Bab 19

503 25 16
                                    

"Danial." Lantai ditekur.

"Danial Fawwaz." Masih tunduk.

"Danial Fawwaz, pandang saya." Suara naik, ditegaskan.

Perlahan, lelaki di hadapannya itu mengangkat muka. Afina menekup mulutnya, terkejut. Muka yang sudah cengkung bersama lingkaran gelap bawah mata yang agak tebal itu membuatkan dia rasa sayu. Perlahan, tangan Amira di sebelah dicapai dan digenggam, tanda dia meminta kekuatan. Amira tersenyum faham sambil mengusap belakang Afina, dan membisikkan perkataan sabar.

"Mesti awak gembira kan tengok saya macam ni?" soal Danial, sambil tersenyum pahit. Pandangan masih dihala tepat pada gadis itu.

"Tak Danial, tak. Saya, saya yang bersalah. Saya... tsk...tsk... Ya Allah, aku yang berdosa." Air mata tak dapat ditahan. Dia memeluk Amira lalu menghamburkan tangisan yang tak dapat dibendung lagi. Danial terkejut, namun dia hanya berdiam. Amira mengusap-usap belakang Afina. Setelah hampir lima minit, dia menarik nafas sambil mengelap pipi, dan memandang semula wajah Danial.

"Tahu tak kenapa saya menangis ?" soalnya dengan suara yang masih serak. Danial dilihat menggeleng.

"Sebab, saya. Saya, Afina Zalikha ni, hamba Allah yang hina ni, menjadi punca atas apa yang terjadi pada diri awak sekarang ni. Semuanya berpunca dari saya kan?" soalnya pada lelaki itu.

"Ya Allah, kau hukumlah aku kalau itu caranya. Aku minta ampun atas apa yang berlaku pada lelaki ini jika semuanya kelalaiannya darimu serta ketidakikhlasannya dalam ibadah disebabkan aku," rayunya sendiri. Danial menggeleng. Bersalah kerana melihat Afina sebegitu.

"Tak Fina, semua ni salah saya. Saya yang tak betul-betul berubah. Tolong jangan macam ni, saya tak mampu tengok keadaan awak macam ni."

"Baru nak sedar?" sampuk Amira yang diam sedari tadi. Afina mula mengangkat muka.

"Danial, saya tak cakap saya sempurna. Saya manusia biasa yang banyak khilaf, banyak buat dosa dalam sedar, tak sedar. Tapi tak kanlah dosa awak pun saya nak tanggung?" Dia memulakan bicaranya dengan serius setelah lega dari tangisan tadi.

"Buat amalan bersusah payah, tapi masih tak tajdid niat ikhlas kerana Allah. Apa gunanya Danial? Sama je macam awak membazir masa dan tenaga, tapi tak dapat apa-apa pun. Saya mohon, awak muhasabah diri awak semula. Saya minta awak berubah, bukan kerana saya. Tapi kerana Allah. Semuanya buat kerana Allah. Boleh tak faham benda paling asas tu?

Kalau awak nak cakap dan menunjuk-nunjuk tentang awak solat Jemaah, puasa sunat, mengaji al-Quran tu semua, untuk rebut hati saya, saya minta maaf awal-awal. Saya bukannya cari lelaki macam tu. Dan satu lagi, cinta tak boleh dipaksa. Kalau dipaksa juga, bahagia pula tak muncul. Ingat, tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Allah tahu yang terbaik untuk hamba-hambanya. Saya yakin, awak akan jumpa dengan orang lain yang lebih baik dari saya, in shaa Allah."

"Tapi melupakan adalah perkara paling sakit untuk saya. Perit, pedih," balas Danial, bersama satu linangan air mata di pipi.

"Ya, saya faham, sebab saya pun pernah berusaha untuk melupakan seseorang. Tapi percayalah, kalau awak dah isi nama Allah dalam hati, awak dah tak perlukan ingat sesiapa, sebab Dia dah cukup membahagiakan. Saya merayu pada awak, berubahlah dengan cara yang betul. Jangan jadikan saya, makhluk hina ni sebagai sebab awak berubah." Afina mula mengangkat punggung dan menggalas begnya.

"Tapi, memang dah tertutup langsung ke ruang untuk saya miliki awak?" soalnya masih mencuba. Afina mengeluh.

"Cukuplah Danial, cukup. Saya dah penat dengan semua ni. Sekarang terpulang pada awak, yang penting saya dah cakap semuanya. Tolong berhenti kacau saya lagi." Lantas tangan Amira ditarik sebelum mereka berlalu pergi. Danial mengeluh.

Ku Titipkan Rasa Rindu (ON HOLD)Where stories live. Discover now