3 Tahun Berlalu...
Dear Syura Afra...
Sebelum itu, Abang Reihan mahu memohon maaf atas segala yang berlaku. Bila Syu baca surat ni, sudah pasti abang tiada di situ. Abang tinggalkan Malaysia. For good. For us, for Ray, for everyone. Syu tak perlu tanya sebab apa because it is not your matter. Tidak! Bukan niat abang untuk ketepikan Syu. Tidak pernah sekali pun abang nak ketepikan Syu. Cuma, sebab abang tinggalkan Syu waktu kita sepatutnya bernikah...biarlah sebab itu abang tanggung seorang. Syu, take care of yourself. Be brave...find a new love. Tapi ingatlah, abang tak tinggalkan Syu bukan suka-suka. Bukan abang tinggalkan Syu sebab semalam lepas Syu luah kat abang perkara yang sebenar. You know what?
I accept it. Abang redha kalau kita tak ada jodoh. Kalau ada, in sya Allah kita akan bersua kembali. Kalau tak ada...tak apalah. Mungkin jodoh Syu dengan si ‘dia’. Abang doakan apa yang Syu tunggu tu ditunaikan.
Jangan cari abang lagi. Jangan cuba hubungi abang lagi. Jangan tanya bila akan abang balik ke sana. Bila abang rasa abang patut balik, abang balik. Kalau abang rasa belum, abang akan stay kat sini sampai bila-bila kalau perlu.
Syu...abang pinta Syu tolong beritahu dekat Ray..opss, salah! Tolong bagitahu kat adik abang, Putra. Abang serahkan syarikat dan jawatan CEO Triple A’s Company kepada dia serta-merta. Mungkin lepas Putra jadi CEO, akan ada macam-macam perkara berlaku kepada dia. So, tell him to be AWARe. Actually, Putra tak tahu benda ni so let me tell you. Ayah saudara kitorang, Ayah Long Azmir mungkin berdendam dengan kami sekeluarga. Disebabkan satu kejadian, dia dipenjarakan. Itu abang tak kisah sangat, tapi anak lelaki dia yang merisaukan abang. Nama anak dia tu...Ariz. Dia macam berdendam dengan kitorang pulak. So...just be aware. Please...
Andai Syu baca surat ni waktu Syu masih kat majlis akad nikah kita...kalau Syu tak boleh nak batalkan...abang rela, abang cadangkan adik abang, Putra yang gantikan tempat abang kat sana. Biar Putra yang salam dengan Tok Kadi tu. Biar Putra jadi imam Syu. Biar dia bimbing Syu sampai Syurga Firdaus. Amin!
Tapi kalau Syu tak nak, atau Syu masih nak tunggu abang. Tunggulah. In sya Allah, it will worth for us. Tapi, abang tak boleh janji yang hati abang boleh stay kat Syu forever. I might find someone else. So, Syu carilah pengganti abang untuk Syu. Siapa-siapa pun lelaki tu, abang doakan Syu bahagia dengan dia. Syu lebih berhak dapat lelaki yang bertanggungjawab bukan lelaki macam abang. Tapi abang doakan Syu dengan si ‘dia’ tu sampai ke jinjang pelamin. Itu doa abang untuk Syu.
Akhir kata...abang mohon maaf sekali lagi sebab batalkan majlis kita last minute. Kalau nak, Syu boleh saman malu keluarga abang. Tapi ingatlah, jika itu buat Syu lebih gembira jadi buatlah. Syu jangan lupa apa abang cakap semalam. I love you, Syura Afra. Thanks for being my fiancee until now...
Sincerely,
*Yang Mencintaimu.REIHAN PUTRA.
****
“YANG mencintaimu? Cinta? Cinta?! Boleh BLAHlah dengan cinta kau tu!”
PRANGG! Rayhan mencampakkan mug kaca kepunyaannya ke atas lantai! Turun naik nafasnya ketika ini. Hatinya sakit! Sakit mengingati kesilapan yang dibuat oleh abang tak bergunanya! Sakit lagi hatinya memikirkan hubungan keluarga yang terjalin bersama keluarga Syura Afra pada 3 tahun dahulu musnah begitu saja!
Rayhan memang tak akan maafkan Reihan! Siaplah kau kalau aku dapat jumpa! Desis Rayhan. Berdendam!
Sudah 3 tahun abangnya hilang tanpa berita. Genap 3 tahun juga khabar berita Syura hilang begitu saja. Kali terakhir berita yang didengarinya hanyalah satu. Syura sudah bertunang dengan orang lain. Cepat bukan? Senang saja rupanya mahu mencari pengganti. Semudah memetik jari!
YOU ARE READING
Saya Ingat Awak, Cinta!
RandomDia pemuda luar biasa. Semuanya ada. Rupa, pangkat, harta tetapi bukan ketabahan. Hatinya dicuri oleh seorang gadis yang tabah dan cekal orangnya. Sejak kecil hingga dewasa, wajah itu yang sentiasa menyerikan hidupnya sehinggalah suatu hari... "Okay...