Bab 5

58 6 1
                                    

      REIHAN PUTRA sudah selamat tiba di Lapangan Terbang Love City, Paris semestinya. Dia memandang ke arah luar tingkap bulat itu dan dapati bahawa hari sudah malam. Ada kesan rintik hujan masih berbekas di tingkap itu. Pasti tadi hujan. Desisnya dalam hati.

      Reihan menilik jam tangannya. Kemudian dia memandang ke luar tingkap sekali lagi.

      Fikirannya menerawang pada kejadian yang berlaku ketika dia sedang berhubung dengan Rayhan. Entah mengapa, Rayhan terus mematikan panggilan begitu sahaja tanpa mengucapkan selamat tinggal. Aneh! Tapi masih jelas bagi Reihan, dia terdengar suara Syura menjerit nama adiknya atau dia hanya berhalusinasi sahaja? Entahlah...

      Reihan berharap agar mereka di Malaysia sana selamat sahaja. Amin!

      Sepasang suami isteri yang duduk di tempat duduk sebelahnya pula menarik perhatiannya. Tiba-tiba sahaja, wanita itu mual dan mahu termuntah!

      “Are you okay, honey? Nak abang teman pergi toilet?”Soal si lelaki itu. Nadanya amat prihatin. Waktu itu, Reihan sekali lagi berdesis. That woman is so lucky to have a responsible and kind man as her husband.

      “Sayang okey, bang. Mual sikit je. Pening kepala sikit. Fiya nak gi toilet sorang je. Abang tak perlu ikut. Fiya okey. Abang tolong jaga handbag Fiya, ya?”Pinta isteri lelaki itu dengan suara yang lembut. Terus handbag wanita itu diserahkan kepada suaminya.

      “Nah, minyak angin Fresh&Care. Sapu kat dahi sayang sikit. Tak apa, bau minyak angin ni tak kuat macam ubat klinik. Abang beli ni semalam. Perisa Cherry tahu. In Sya Allah mual sayang hilang,”Lelaki itu pula menghulurkan sebotol kecil minyak angin berjenama Fresh&Care kepada isterinya pula setelah menyambut handbag bewarna putih itu.

      Sejurus sahaja bayang wanita itu hilang daripada pandangan Reihan, akhirnya Reihan mula menyapa lelaki itu dengan ramah.

      “Are your wife okay?”Soal Rayhan. Sebelum itu, dia sempat berjabat tangan dengan lelaki yang duduk di sebelahnya itu.

      “Ohh...that is normal for a pregnant lady. Anyway, I’m Aryan. And you are?"

      “Oh...I’m Reihan,”Balas Reihan sambil tersenyum ikhlas.

      “Reihan? Malaysian?”Soal lelaki bernama Aryan itu. Lelaki itu mesti berasa pelik dengan wajah Reihan yang seperti orang Jepun tetapi bernama Melayu.

      “Ya...saya orang Malaysia. I’m a half-blood of Japanese and Malaysian,”Terang Reihan. Memang benar dia kacukan. Ayahnya, Raja Andika orang Malaysia manakala ibunya, Firdiyana Miyuki orang Jepun beragama Islam.

      “Honeymoon?”Soal Reihan pula.

      “Yes...third honeymoon. We are going to have our sixth child soon,”Balas Aryan bersungguh.

      “Sungguh?”Mata Reihan sudah terbeliak mendengar penjelasan Aryan. Third Honeymoon? Tak lama lagi nak ada anak ke-enam?! So unbelievable.

      “Ya...”Aryan senyum lagi. Menyerlahkan lagi kekacakannya.

      “You are so lucky,”Puji Reihan. Lihat sahaja wajah Aryan sudah tahu bahawa lelaki itu seorang yang bekerjaya, tambahan lagi Aryan seorang lelaki yang sangat kacak. Memang padan dengan wanita bertudung tadi yang bernama Fiya itu. Ayu dan lemah lembut sahaja orangnya. Perfect match heh?

      Reihan terfikir sendiri. Jika dia masih teruskan majlis akad nikahnya tadi. Pasti Syura Afra sudah menjadi isterinya yang sah dan mereka akan terbang ke Pulau Jeju, Korea untuk honeymoon mereka. Namun, itu semua hanya tinggal kenangan yang tidak pernah dan tidak akan berlaku.

Saya Ingat Awak, Cinta!Where stories live. Discover now