Bab 1

1K 30 6
                                    



Kertas-kertas yang agak berselerakan di atas meja itu ditatap dengan mata yang memberat. Seketika dia menutup mulut dan menguap perlahan. Badan diregangkan sebelum dia mula mengemas mejanya. Laptop ditutup.

"Sambung nantilah assignment ni. Sir Faiz ni pun bagi coursework payah sangat.." Tatkala badan mahu direbahkan seiring bebelan di bibir, azan berkumandang.

"Alaa, cepatnya azan." Langkah dihala ke kamar mandi. Mati niat nak baring sekejap. Tak dia sedar dah lebih tiga jam menghadap skrin laptop. Usai solat, perut berkeroncong pula minta diisi. Itu lah aktiviti seharian Afina Zalikha sepanjang cuti akhir tahun 1 iaitu sem 2. Makan, solat, assignment, tidur. Teringin kerja tu memanglah, tapi coursework banyak sangat.

"Mama masak apa hari ni?" soalnya bernada lesu. Mengantuk.

"Yang Fina ni muka mengalahkan zombi kenapa? Haih, tulah mama suruh pergi exercise tak nak. Ni mama masak ayam lemak cili padi. Makan sayur tu lebih sikit," balas Puan Aqila. Fina tersengih sedikit.

"Yelah ma."

"Kak long ni memang. Entah bila nak tengok dunia luar tu, asyik mereput je dalam rumah." Arissa Zakia mencelah. Fina menjeling.

"Dah, dah, makan dulu. Jangan bergaduh." Mama mereka menyelamatkan keadaan. Arissa mensisip airnya.

"Kak long, ada cikgu baru ganti cikgu math adik yang cuti sebab birth due. Lelaki, handsome." Fina mengangguk mengiyakan sahaja. Tak berminat nak dengar sebab kemengantukan yang melanda.

"Dia kata tadi, dia ex sekolah tu. Jadi, mesti kau kenal kak," ujarnya lagi.

"Hmm," balas Fina tiada perasaan. Aku dahlah tak ada mood, dia nak story-morry pula.

"Nama dia... Iman Asyraf." Arissa yakin kali ni kakaknya berminat. Fina megangguk.

"Oh."

Eh wait, nama dia tadi ...

"Si... Siapa ?" soal Fina. Takut tersilap dengar. Tak mungkinlah...

"Iman Asyraf, yg pernah jadi ketua pengawas masa dia sekolah dulu."

"Hah ?! Dia jadi cikgu Rissa?" soalnya terkejut yang amat. Mulutnya terlongo tak percaya. Tak mungkin. Matanya yang mengantuk tadi sudah bertukar mode. Arissa dan Puan Aqila memandangnya pelik.

"Yang Fina nak terkejut sangat ni kenapa? Dah, makan. Rissa pun, lepas ni lah sambung cerita." Puan Aqila menegur. Arissa mencebik tak puas hati. Dia yakin ada sesuatu yang membuatkan kakaknya itu terkejut macam ternampak hantu. Dan dia akan siasat! Tekadnya.

Afina menguis nasinya. Fikirannya menerawang. Iman Asyraf ?

Dia... dia dah pulih dari kemalangan tu ke?

Dia sempat habiskan ijazahnya dan dah grad ke?

Tapi, kenapa dia jadi cikgu, bukan ke dia ambil course lain?

Persoalan yang tidak berjawapan. Sebab dia memang dah lama tak dengar apa-apa sejak dari kemalangan yang membuatkan lelaki itu hilang ingatan. Dan ya, tiada sehari pun yang membuatkan dia lupa tentang lelaki itu. Dia lah yang bertakhta di hati itu sejak persekolahannya, dan hingga ke saat ini.

*****************************

"Iman, how was your first day?" soalan pertama dari Puan Ummi Kalsom memecah sepi di meja itu, sedang mereka menikmati makanan tengah hari. Gadis di sebelahnya juga mendongak memandang jejaka itu. Iman berdehem membetulkan suaranya.

"It was just great! Sekolah tu selesa, cikgu-cikgu semua okay dan kelas yang Iman handle semua okay, nakal sikit tu biasalah macam Iman dulu kan, hehe," balas jejaka itu. Puan Ummi tersentak.

Ku Titipkan Rasa Rindu (ON HOLD)Where stories live. Discover now