BAB 3

3.8K 128 4
                                    

           

Beriringan Tengku Adli dan Tasha masuk ke Amanjaya Corp. Saat mata terpandangkan Nabilla di lobi utama, Tengku Adli sudah mengeluh. Macam mana dia boleh tak perasan Amanjaya Corp milik Tan Sri Hashim?

Dari jauh Nabilla sudah melambai mesra.

"Azra Natasha." Tangan dihulur berjabat tangan dengan Nabilla.

"Nabilla Tan Sri Hashim. Papa I tak berapa sihat. Jadi I mewakili dia untuk mesyuarat kita hari ni." Nabilla mempersilakan Tengku Adli dan Tasha ke bilik mesyuarat.

Rasa cemburu dalam hati cuba dikepung. Rasa tergugat melihat si cantik manis yang tersenyum di sebelah Tengku Adli. Tengok cara si lelaki memandang si gadis di sebelah, dia yakin ada sesuatu antara mereka.

Perbincangan yang membosankan bagi Tengku Adli bila Nabilla tak sudah-sudah bergeser dengannya. Terpaksa pula dia bergerak ke kanan sehingga kelihatan intim dengan Tasha.

Melihat Tengku Adli yang berbisik kepada Tasha dan Tasha yang tersenyum, buat Nabilla panas membara. Apa yang lucu pun dia tak tahu.

"Untuk makluman Cik Nabilla, ini pelan asal dan reka bentuk yang sudah dipersetujui oleh pihak cik. Setakat ni hampir 80 peratus sudah siap. Kalau Cik Nabilla nak tengok perkembangan projek ni I boleh bawa cik ke tapak projek. Cik Nabilla boleh tengok sendiri." Cadang Tasha.

Tengku Adli di sebelah angguk mengiakan.

Hampir dua jam berbincang, Tengku Adli meminta diri. Perbincangan yang sepatutnya berlangsung kurang daripada sejam terpaksa dileretkan apabila Nabilla tidak sudah-sudah bertanya. Serba tak kena di mata wanita itu. Nasib baik Tasha bijak mengawal keadaan.

Melihat Tengku Adli yang berjalan laju keluar dari bilik mesyuarat, Nabilla sudah menapak laju mengejar Tengku Adli. Lengan Tengku Adli dipaut. Hanya seketika, Tengku Adli tolak menjauh.

Merah padam muka Nabilla, malu diperlakukan begitu di hadapan kakitangan sendiri oleh Tengku Adli. Ikutkan dia lebih rela bersenang-lenang di rumah. Kalau bukan sebab Tengku Adli, tak ada maknanya dia berada di pejabat sekarang. Masih lagi terbungkam di atas katil. Menyambung lena gara-gara pukul 5.00 pagi baru balik daripada menghabiskan masa berhibur bersama teman-teman.

"I tunggu Encik Adli dekat kereta." Tasha menapak melintasi lobi untuk ke kereta Tengku Adli.

Tadi mereka datang bersama. Kalau datang berasingan, sekarang dah boleh balik. Tak payah nak tengok drama yang tak ada pengarah ni.

"Jom teman I makan?" ajak Nabilla manja.

"I dah janji dengan Haidar. Lagipun I datang dengan staf I. Mungkin lain kali aje." Tolak Tengku Adli beralasan.

"Suruhlah staf you naik teksi. Di sini bukannya susah nak dapat teksi. " Nabilla tarik muncung.

"I ada hal lepas ni. Oh ya, kirim salam dekat Uncle Hashim."

"Kenapa you macam nak mengelak daripada I aje Adli?"

"Bukan nak mengelak I memang ada hal. See you when I see you." Tengku Adli angkat tangan seraya menuju ke kereta.

Dari jauh sudah dilihat Tasha yang menyeka peluh. Silapnya tidak memberikan kunci kereta kepada Tasha. Tak pasal-pasal beratapkan langit anak dara orang. Sudahlah panas terik.

"Sorry. Sorry." Tengku Adli segera menekan penggera kereta.

"It's okay."

"Tunggu I on aircond dulu baru masuk. Panas ni."

"Encik Adli, it's okay. Tapak projek lagi panas. I ni bukan puteri lilin. Pantang jumpa matahari akan cair." Pintu di bahagian penumpang dibuka.

BUKAN KEKASIH TERLARANGWhere stories live. Discover now