BAB 4

3.4K 122 4
                                    

Tasha masih mundar-mandir di hadapan bilik kecemasan. Selesai mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar segera dia menunggu di hadapan bilik kecemasan. Doktor sedang keluar masuk, tapi masih tiada berita tentang Tengku Adli. Tasha risau memikirkan keadaan Tengku Adli yang sudah dua jam di dalam bilik kecemasan.

"Waris kepada Tengku Adli Faris Tengku Saiful."

Tasha segera bangun sebaik sahaja nama Tengku Adli disebut.

"Bagaimana dengan keadaan saudara saya, doktor?"

Kerana terpaksa, daripada seorang ketua sudah bertukar jadi saudara. Bibir digigit. Sudah menjadi tabiatnya bila berbohong.

"Dia masih tak sedarkan diri. Tusukan agak dalam. Tapi, keadaan pesakit sudah stabil. Pesakit bernasib baik kerana tikaman hanya tiga inci jaraknya dari jantung. Pesakit mengalami patah tangan kiri dan luka-luka kecil. Tiada kecederaan lain. Kami akan pindahkan dia ke wad biasa kejap lagi." ujar Doktor Rahman.

Tasha meraup muka. Alhamdulillah.

Masuk sahaja ke wad menempatkan Tengku Adli, Tasha bersalam dengan Sharifah Hamidah yang ditemani Tengku Saiful. Mereka berada di sisi Tengku Adli. Anuar tidak kelihatan padahal sudah diberitahu. Mata Sharifah Hamidah sudah sembap. Pastinya menangis melihat keadaan anak sulungnya.

"Macam mana boleh jadi macam ni Tasha?" Sharifah Hamidah melurut rambut Tengku Adli yang jatuh di dahi.

Melihat keadaan Tengku Adli dan keadaan Tasha yang berbalut di dahi dan tepi bibir buat dia musykil. Pelbagai persoalan bermain di fikiran.

"Kami diserang tadi aunty. Saya minta maaf, Encik Adli cuba selamatkan saya sampaikan dia yang kena pukul."

"Kamu kenal siapa?" soal Tengku Saiful.

Tasha mengangguk. Takkan dia lupa sampai mati.

"Saya dah buat laporan polis. Nanti bila Encik Adli dah sedar pihak polis akan ambil keterangan dari Encik Adli."

"Ad, bangun sayang jangan buat mama susah hati." Sharifah Hamidah duduk di sebelah Tengku Adli yang terlantar tidak sedarkan diri.

Tengku Saiful cuba menenangkan hati isteri yang risau. Dia sebagai bapa pun tak sanggup melihat anak yang sedang bertarung nyawa. Lebam yang kelihatan kebiruan di segenap penjuru muka serta bekas tusukan dirusuk kanan yang sudah berbalut.

"Saya betul-betul minta maaf aunty. Sebab nak selamatkan maruah saya, Encik Adli pertaruhkan nyawanya."

"Jangan salahkan diri Tasha. Sesiapa pun yang berada dalam situasi Tengku Adli akan buat perkara yang sama. Don't worry he is a survivor." Pujuk Sharifah Hamidah.

Dia berharap anaknya cepat sedar. Air zamzam dititiskan ke bibir kering Tengku Adli.    

TASHA duduk bergelap di ruang makan. Sewaktu dia meninggalkan hospital tadi Tengku Adli masih tidak sedarkan diri. Nasib baik Johan sudah berjaya ditangkap oleh pihak polis ketika cuba masuk ke negara jiran melalui sempadan negeri Perlis.

"Tasha? Kau buat apa tak tidur lagi ni." Huda tarik kerusi di sebelah Tasha.

"Aku tak boleh tidur. Letak kepala pun mata tak nak pejam." Luah Tasha lemah.

"Teringat kes tadi?" Teka Huda.

Tasha angguk laju.

"Rezeki kau. Nasib baik ada Tengku Adli. Nasib baik juga mangkuk ayun tu dah kena tangkap."

"Aku tak tahulah  apa nasib aku kalau dia tak datang tadi." Nafas lega dihela. Memang dia tak dapat bayangkan kalau tiada orang yang menolong tadi.

BUKAN KEKASIH TERLARANGWhere stories live. Discover now