak Encik Kamal ni nanti, naya dia kena smack down dengan Tan Sri Nadzmee!



"Sudahlah...nak mati last minit aku jadinya,"Husna mencebik.



"Yalah! Sori!"Raisyyah buat muka selamba derkk.



"Anyway...bon retour à la Malaisie ! Comment est la France? (selamat pulang ke Malaysia! Macam mana dengan France?)"Husna bercakap dalam bahasa Perancis. Tak sia-sia dia belajar bahasa baru dalam tempoh sebulan!



"Il est bon d'être de retour . Au moins , cet endroit est mon meilleur que celui pire cage d'oiseau (It's good to be back. Sekurang-kurangnya, tempat ni lebih baik daripada yang 'sangkar burung' tu)..."Jawab Raisyyah sambil tersenyum penuh makna.



"Apa maksud kau 'sangkar burung'?"Soal Husna. Hairan.



"Maksudnya, tempat yang isteri Tan Sri Nadzmee penjarakan aku tulah. Semua benda yang aku buat kena kawal. Rimas!"Raisyyah buat muka tanda dia rimas.



"Apasal kau panggil isteri uncle macam tu, bukan tu kau punya..."



"Ah ah! Sudahlah, skip that! Aku balik ni nak enjoy puas-puas jelah,"Raisyyah lebih pantas mencantas percakapan Husna. Dia tidak mahu dengar apa yang bakal Husna cakap.



"Wowowooo, choi! Kau tak bagitahu dia yang kau balik Malaysia, kan?"Sekali lagi Husna menduga.



"Entah! Perlu ke aku bagitahu?"Raisyyah angkat bahu. Malas mahu melayan soalan KBAT Husna.



Husna Nabila pantas menepuk dahinya sendiri, "OMG! Are you trying to digging your own grave? Oh no! We are toast! We are dead meat if she find out!"Husna mengeluarkan telefonnya dari poket sweater yang disarungnya.



"Heyy! Kau nak call sape?"Soal Raisyyah apabila mendapati kelakuan pelik sahabatnya.



"Kau boleh tanya siapa? Heyy deyyy...isteri Tan Sri Nadzmee lorhh! Kalau dia tak tahu ni pasal kau balik sini, confirm kau..."Husna menunjukkan jari telunjuknya ke arah Raisyyah, "...dan aku..."Jarinya bertukar arah menujuk ke diri sendiri, "...kita berdua mesti kena campak dekat negara asing lagi! NO!!"Husna menjerit.



Raisyyah cepat-cepat merampas telefon pintarnya Husna. Punat skrin bewarna merah itu ditekannya lalu Raisyyah memandang ke sekelilingnya.



"Bak sini balik, phone tu!"Husna cuba mendapatkan semula telefonnya.



"Aha~"Raisyyah lebih cekap bertindak. Phone milik Husna dicampakkan ke dalam sebuah tong sampah berdekatan.



"NOOO!"Husna berlari anak ke arah tong sampah tersebut. Nak ambil ke tidak phone dia balik? Gelap gelita doh dalam tong sampah tu. Entah2 ada lipas! No way!



"Alah...small matter sis! Raisyyah menepuk bahu Husna sambil tersenyum kecil.



Sedangkan Husna sudah mengalirkan air matanya!



"Sampai hati kau! Phone tu baru aku beli last week. 32 GB tau! Aku beli semata nak download gambar, lagu and video Jimin! How could you!"Husna menjerit. Ohh, bye2 my beloved Jimin! Desis Husna dalam hatinya. Sedehhg deyy!



"Alololo, dah jom balik!"Raisyyah menarik hoodie Husna menyebabkan sahabatnya itu terpaksa mengikuti langkahnya.



"No! My Jimin!"Husna sudah seperti anak kecil! Bab Jimin, jangan pandang Husna sebelah mata. Fan Jimin no. 1 tu!



"Nanti aku gantilah...now, show me the way! Kita gi company sekarang jugak!"Raisyyah sungguh bersemangat!! 😍💪

Aslm....
sorry kalau cita merapu sikit. Cerita ni twist and secretive sikit. Hope you all read it. Penat saya usahakan. Kali ini watak baru muncul. Namanya diambil sempena permintaan salah seorang pembaca merangkap kawan rapat saya. Hope you all enjoy it. Serious, next chapter gonna be the best one! 🤓🤓😍

Saya Ingat Awak, Cinta!Where stories live. Discover now