Bab 7

3.7K 156 13
                                        







Seawal jam 10.00 pagi, Tasha sudah terpacak di pejabat Anuar. Niat hati selesaikan hal semalam. Kotak merah sebesar tiga jari dipandang. Nampaknya tak panjang jodoh kita.

Tasha pandang sekilas meninjau sekeliling mencari kelibat seseorang yang boleh ditanya.

"Hei, Tasha."

"Abang Is," sapa Tasha sedikit terkejut.

"Sihat?"

"Macam inilah Abang Is." Hati saja yang sedang tenat. Sambung Tasha dalam hati.

"Buat apa kat sini?"

"Nak jumpa Anuar, Abang Is."

"Kenapa tak masuk aje bilik Anuar? Abang Is rasanya dia ada kat dalam tu." Iskandar pelik dengan kehadiran Tasha di pejabatnya.

Tasha garu kepala. Abang Is, manalah Tasha tahu bilik Anuar dekat mana. "Ermm, Abang Is tunjukkan boleh?"

"Jom, Abang Is tunjukkan bilik Anuar." Iskandar mendahului langkah sebagai pemandu arah ke bilik Anuar.

Sebaik sahaja pintu biliknya yang tertera nama ANUAR IKHBAL ABDULLAH ditolak dari luar oleh Iskandar, Tasha yang sejak tadi membuntuti langkah Iskandar terpaku. Mata dialihkan memandang ke arah meja Anuar. Malu untuk terus menatap pasangan yang sudah separuh bogel di hadapannya.

Buru-buru Lily mengancingkan kembali butang kemeja yang baru sahaja dibuka. Dia bangkit berdiri. Anuar turut sama menyarung kembali baju yang berada di atas lantai. 

Iskandar segera menerpa ke arah Anuar. Satu tumbukan mengena ke muka Anuar. Tindakan spontan saat terpandangkan Anuar dan Lily yang sedang asyik bermadu asmara. Langsung tak perasaan dengan kehadirannya dan Tasha.

"You ni kenapa Iskandar? Tiba-tiba aje main belasah bos!" Lily masih terkejut dengan kejadian mereka dicerobohi.

"Lily, you diam. You ni dah terdesak sangat ke sampai tunang orang pun you nak kebas?"

"Bie, you okey ke?" Lily memaut lengan Anuar sambil tangannya menyentuh bibir si lelaki yang jelas kelihatan bengkak. Ada kesan luka di hujung bibir lelaki itu.

Anuar hanya menggelengkan kepala. Tajam dia merenung Iskandar.

Lily tayang muka simpati melihat keadaan Anuar. Dalam hati sudah bersorak gembira, tidak perlu lagi dia menjalin hubungan secara rahsia dengan si kekasih hati. Tak sangka tindakan bijaknya sudah membuahkan hasil. Tidak sia-sia dia menghantar gambarnya yang sedang beraksi manja dengan Anuar kepada Tasha.

"I minta maaf kalau kehadiran I mengganggu kau orang. I datang ni pun nak pulangkan harta you." Kotak di tangan diletakkan di atas meja.

Jelas reaksi terkejut terpamer di wajah Anuar.

"Tasha." Iskandar mencelah.

"It's okay Abang Is, dia berhak. Semalam lagi antara kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Dia berhak memilih yang terbaik untuk dia."

"Lain kali pastikan pintu berkunci kalau you nak buat adegan terlebih kasih sayang you ni. Mak Cik Bedah tahu ke kerja sambilan you ni?" Tasha tepuk bahu rakan sekampung merangkap bakal menggantikan tempat dia sebagai isteri Anuar. Sengaja dia menyebut nama ibu Lily, biar temannya itu sedar perbuatan terkutuk yang sedang dilakukan.

Tak menunggu lama Tasha menolak pintu bilik Anuar. Tak ingin berlama-lama di situ. Tasha. Tasha tak mampu untuk terus utuh di situ. Terasa panas yang terlalu membahang. Kena minum air tembikai banyak-banyak. Biar terus beku. Sekilas, Tasha menoleh memandang Anuar buat kali terakhir.

"Kau beruntung jadi pemilik hati An. Aku doakan kau orang bahagia." Tasha senyum hambar.

Nak kata hati menangis, sejak semalam dia sudah puas meratap. Hari ini memang dia sudah cekalkan hati untuk terima segala takdir yang tertulis untuknya.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Oct 11, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

BUKAN KEKASIH TERLARANGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang