TEPAT jam 9.00 malam, Tasha sudah terpacak depan rumah Sharifah Hamidah. Tak sampai hati nak kecewakan wanita yang sudah dianggap sebagai ibu sendiri.
Lihat saja kelibat Tasha, Sharifah Hamidah sudah tersenyum manis. Entah kenapa mudah benar dia jatuh sayang terhadap anak gadis ini.
Tasha tinjau sekeliling. Hanya terlihat kelibat Bibik Kinah yang sedang sibuk menyediakan makanan. Namun, bayang Anuar dan Tengku Adli masih tidak kelihatan.
"Tasha duduk dulu, mama tengok Bibik Kinah kejap. Dah siap rasanya." Pinta Sharifah Hamidah.
Sejak dia naik taraf sebagai tunangan Anuar, Tasha perasan Sharifah Hamidah sudah menukar kata ganti diri. Cuma dia sahaja yang masih tidak biasa mahu memanggil wanita itu mama.
Tasha lihat Sharifah Hamidah bergerak ke ruangan dapur yang agak tersorok dari meja makan yang sudah penuh dengan beberapa juadah yang sangat menyelerakan. Kecur liur Tasha dibuatnya. Tidak menunggu lama dia turut menjejaki ruang dapur.
"Hei, mama dah cakap duduk aje." Bahu Tasha ditepuk perlahan.
Nasib baik Tasha tak jerit. Pantang dia terkejut pasti menjerit. "Apa lagi yang nak Tasha tolong mama?"
"Dah siap semua. Bawa pinggan tu ke depan."
"Kita berdua sahaja ke mama?" soal Tasha.
Tidak nampak bayang Tengku Saiful mahupun anak–anak Sharifah Hamidah. Nasi diisi ke dalam pinggan dan dihulurkan kepada Sharifah Hamidah.
"Ladies night."
Tasha gelak halus. Kemudian satu lagi diisi dan dihulurkan kepada Bibik Kinah. Barulah dia sendukkan nasi ke pinggan sendiri. Sudah beberapa kali makan di rumah Sharifah Hamidah, Tasha perasan Sharifah Hamidah akan mengajak Bibik Kinah makan bersama.
Sedang leka menjamu selera pintu ditolak dari luar. Tersembul figura Tengku Adli, kunyahan Tasha berhenti mendadak. Kenapa masa ini dia nak muncul? Terus hilang nafsu nak makan.
"Ad, dah makan belum?" soal Sharifah Hamidah sebaik sahaja Tengku Adli mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Belum ma, lapar," jawab Tengku Adli. Perut sendiri diusap meyakinkan si ibu dia memang lapar.
Melihat rengekan Tengku Adli yang dah macam budak tiga tahun lapar sepuluh hari, Tasha bangun mengambil pinggan dari kabinet dapur kemudian nasi di isi dan diletakkan di hadapan Tengku Adli.
"Okey, dah boleh kahwin." Gurau Tengku Adli.
Walaupun Tengku Adli bakal jadi abang ipar Tasha, namun dia masih kekok untuk melayan Tengku Adli sebagai abang melainkan sebagai seorang ketua di tempat kerja. Yang tu memang tak payah ajar, memang dah biasa.
"Mama lupa nak beritahu Ad, keluarga Tasha dah setuju nak cepatkan tarikh nikah. Insya- Allah, kalau tak ada aral dalam sebulan lagi kita langsungkan majlis mereka. Mama nak kali ni Ad ada sama. Masa tunang hari tu pun Ad tak ada."
"Wow, Tahniah," ujar Tengku Adli seraya memandang Tasha. Keterujaan yang dibuat-buat agar tiada yang perasan.
Perkhabaran gembira daripada Sharifah Hamidah disambut suam-suam kuku oleh Tengku Adli. Cuba dipujuk hati sendiri. Si dia bakal jadi bunga larangan. Bakal adik ipar.
"Tapi, kenapa nak cepatkan pula mama? Bukan lagi tiga bulan ke?" soal Tengku Adli.
Terkejut Tasha dengan soalan Tengku Adli. Yang mamat ni bersungguh sangat nak tahu kenapa? Patutnya dia yang risau. Macam mana nak kahwin kalau seorang ke hulu seorang ke hilir? Macam hati dia dan Anuar dah tak jumpa signal antara satu sama lain.
![](https://img.wattpad.com/cover/75558653-288-k408862.jpg)
YOU ARE READING
BUKAN KEKASIH TERLARANG
RomansaDia punya segalanya namun tidak cinta. Cinta sudah lama dibawa pergi. Empat tahun kemudian takdir menemukan mereka kembali. Bagi Azra Natasha antara dia dan Tengku Adli keadaan sudah berbeza. Kita bukan hanya berbeza tapi sangat berbeza. Kalau ka...