REIHAN Putra sedang kusut! Semuanya tak kena! Sejak dia menerima surat misteri tersebut seminggu yang lepas...hatinya bertambah resah dan gelisah! Tidak! Dia perlu halang semua ini. Dia tidak mahu orang kesayangannya terlibat sama. Tidak! Tidak Boleh!
Tiba-tiba sahaja matanya tertancap pada sekeping kad kahwin bewarna kuning emas berkilauan yang berada di atas meja sebelah katilnya. Kad itu dicapainya kasar. Nama yang tertera di atas kad itu makin mengusutkan fikirannya. Ya, itu kad jemputan ke majlis akad nikahnya. Ya! Hari ini dia akan bernikah! Dengan wanita pilihannya...sepatutnya dia gembira. Sama seperti orang lain yang berada di luar sana, yang pasti gembira menantikan hari paling bersejarah dalam hidup mereka iaitu hari dimana ijab kabul diadakan dan mereka terikat bersama pasangan masing-masing. Namun...
Kenapa Reihan keliru? Gusar dan takut? Mengapa???
Kemudian, matanya beralih pada sepasang persalinan yang telah disediakan khas untuknya sempena majlis akad nikahnya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Sungguh cantik persalinan yang bewarna hijau turqoise itu. Pasti Reihan kelihatan segak bergaya mengenakan pakaian itu pada hari bersejarahnya. Namun...
“...aku tak boleh! This wedding is done! Aku tak akan teruskan!”Reihan bangun daripada kedudukannya di atas katil.
Passport milik Reihan dicapai. Tidak lupa tiket penerbangannya yang berada di atas meja kopi itu turut diambil. Bagasinya yang berada di hadapan almari sudah sedia. Kot hitamnya juga sudah elok tersarung di tubuh maskulinnya.
Setelah itu, mata Reihan mula meliar mencari telefon pintar Samsung S7 Edge miliknya. Apabila telefon itu dijumpainya, Reihan terus mengambilnya dengan pantas! Dia tidak mahu berlengah! Time is GOLD...and he is running out of time! Reihan perlu cepat!
Nombor telefon Rayhan, adiknya dicari. Ya! Rayhan boleh membantunya! Dia jamin!
***
KNOK KNOKK! Rayhan mula mengetuk pintu bilik persalinan pengantin perempuan. Sekejap dia betulkan tali lehernya, sekejap dia mengemaskan rambutnya menggunakan jari. Wowowoo, dia bukannya mahu...
“...aku bukan nak ajak dia dating!”Rayhan mula sedar akan kesilapannya. Lagaknya macam nak ajak orang dating saja. Haillahh...
Terus Rayhan merenung jambangan bunga di tangannya itu.
“Siapalah yang pilih bunga ni, ya? Tahu-tahu je bunga ni favourite Syura,”Rayhan tertawa kecil melihat jambangan bunga pengantin tersebut.
“Woii! Yang kau dah gila cakap sorang-sorang depan pintu ni apa pasal?”Sergah Trisyaa yang berada di hadapan Rayhan.
Mahu terlucut jantung Rayhan dari posisinya setelah mendengar sergahan Trisyaa! Itulah Rayhan! Mengelamun sakan sampai tak perasan pintu bilik persalinan pengantin perempuan tu dah terbuka pun! Padan muka dia.
“Kau dengar tak apa aku cakap ni?”Trisyaa tak puas hati. Terus dia mencubit telinga kanan Rayhan, mahu lelaki itu sedar ke dunia realiti.
“Adoiiii!”Adu Rayhan kesakitan. Telinganya mula menukar warna, kemerahan! Haa...Trisyaa ni. Memang sesuai orang panggil Trisyaa Ketam! Sebab tangan tu kerjanya asyik mencubit orang sahajalah!!!
“Hish, kau ni! Perangai kau ni memang sama dengan Thifaa. Padanlah korang adik-beradik. Dua-dua kaki sergah! Si Thifaa tu suka baling bunga pengantin merata! Kau pulak...suka cubit orang! Adoiilaaa...”Bebel Rayhan sambil tangannya mengusap telinga kanannya yang sudah membahang dek penangan cubitan Trisyaa.
YOU ARE READING
Saya Ingat Awak, Cinta!
RandomDia pemuda luar biasa. Semuanya ada. Rupa, pangkat, harta tetapi bukan ketabahan. Hatinya dicuri oleh seorang gadis yang tabah dan cekal orangnya. Sejak kecil hingga dewasa, wajah itu yang sentiasa menyerikan hidupnya sehinggalah suatu hari... "Okay...