PROLOG

8.1K 195 17
                                    

Prolog

Tiga tahun yang lalu

Hampir empat jam perjalanan, akhirnya kereta Tengku Adli menyusuri satu kawasan perumahan. Tasha pandang Tengku Adli tidak berkelip. Mata yang sudah kuyu diamuk kantuk terus saja membulat. Menurut kata Tengku Adli, mereka akan menginap di hotel Syuen yang terletak di bandar Ipoh.

Esok mereka akan menghadiri majlis perkahwinan kawan Tengku Adli. Sampai sahaja di satu selekoh Tengku Adli belok ke sebelah kanan. Dengan selamba brek tangan ditarik. Kereta diparkir elok di perkarangan rumah banglo dua tingkat. Tasha pandang Tengku Adli.

"You nak bawa I ke mana ni?" suara Tasha kedengaran cemas. Cuak pun ada.

"Jom, pergi kahwin." ajak Tengku Adli selamba. Senyum disimpan melihat Tasha yang sudah gelisah. Takkan takut.

"Adli, you jangan main-main. Seriuslah." bentak Tasha geram.

"Jom, jumpa dengan antara wanita istimewa di hati I." beritahu Tengku Adli. Tali pinggang keledar dilepaskan. Pintu ditolak.

Melihat Tasha yang masih kaku di tempat penumpang, Tengku Adli ketuk cermin tingkap dua kali.

"Jom." ajak Tengku Adli sekali lagi.

Perlahan-lahan Tasha mengikut langkah Tengku Adli. Lantang Tengku Adli beri salam. Akhirnya muncul seorang perempuan bertudung labuh menghampiri mereka. Tasha perhatikan Tengku Adli yang memeluk dan mencium wanita lewat 70-an.

"Mak tok I, Hajah Kalsom. Tok ni Tasha. Kawan Ad." Tengku Adli perkenalkan neneknya kepada Tasha.

"Pandai cucu nenek cari bakal isteri. Lawa." Wanita yang dipanggil mak tok oleh Tengku Adli sudah berdiri tegak di hadapan Tasha. Memandang Tasha sambil tersenyum.

Tersipu-sipu Tasha dibuatnya. Tangan tua itu disalam an dicium seperti mana dia bersalam dengan arwah uminya.

"Mari masuk. Rumah tok ni biasa aje." Ajak Hajah Kalsom ramah. Bahu Tasha didorong masuk.

Tasha perhatikan rumah Hajah Kalsom. Biasa apa kalau perabot semua daripada kayu jati yang terang-terangan hampir mencecah jutaan ringgit. Belum lagi dengan lampu hiasan yang tergantung indah. Sebaik sahaja Hajah Kalsom menghilang ke dapur, Tasha pandang Tengku Adli.

"You tak beritahu pun nak singgah rumah nenek you." Tasha tidak puas hati.

Kalau beritahu awal-awal sempatlah singgah beli buah tangan. Ni datang bawa diri saja. Tak sopan langsung.

"I dah lama tak balik sini. Alang-alang dah datang Perak, singgahlah la jenguk mak tok kejap. Lagipun I membesar di sini. Suatu hari nanti I cerita dekat you."

Tasha jongket kening. Tak nampak macam orang Perak pun. "Tapi..."

" I tak ada niat jahat pun. I cuma nak you kenal dengan orang yang I sayang. Sekurang-kurangnya you tahu siapa keluarga I. Supaya you tak fikir yang jahat-jahat aje pasal I." ujar Tengku Adli.

Tadi dia perasaan wajah pucat Tasha sebaik sahaja kereta diparkir di halaman rumah neneknya. Pasti ada sesuatu dalam fikiran gadis itu.

"You duduk dulu. I nak keluar jap. Buat macam rumah sendiri ya."

Belum pun sempat Tasha bertanya lanjut, Tengku Adli sudah laju menuju ke kereta. Deruman enjin buat Tasha hembus nafas geram. Terkontang-kanting dia seorang. Di tinggalkan berseorangan Tasha perhati gambar-gambar yang tergantung di  dinding. Banyak gambar Tengku Adli bersama Hajah Kalsom.

"Ke mana pula budak bertuah tu?" soal Hajah Kalsom. Gelas minuman disua kepada Tasha.

"Ad kata nak keluar sekejap mak tok." jawab Tasha sopan. Hilang aksi berdepan dengan nenek Tengku Adli. Masa macam ni pula Tengku Adli nak menghilang.

BUKAN KEKASIH TERLARANGWhere stories live. Discover now