Bab 8

125 5 5
                                    

      RAYHAN Putra berjalan keluar dari bangunan utama KLIA. Dia baru sahaja tiba di Malaysia 30 minit yang lepas. Ya! Dia dan Isaac pulang ke Malaysia akhirnya!

      Rambutnya yang panjang itu diikat. Jambang tu...jangan tanyalah! Dah berapa bulan tak cukur. (Bayangkanlah sendiri...). Misainya juga makin menebal. Kalah Wak Doyok!

      Puas Isaac memaksanya agar membersihkan semua itu sebelum pulang ke Malaysia. Pirahhh! Ingat dia nak turut? Memang tak!

      Rayhan berhenti berjalan. Dia memandang sekelilingnya. Aik...rasa macam semua orang pandang dia? Why eh? Soal Rayhan dalam hati.

      Isaac juga hilang entah ke mana. Rasa tadi Isaac jalan kat depan. Tup2 lesap! Kena sorok dengan Jin KLIA kah?

      Terus Rayhan berhenti berjalan. Kepalanya bertukar arah dari memandang hadapan, ke belakang. Haa...tu dia Ustaz Isaac!

      "Woi! Jalan cepat sikit tak boleh ke? Tak pernah aku tengok lelaki jalan setapak2, seinci demi seinci. Kalah wanita Melayu terakhir!"Kutuk Rayhan sambil memandang ke arah Isaac.

      Dek kerana geram, Isaac pun berjalan cepat, mara ke hadapan. Lengan kanan baju Rayhan dia tarik, memaksa lelaki itu mengikuti setiap langkahnya sehingga mereka akhirnya berada jauh dari kawasan yang mempunyai ramai orang.

     "Woi...apasal kau macam pelik je? Kau macam nak lari dari somebody...oh! Kau ada hutang dengan ALONG eh?!"Duga Rayhan. Curiga sangat dia dengan kelakuan Isaac sejak dari lapangan terbang Narita, Jepun lagi. Kalau jalan dengan dia, jauh2 jaraknya. Pastu mesti Isaac tengok sekeliling dia. Tak curiga kah?

      "Kepala hotak kau! Aku cuma risau dengan kau tu...rupa macam..."Isaac macam tidak mahu teruskan ayatnya.

      "Macam siapa? Macam James Reid? Ke...Mario Maurer?  (tak tahu, search pakcik google),"Rayhan bajet tunjuk muka macho.

      "Jangan perasan boleh tak? Muka kau tu...macam beruk Australia sesat masuk KLIA! Malu aku siott!"Isaac akhirnya bercakap jujur. Mulutnya ditekup. Terlepas cakap, baiii! Huii, mulutku tak ada insurans!   Marah Isaac dalam hati. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata penumbuk hadiahnya!

      "Penumbuk ni nak?"Ugut Rayhan sambil menunjukkan sebiji penumbuk di hadapan Isaac. Jangan pandang Rayhan sebelah mata! Dia master TaeKwondo tau! Hasil tunjuk ajar Trisyaa...Rayhan sekarang ada black belt tapi tahap 1 lah.

      Isaac angkat kedua-dua belah tangannya tanda surrender. Bab tumbuk-menumbuk jangan tanya! Memang Rayhan orang kedua terhebat selepas Tok Guru Trisyaa.

      "Whatever. Aku pun tak nak di cop sebagai barbarian sesat dan kaki gaduh kat sini,"Rayhan menurunkan tangannya.

      "Fuhhh..."Selamat....Isaac mengucapkan syukur dalam hati.

      "Mana car?"Soal Rayhan tiba2. Terkedu Isaac dibuatnya!

      "Err...mana ada, bro. Pandai2 kita cari teksi untuk balik lah..."Balas Isaac sambil tersengih kambing. Dia memang sengaja tak cakap dengan Rayhan yang Uncle Haq tak sediakan kereta untuk mereka jika mahu balik. Uncle Haq mahu Rayhan berdikari sendiri.

      "KALAU Rayhan pandai tinggal seorang diri kat Jepun, mesti dia pandai cari pengangkutan untuk balik kat Malaysia sendiri. Ya, tak?"Itulah apa yang dinyatakan oleh Uncle Haq semalam waktu Isaac menghubunginya di Jepun.

      'Haha...pandai sangat. Nanti pandai2 lah Rayhan cari jalan nak smack down aku pulak lepas ni,'Ucap Isaac dalam hati.

      "Kau ni...pandai betul menyusahkan aku! Hishhh..."Rayhan mula berjalan  meninggalkan Isaac sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 28, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Saya Ingat Awak, Cinta!Where stories live. Discover now